Followers

Tuesday, August 4, 2009

Selepas ayam..Kucing pulak kena serang~

just nak update sedikit cerita berkenaan musibah yang berlaku pada kucing liar aka peliharaan orang lain..
bukan saya punya yer..
DIKO saya selamat..

selepas ayam habis dikerjakan oleh beliau..
kucing pulak jadi mangsa..

Pagi semalam, adik saya menemui kucing yang dah terburai isi perutnya serta patah kakinya..
Ini tidak lain tidak bukan..
Kerja beliau..
Kasihan pada kucing tersebut..

Beliau yang dimaksudkan ni ialah makhluk asing di bumi puchong..
Entah daripada hutan mana dia datang.
tiba2 menetap di atas bumbung jiran sebelah..
Habis semua ayam2 peliharaan keluarga kami mati dikerjakannya.
Dia buat kerja pulak malam2..
Bumbung rumah saya selalu berbunyi bising disertai bunyi ayam yang lari ketakutan..
dan last sekali, esoknya adalah ayam yang dah tak cukup sifat dijumpai di laman rumah..
di atas bumbung..

Makhluk asing tu namamya MUSANG..
Ya, musang..
jangan terkejut..
Tempat saya tuh bukannya hutan.
tepi highway lagiii..
Tapi ada MUSANG..
Adik saya nampak masa dia pergi menyiasat malam kelmarin.
Siap nampak dengan jelas bentuknya..
Badan besar sikit dari kucing...
Badan sedikit panjang..
Bentuk kepala lebih panjang di bahagian hidung dan mulut..
err..takut pulak nak tinggalkan DIKO kat luar rumah malam2..
takut esoknya tengok dah terburai isi perutnya..
huhu~

12 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics