Followers

Sunday, September 26, 2010

Keegoaan itu membahayakan.

Keegoan.

Semua orangpun tahu apa itu ego. Apa yang bagus dan tak bagusnya ego.
Tapi berapa ramaikan yang sedar diri dia ego? Cuba tanya diri korang? Adakah korang ego? Korang faham ke apa sebenarnya yang membuatkan korang di anggap ego? Ada yang tahu dan sedar muhasabah diri. Ada jugalah yang tak sedar diri. Rasa diri tak ego. Sebenarnya ego paling bahaya ialah ego yang kita tak sedar. Sebab ego macam tu memang tahap tertinggi punya ego. Jenis yang makan dalam. Tak ada belas kasihan. Menakutkan bila one daya kita sedar akan ia.

Sedar kesilapan.

Kadang-kadang kita buat silap atau kita telah melakukan sesuatu yang menyakitkan/ menyentuh perasaan hati orang lain. Kita sedar akan kesilapan dan keterlanjuran itu tapi kita sukar untuk mengakuinya. Rasa ego itu sebenarnya buat kita hanya berdiam dan tidak mahu mengalah.

Minta maaf.

Bila dah sedar buat silap dan salah, maka kewajipan kita ialah untuk meminta maaf. Buka cari salah orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. Bila ego menguasai hati memang ego akan buat kita jadi tak tentu rasa dan mudah sahaja naik angin bila orang lain yang menyedarkan kesalahan kita. Begitu mahal harga minta maaf hanya disebabkan tebalnya ego.

Makan hati.

Orang yang cuba menjernihkan keadaan itu mula terasa hati. Kecil hati kerana keperihatinan disalah erti. Yang rapat menjadi renggang. Yang manis menjadi masam. Makan hatilah teman bila kena marah tak pasal-pasal.

Hilang sayang.

Ini tahap paling bahaya kot. Jika masih tidak sedar diri lagi. Sayang akan bertukar menjadi benci. Kehangatan kasih menjadi semakin berkurang dan lesu. Teman dan orang tersayang makin menjauh. Kerana ego hilang kawan. Kerana ego hilang kasih sayang.

Sedarlah.

Buangkan ego itu jauh-jauh. Belajarlah untuk mendidik ego itu. Ego itu tidak salah tapi biarlah berpada-pada dan biar kena pada tempatnya. Belajarlah untuk cepat mengakui kesilapan dan meminta maaf. Ya, tidak miskinpun kalau kita akui silap kan. Tidak cacatpun kalau kita meminta maaf.

http://rlv.zcache.com/dont_feed_the_ego_its_all_ready_big_enough_tshirt-p235272513044975199uyq1_400.jpg
Akhir kata..=) baca la sendiri : tq google.

p/s : ego..ego..ego egois..(ingat tak lagu ini?)

9 comments:

cacing said...

agak2... kalo orang pakai motor ego tu bahaya tak?

noorafzan.blogspot.com said...

cacing..
ahaha..
bahaya ni.
nanti ego meningkat.
kena tukar motor lain la kot.
ahaha~

yott said...

mmg susah deal dgn org yg ego..

darkbatman said...

kerana ego, diri sendiri yg merana..

saya_arief said...

arief si poyo xego kan..??
;p

abigemok said...

ego tu sebenarnya dah ada dlm diri semua org, cuma pandai ke tak diorg kawal.. huhu

noorafzan.blogspot.com said...

yott..
betul..
dah la ego pastu tak sedor diri tu dah ego benor.

aie..
erm..betul =)

saya arief..
arief poyo je..tak ego kot.
haha!

Nabiel said...

ego..huhuu
smua owg ade ego kn afzan?
xleh buang..cuma cara owg tuh nk cntrl jek..
ade yg mlampau2 tuh,mmg myakitkan hati la..serius!!=)

noorafzan.blogspot.com said...

nabiel.
yup, but kalau tak sedar diri yang susah tu.
hoho~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics