Followers

Thursday, September 9, 2010

Raya Aidilfitri 2010 : Ucapan Raya Ekslusif NoorAfzan

Assalamua'laikum wbt.
Saya penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan..
Tarikh hari raya puasa 1431 Hijriah jatuh pada hari KHAMIS JUMAAT 910/September 2010..
Sekian, wabillaahitaufiqhidayah..
Assalamua'laikum wbt.

Yuuhuuu!
Esok raya.
Mesti semalam berdebar-debar kan tunggu pengumuman ini.
Takut hari ini sudah raya.
Tapi disebakan semalam mendung dan hujan sepanjang hari maka amat mustahillah untuk nampak anak bulan.
Sebab itulah kita raya Jumaat kot? ehehe~

Nasib baik juga tak raya semalam.
Kalau tidak, memang huru haralah satu Malaysia kan.
kuikui~

Bila hari ini tidak raya, maka sayapun dengan semangat rayanya pergi kerja.
Hooh..
Office saya ramai melayu.
Jadi bila nak raya memang ketara perubahan.
Macam dilanggar garuda pun ada.
Senyap sunyi sahaja.
hoho~

Sebelum saya sambung kerja, saya nak bagi kad raya special pada semua.
Bukan senang woo nak jumpa kad macam ni.
haha~
Ucapan raya?
Ok baca bawah kad raya ini ye.


Dikesempatan yang ada ini saya ingin;
  • Memohon kemaafan daripada mula-mula kamu masuk blog saya sehinggalah malam raya nanti. (err, kot kot la sekejap lagi terbuat salah lagi kan..huhu~)
  • Memohon duit raya dalam sekeping dua untuk kumpul buat kenduri kawen nanti. hahahaha
  • Mengingatkan supaya berhati-hati bila balik kampung sama ada drive, naik bas, naik flight, naik feri atau naik kapal selam tak kurang juga yang menunggang motosikal dan juga basikal. Semua itu ada risiko tersendiri untuk terlibat dalam kemalangan. Saya doakan keselamatan anda sepanjang perjalanan anda.
  • Mendoakan raya tahun ini lebih baik dan bermakna buat anda berbanding raya-raya tahun sudah. Walaupun cuti raya tak sebanyak tahun sudah tapi tetap dapat cuti juga kan. Bersyukur sahajalah.
  • Menyampaikan salam raya juga kepada rakan-rakan yang tak dapat balik beraya bersama keluarga tersayang. Jangan sedih-sedih ye. Tahun depan pastikan anda dapat pulang beraya bersama keluarga.
p/s : Bila cerita pasal balik kampung, tiba-tiba teringat pasal seorang member yang sanggup membeli kereta di saat-saat akhir semata-mata sebab tiket bas nak balik raya habis dijual tahun lepas. Memang haru betul kan.

10 reaksi spontan:

Nabiel said...

Selamat hari raye afzan~=)..wahhh
smpt yea last2 minute beli keta?cian..hehehe

Kyuubi_85 said...

Selamat hari raya pada akak :D

baincardin said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!~ :) Maaf zahir dan batin ye..:)

noor afzan said...

Nabiel..
Tiket tu sebulan sebelum raya dah habis.
tu yang sempat rembat kete baru tuh..
ahaha
selamat hari raya, nabiel =)

kyuubi..
thanks awak.
selamat hari raya juga pada kamu sekeluarga.

baincardin..
selamat2..
dan
dimaafkan =)

lionteen said...

selamat hari raya:)

Hazman said...

Blog www.hazmanfadzil.com ada buat giveaway. Kepada visitor untuk TIGA hari raya berturut-turut:

RAYA PERTAMA – 5 pengomen pertama dapat duit raya RM XX
RAYA KEDUA – 5 pengomen pertama dapat voucher JUSCO
RAYA KETIGA – 5 pengomen pertama dapat voucher JUSCO

Aida Effarina said...

salam aidilfitri sis. duit raya mintak kat encik F ek. hehee =)

luahfikiran said...

SALAM,
UCAPAN YANG SAMA DRPD LF. KITA NI TAK AMBIL CUTI BERBLOGGING KE ? TAKUT NANTI, KITA BUAT ENTRI BARU, TAK ADA ORANG NAK BACA!

noor afzan said...

lionteen..
selamat =)

Hazmin..
menarik gak ni..

Aida..
aik..
ada duit raya eh?

luahfikiran..
saya tak benti kot..
ehehe..
kecuali kalo kuar gi beraya.
ahaha~

Dangsulaeman said...

Hai,...
tukeran "google follow" yuks..
saya dah follow blog ini, please follow blog saya juga ya
trims..

Bolehngeblog

Related Posts with Thumbnails

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics