Followers

Tuesday, September 28, 2010

Campus Life yang dirindui : Best wooo~

Zaman belajar di U memang zaman yang paling hebat dan indah. Zaman yang penuh warna warni dan tak mungkin kulupakan. Bila difikirkan memang banyak sangat kenangan masa belajar yang tak mungkin dapat di tempat lain. Antaranya;

Masa first week of first year semua student pakai skema. Student kelas saya yang lelaki semuanya pakai kemeja bergosok, seluar slack siap ber neck tie. Siap kena sound dengan lecturer;

"kenapa kamu semua ni pakai neck tie. Tak panas ke?"

Sejak hari itu, memang geng-geng lelaki kelas itu tak pakai dah kemeja. Hari Isnin sahaja kot pakai kemeja itupun tak ada neck tie dan yang perempuan pakai baju kurung. Sebab Isnin hari berpakaian kemas kot. Kalau tidak kami memang tak boleh masuk library dan tak boleh buat urusan dengan orang office.

Fakulti saya ialah Fakulti Mekanikal antara fakulti yang mempunyai student paling 'nakal' dalam U kami. Kami sepatutnya kena pakai kad matrik sepanjang masa di Fakuti ataupun kawasan pentadbiran tapi haram tak pernah pakai sejak daripada awal first year. Fakulti lain at least first year memang akan pakai kad matrik tu sepanjang masa tapi kami bagi beg kami sahaja pakai ataupun simpan sahaja dalam pencil case. Bila ada urusan baru kami pakai. Pendek lata kala utak pakai kad matrik tu mesti akan di cop student mekanikal. Kadang-kadang kena tahan juga dengan guard sebab tak pakai kad matrik. Tapi tak ada kesanpun.

Menambahkan nakal fakulti kami ialah pasal tutorial classes. Tutorial ini ialah kelas untuk berbincang pasal subjek yang diajar dalam kuliah. Kelas tutorial ini memang masuk dalam jadual kami. Kiranya setiap subjek akan ada kelas kuliah dan kelas tutorial. Tapi kelas tutorial untuk geng Fakulti kami memang selalu sahaja kosong da ntak mendapat sambutan. Macam tak penting la. Last-last fakulti kami memang dah tak buat jadual kelas tutorial. Fakulti kami sahaja yang macam tu. Fakulti lain student rajin pergi kelas tutorial. hoho~

Semuanya muka suci tapi perangai memang nakal-nakal. Suci itu sebab tak kenal apa itu stress, taki tahu apa itu tension,tak jumpa jalan sesak hari-hari, tak kena bangun pagi dan balik lewat petang(mungkin malam), tak ada boss.

Pasal assignment pula. Dah jadi lumrah kehidupan student yang suka buat last minutes. Ku yakin hampir semua orang yang pernah jadi studentpun punya perangai bijak pandai macam ini.
Planning memang awal. Lepas dapat assignment itu, terus draft apa nak buat tapi pelaksaaan itulah yang lambat. Planning memang tip top tapi bila buat last minutes semua jadi tunggang terbalik. Haha. Pernah jugalah ponteng kelas lain semata-mata nak settlekan asignment yang kena hantar hari itu juga. Jangan salahkan lecturer bagi assignment banyak tapi salahkan diri yang suka buat kerja last minutes. Tapikadang-kadang geram juga dengan lecturer yang bagi assignment susah-susah. Pernah tak tidur beberapa malam semata-mata nak settlekan programming. (sampai sekarang tak suka subjek programming. huhu~)

Bila final exam sudah hampir ramailah yang mula cari final paper tahun-tahun lepas sebab lecturer fakulti kami memang baik. Dorang buat soalan kebanyakannya recycle soalan-soalan past years. Mix and match la kata orang kan. So, kami memang dah predict la bentuk-bentuk soalannya. Masalahnya dah boleh predict tapi kenapa tak dapat dekan tiap-tiap semester eh? Ahaha..dah tahu tapi malas. Tu sahaja sebabnya. Sekarang ini tak sure pula macam mana kan cara lecturer buat final exam paper.

Tiap-tiap akhir semester, masa nak susun jadual untuk semester hadapannya memang teruja habis. Kalau boleh nak ambil kelas petang sahaja tiap-tiap hari . Tak perlu nak tidur awal dan bangun awal untuk ke kelas. Lepas itu kalau boleh tak nak lah kelas sampai pukul 6. Pukul 4 dah boleh balik bersenang-lenang di bilik. Jumaat petang pula kalau boleh tak mahu ada kelas dah. boleh balik rumah mak ayah awal sikit kan. Angan-angan mat jenin macam itulah. Kalau dah tak ada pilihan kelas pukul 8 pagi jugalah kena pergi.

Banyak lagi tapi lagi banyak kucerita lagi rindu pula pada zaman itu. Zaman yang dah lebih 2 tahun kutinggalkan. Erm..rasa macam nak sambung belajar pun ada tapi tunggulah.
Korang yang masih lagi bergelar student, enjoy your campus life ok. Kami yang dah pencen ini dah tak merasa dah. Kena kerja kerja kerja sahajalah.

14 comments:

AtieAbid said...

best kan kalo ingat zaman kat U dulu..bila baca entry kali nie, terus rindu zaman study dulu..huhu..

Unknown said...

yeah..macam tuh la studen life...

suka buat last min...sama la mcm exam pow...hahahhahaha



rindu sgt T.T

noorafzan.blogspot.com said...

Atie..
tu la..
saya baca balikpun rasa rindu.

eiffel..
betul.sebab tu la susah nak dekan.
kehkeh~

awek jelita said...

tu la..ade masa2 aku pun rindu giler ngn life campus...
mcm2 pengalaman boleh dikutip sbb kita hidup berdikari dan jauh dr family...rindu..sob'sob..terus sedih aku. hahaha

noorafzan.blogspot.com said...

awek jelita..
yup!
paling dirindui =)

violetless said...

saya yang student lagi ni sis dah penat perah otak ni buat esaimen..hukhuk..

velasrizal said...

xde gambr kenang-kenangan ke..

5 Jenis Wanita Yang Di Takuti Lelaki

noorafzan.blogspot.com said...

violetless..
ada..ada..
tapi nanti la.
buat part 2 pula kot.

noorafzan.blogspot.com said...

terbalik pula..
tu tuk rizal tu..
tuk vio.
asignment tu salah satu benda yang rasa cam semak sikit gak la time belajar dulu.

Aidy Shahiezad said...

sangat rindu zaman kat UTM dulu..
huhuhu...

visit my latest entry:-

Mini Novel Kedua - Sebelum Terlewat
Chapter 2 :: Lelaki Tua Itu
(http://aidyshahiezad.blogspot.com)

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. TERINGAT LF DI ZAMAN LF DI SANA DULU.

Mrs Nurul said...

smart gak tu weh kalau ko sambung belajar..aku pon pk nak sambung gak ~~ ;)

meoafzan said...

zaman campus life... zman kenangan paling manis dlm idup...

noorafzan.blogspot.com said...

Aidy..
tu la..
dah la satu batch tapi tak kenal pula kan.
haha!

LF..
LF belajar di mana eh dulu?

neon..
orait. jom2 kite register mahu?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics