Followers

Friday, September 3, 2010

Resipi Ramadhan : Sardin Masak Kuah Simple!

Last week, bangun-bangun pagi sahaja rasa macam hampeh.
Sebab tak ada lauk untuk buat bersahur.
Yang ada cuma daging goreng.
Apa barang daging goreng sahaja. Mana lalu kan?
So, fikir punya fikir resipi yang paling mudah dan cepat masak dengan tak perlu nak lembutkan ikan/ayam/daging dalam fridge tu saya teringat Sardin dalam tin.

http://3.bp.blogspot.com/_TzvpyhtMJx4/SWX6zU4ylUI/AAAAAAAAALw/8KUMrMt8uqk/s400/sardin.JPG
Inilah rupa Sardin dalam tin yang saya selalu buat masak!

Ahaaa..dapat idea untuk masak Sardin Masak Kuah.
Sebenarnya sayapun tak tahu nak bagi nama best untuk resipi kali ini.
Sebab cara masaknya macam masak sup gitu.
Tumis bahan lepas itu masukkan air =)

Memang mudah.
Semudah A.B.C dan secepat 10-15 minit boleh settle.

Bahan-bahan yang diperlukan.

First, bahan tumisan;

  1. Minyak dalam 2 sudu besar.
  2. Bawang putih 3-4 ulas.
  3. Bawang besar 3 ulas.
  4. Cili api dalam 6 biji.
  5. Halia (kalau nak la. Saya tak bubuh!).

Second, bahan utama;

  1. Air.
  2. Sardin dalam tin (2 tin besar) -saya pakai ayam brand punya!.
  3. Bawang Holland sebiji dipotong kasar.
  4. Air asam jawa (sukatan asam jawa sebelum dicampur air kalau dikepal sebesar bola pingpong).
  5. Garam.
  6. Gula.
  7. Aji.

Tengok bahan-bahanpun dah nampak mudah kan?
Kan saya dah habaq maiii..

Ok, cara nak masak macam mana pula?

  1. Tumiskan bahan tumisan menggunakan api yang sederhana sehingga bau wangian naik mengharum.. (terus tumis dalam periuk ok. )
  2. Masukkan bawang potong kasar dalam periuk (jangan tutup api ye)
  3. Bila dah agak lembut, masukkan sardin dalam tin dan juga air secukup rasa.
  4. Bila dah rasa sebati, masukkan air asam jawa secukup rasa.
  5. Bila dah hampir masak (dah menggelegak sikit-sikit tu), masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila dah menggelegak tak hingat, slow kan api dan masukkanlah aji kalau mahu.
  7. Kacau sehingga sebati.Tutup api.
  8. Siap!

Pagi itu memang mereka makan sardin masak kuah sahaja.
Sebab ada balance, bawa ke waktu berbukapun diorang pilih sardin masak kuah itu juga.
Dan semalam mak saya request untuk buat lagi.
See.. memang sedap!
Senang pun senang. Hanya 7 step sahaja diperlukan =).
So, selamat mencuba!

p/s: Kakak saya semalam berbuka puasa di rumah, Bertambah nasi sampai 2 pinggan sebab penangan Sardin Masal Kuah.hehe~

p/s lagi : Kalau masak setin sahaja, pandai-pandailah bahagi dua bahan2 itu ye..=)

21 comments:

azzey said...

Resepi yg mudah & sedap!

Karisma Izzah said...

huuuuiiiih... sedap tu...

lagi sedap kalau pekena dengan kentang goreng bawang atau telur dadar...

p/s: buat leleh air liur je...

Hazzy Ishak said...

simple & sedap

noorafzan.blogspot.com said...

azzey..
hehe..betul2~

izzatul..
yup, kena ada telur dadar.
pergghh..

hazzy..
silalah mencuba!

Nabiel said...

sekali skale ngadap sardin nie~
pehhh..memang layan!
kena lak telor dadar..
pastu ikn masin ke..fuhhh~

Cik Lily Putih said...

sedapnya sardin. dah lama tak masak.. yum yum yumm

noorafzan.blogspot.com said...

nabiel..
ahaha..
bettuulll!!
nyum3..

ciklily..
ehehe~
bolehlah buat lauk sardin buka puasa nanti.

Unknown said...

nak tumpang sikit

noorafzan.blogspot.com said...

adina..
sile =)

NAZ said...

dulu resepi i teror lama dah tak praktis lupa sudah cara nya haha

Unknown said...

haha kdg2 resepi mudah mcm ni lar ssh nk dpt.! klo ad peluang.~ sental bg abis lor. hahaha

Unknown said...

hehe..dah boleh jadi chef ni..
haha....biasa buat sardin biasa je...kena cuba ni....
baru ada kelainan...

noorafzan.blogspot.com said...

naz..
ahaha...
oo..telupe eh..
boleh try balik =)

cik yuki..
ahaa..
susah nak dapat?
cuba dulu baru tahu =)

Azmi..
biasa buat sardin biasa macam mana tu?
sila2..
senang je ni.

saye said...

nenek saye cakap, kalo pompuan tetibe rajin masak ataupon blaja masak tu, da tak lame nak kawen la tuu~

huhu..~

Mario said...

ooo...nila ikan didalam ayam diluar...mana ayamnya?hehe

alizankamar said...

wah satu resepi yang menarik...tp mana kuah sadin yg telah siap di masak.....gambo tin sadin je yg ada.... Hehehe

darkbatman said...

ehh dh ade masak2? nasib baik dh buka pose.heeee

noorafzan.blogspot.com said...

saye..
ahaha..
tak la..
saya dah lama masak2..
cuma baru2 je tingin nk share kat blog =)

mario..
ahaha..
ayam dia nyuruk la.=)

setiasahabat..
err..dah habis licin kena sebat bro.
tak sempat mengambil gambar =)

aie..
saja2.
untuk rujukan diri sendiri juga satu hari nanti.
kot2 la terlupa.
kuikui.

Sharinginfoz said...

dah lama betul tak makan benda alah ni....

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz..
la ye ke?
maklumlah ini namanya lauk emergency selain telur goreng =)

Aida said...

Mak saya pula dia letak daun limau purut tuk bagi rasanya lagi sedap

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics