Followers

Sunday, September 12, 2010

Punca tak dapat Buffered Earnings dan tips mendapatkannya!

Hari ini sudah raya ke 3.
Macam mana dengan 2 hari raya yang dah lepas?
Adakah menggembirakan?
Berapa banyak collection duit raya yang diterima?
Saya cuma dapat duit raya daripada boss-boss di office sahaja.
Alhamdulillah, total RM80 semuanya.

Oklah, stop pasal raya, kita ke isi utama kita.
Kalau pasal tips Buffered Earnings laju sahaja nak baca kan.
hehehe~
Baru-baru ini saya ada hantar ticket kepada helpdesk nuffnang bertanyakan sebab tidak dapat Buffered Earning.
Sudah lama blog saya ini tak berseri dengan iklan BE.
Jadi, saya tertanya-tanyalah juga sebab kalau diikutkan semua tips-tips sudah saya ikuti.
Dan saya juga pernah juga dapat BE (Bukan tak pernah ye) dulu.
Masa awal tahun memang agak kencang la BE yang saya dapat.
Tapi bila masuk bulan 6, BE dah makin segan untuk melekat di blog.
Sudah la macam hidup segan mati tak mahu sahaja gayanya.
Last sekali, bulan 7 tak ada langsung BE yang melekat.

Mulanya saya memang tak ambil pusing langsung.
Mungkin sebab saya sudah bertukar template dan menyebabkan saya perlu 'bermula' semula.
Tapi bila dah masuk bulan 9, still tak ada rezeki lagi.
Rupanya ada sebab-sebab lain lagi yang menyebabkan BE tak melekat di blog.

--> Update surveys berkenaan blog di nuffnang..
  • Saya memanglah selalu update survey tapi ingat advertisers will depend on this survey untuk memilih blog untuk diberi BE. Kalau blog content kita tak 'kena' dengan target audiences mereka, maka blog kita takkan dipilih. (mungkin buat masa ini blog content saya tak menepati advetiser's target audiences)
  • Lagi satu kalau blog content kita terlalu berbaur politics maka advertisers 'berat' nak pilih blog itu untuk mengiklankan iklan mereka.

--> Blog dah banyak terima BE dalam masa tertentu..
  • Nuffnang system akan mengutamakan untuk propose kepada advertisers blog yang kurang dapat BE ataupun yang tak pernah langsung dapat BE. Jadi, bila BE yang kita dapat dalam masa tertentu itu banyak, janganlah terkejut kalau selepas itu BE tak melekat di blog dalam tempoh tertentu sebab Nuffnang ni adil dan mahu semua bloggers mendapat peluang sama rata untuk memperoleh BE .Ini bukan disebabkan blog content anda tak 'kena' dengan target advertisers tetapi disebabkan Nuffnang bagi peluang pada blog lain yang juga menepati target advertisers (seperti anda juga) tetapi kurang lebat BEnya untuk dipilih.Tapi apapun tetap bergantung kepada advertisers juga.
  • Ok, yang ini mungkin betul sebab selama tempoh bulan JAN sampai JUN, total BE yang saya dapat ialah 15 walaupun 4 daripadanya tak ada 'hasil'. Kalau andapun begitu maka nasib kita serupa la.
  • Mungkin sebab saya tak cash out lagi kesemuanya maka nampak macam banyak la BE yang pernah saya dapat dan sebab itu jugalah BE tak melekat lagi di blog ini selepas itu. Hujung bulan ini saya akan try cash out dan tengok perkembangan seterusnya.=). Mungkin langkah in wajar juga anda ambil kalau anda berada dalam situasi yang sama dengan saya.

Ok, itu sahaja tips yang saya mahu kongsikan dengan anda.
Apa yang saya terangkan di atas itu adalah merujuk kepada maklum balas Robb kepada ticket yang saya sent.
So, jangan sedih-sedih ye kalau selama ini blog anda banyak dapat BE tapi tiba-tiba satu masa tak ada langsung yang melekat.
Dan kepada yang tak pernah dapat BE, jangan berputus asa sebab seperti yang saya cakap setipa blogger ada peluang untuk dapat BE. Kena rajin update blog, update surveys dan pastinya kenalah ada trafik (tak kisah tinggi ke rendah asalkan konsisten).
Berfikir positiflah dan teruskan berblogging.

11 comments:

echaRierie said...

good info..^^v thnx 4 sharing..

Bro Framestone said...

menarik huhu...

BE kat blog bro tgl 2 je hhuhuhu

mgu lepas ade dlm 7

bulan depan..?? xpasti la pulak

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

hamzah ian said...

tenkiu2.. baru la gua tau.. gua dpt 2 je be sepanjang 2 bulan.. lg sedih.. sob2...

aizatshafiq said...

ooo...macam tu ke...
baru la tahu...
sekarang pun BE tinggal 2 je lagi...
huhuhu

abigemok said...

oo mcm tu ke? bagus nuffnang ni nak adil dgn semua.. :D

Unknown said...

janji ado dari tak ado..betul tak?

Sharinginfoz said...

thanks for sharing

Unknown said...

hehe..ada la tu rezekinya nanti..keh3

cikpia said...

wah!!!! sangat berinformatif.... thanks!!!

Mario said...

thanks utk tips ni

dayah said...

tak penah tahu plak apa tu BE, akan cuba rajin dan konsisten kat blogg lah. tq :)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics