Followers

Saturday, September 11, 2010

Raya Aidilfitri 2010 : Paling sadis sepanjang 25 kali sambutan

Salam pagi semua kawan-kawan.
Macam mana dengan sambutan 1st day Hari Raya Aidilfitri anda semua.
Harap-harap lebih baik dan meriah daripada tahun-tahun sudah.
Saya?
Tak seindah tahun-tahun sudah.
Malah paling teruk berbanding tahun-tahun sudah.
Pagi-pagi bila bangun tidur sahaja rasa mual dan nak muntah.
Terus tak dapat nak bersolat sunat Aidilfitri.
Lepas mandi ingat akan jadi segar, rupanya sama sahaja.
Oleh kerana tak tahan rasa mual, saay telan panadol 2 biji.
Rupanya panadol itu pemangking untuk muntah.
So, terkeluarlah apa yang eden makan semasa berbuka semalam.
Lepas sesi itu, rasa macam dah lega banyak.

Tapi tak lama selepas itu kira-kira pukul 10, perut pula memulas-mulas.
Sayapun bertapalah dalam toilet.
Cirit birit pa pula kan.
huhu~
Orang lain masa itu sibuk makan-makan juadah raya, saya sibuk pula di toilet.
Lepas itu rasa lega.

Boleh bersalam-salaman sambil minta maaf daripada seisi keluarga.
Dan seterusnya bergambar bersama.
Lepas itu dalam pukul 11, kami ke kubur menziari kubur Allahyarhamah nenek.
Sempatlah bersedekah Yassin, Alfatihah dan membersihkan kubur nenek.
Balik tu, saya makan aiskrim RM1.00.
Ada dijual betul-betul di luar pintu pagar kawasan perkuburan Islam tersebut.
Aiskrim itu adalah makanan pertama saya pada hari itu.
Masa itu dah pukul 12.30 tengahari.

Nightmare saya terjadi selepas itu.
Sampai sahaja di rumah, rasa mual itu kembali datang.
Sudahnya, saya terbaring sahaja di katil sampai bila makcik datangpun saya sekadar pergi bersalam.
Lepas itu terus baring di bilik semula.
Tak tahan rasa mual dan sakit perut tapi tak ada yang nak dibuang.

Dalam pukul 3.00 petang, saya buat keputusan untuk ke klinik.
Tak tahan woo rasa sangat tak selesa.
Hari raya memang banyak klinik tutup.
Nasib baik ada 1 klinik 24 jam buka.
Tapi azab jugalah sebab kena tunggu sejam baru dapat jumpa doktor.

Lepas itu, doktorpun bagi ubat.
Yang tak bestnya, doktor tu macam lebihkan cirit birit padalah rasa mual ini yang buat saya rasa tak selesa.
Tapi saya minta jugalah ubat untuk tahan muntah
.
Balik-balik sahaja daripada klinik dengan semangat waja, saya makanlah ubat tahan muntah.
Tup-tup, lepas makan ubat itu terus saya muntah lagi.
Keluarlah aiskrim yang saya makan tengahari tadi.
hampeh!!
Saya terus sahaja masuk bilik dan lepas asar terus tidur.
Sedar-sedar dah maghrib.
Konon-konon nak ikut nasihat doktor, makan nasi impit (tak boleh makan berminyak, bergoreng, pedas). Saya makan semata-mata nasi impit sahaja.
Lepas itu makan ubat doktor.
Malangnya lepas itu saya rasa mual kembali.
Sayapun terus baring semula.
Baring-baring, terus terlelap.
Sampai ke subuh saya baru bangun.

Saya ambil keputusan tak nak makan apa-apa dah.
Boleh ke macam tu?

Seksanya dengan dugaan Allah ini.
Ini bau sedikit sahaja dugaan, saya dah tak tahan.
Apatah lagi kalau ada dugaan yang lebih besar.
Doakan saya cepat sembuh ye!

p/s : gambar baju raya tidak dapat diupload lagi. Tunggulah esok-esok ye.

6 comments:

alizankamar said...

dugaan di pagi raya.......

saya_arief said...

sabar ye...

Sharinginfoz said...

kesiannya apa-apa pun semoga cepat recover ya

Nabiel said...

erk..
afzan pn skit?huhuhu..
rmi tuh yg dmm raye2 nie..
yg sakit perot tksah cite la~=)

cikpia said...

skang nie musim panas, ramai yang sakit2....
get well soon dear.

apapun, selamat hari raya!!!! semoga kesihatan bertambah baik. insyaallah.......

noorafzan.blogspot.com said...

alizan..
thanks ye..=)
Alhamdulillah start 2nd day ray dah makin sembuh =)

arief..
baikkk!

sharinginfoz...
thanks atas doa anda =)

nabiel..
huhu..
tu la..
perut terkejut gamaknya =)

pia..
thanks ye =)
selamat hari raya juga =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics