Followers

Thursday, September 23, 2010

Journey to Pantai Timur: Bandar Kemaman sunyi sepi!

Selepas menyantap di restoran mamak, say mencari kelibat adik beradik lelaki termasuk abang ipar yang menghilang untuk 'makan asap' pula. Kmai cari dekat area kereta kami tak jumpa pula. Ke mana sahaja mereka menghilang?

Cari punya cari sampailah penghujung deretan kedai. Nampak mereka berempat melepak di bawah satu bangsal yang persis tempat menunggu bas yang telah lama dan tidak terjaga. Kawasan itu berhampiran dengan laut. Jadi bila kami sampai ke situ memang rasa amat selesa dan nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa buat sayapun rasa nak melepak sama di situ. Inilah bangsal tinggal itu (lihat gamabr di bawah). Kalau jalan ke dalam sikit ada tempat orang jual Udang Putih. Rujuk signboard.

Mak saya memeluk tiang elektrik. Mahu masuk dalam ini gambar juga.

Ayah saya mana? Takkkan tak mahu masuk dalam gambar kan.

Haa..saya pula jadi tukang snap. Ayahpun mahu bergaya jugakan. hehe!

Agak-agak sudah pukul 5.00 petang, kamipun beransur balik ke Cherating dengan harapan bilik kami dah siap di kemas. Sempat lagi ke masjid berhampiran dahulu. Ini kami dah selesai dan sedang bercatwalk ke kereta. Mak saya jadi leader.

Semasa perjalanan ke Cherating, kami mendapat panggilan daripada pemilik chalet yang beritahu bilik kami sudah disiapkan. Alhamdulillah. Sampai sahaja terus settlekan bayaran penuh, ambil kunci, towel, selimut dan sabun yang mereka bekalkan dan terus gerka ke bilik.

Penat betul. Daripada pagi sampai ke petang atas jalan sahaja. ok tipu sebab ada juga berhenti makan tapi memang memenatkan lagi-lagi kepada driver kami. Lepas kemas barang terus kami siapkan makan malam berupa nasi putih, sardin masak kuah simple guna rice cooker, kicap dan juga ikan kering goreng yang mak tapau di restoran mamak.(sempat lagi tuh!). Memang tak ke mana-mana sudah selepas itu sehinggalah pagi esokkannya. =)

11 comments:

angahfarah said...

beshnye jejalan...
hehe..akhirnya jadi peng'komen' yg pertama..hee..
take care afzan...

lily lotus said...

jalan2 raya sambil vacation..bestnya :)

noorafzan.blogspot.com said...

salam farah..
ooo..susah eh nak jadi pengkomen pertama.
huhu..

thanks.
ko pun sama sis.
take care ye..

noorafzan.blogspot.com said...

lily..
best2..

Hanisah Safian said...

eceh!

makcik ni somel je pelok tiang bendera.haha :D

Unknown said...

aik ke kemaman ker? tak singgah minum kopi hai peng??.. kita orang kemaman kalau balik sana mesti beli sata .. sedap sangat2..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

bile nak mai kelantan ??

noorafzan.blogspot.com said...

IKTIRAF..
Haha..mak saya mmg somel =)

lana..
ada gak beli sata.
sedap woo..
tapi dah mahal la skang regenya.
tak cam dulu.

miss lolly..
tahun depan.
misslolly kelantan kat KB kah?

Bro Framestone said...

bro harap raya kat perak je la....

xdpt nk jalan mane2.. kne tambah cawangan kot baru leh

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Aidy Shahiezad said...

org kate kopok lekor kt tepi laut kt area kuala kemaman tue sedap... huhu... tetiba plak rase nk makan kopok lekor... haha..

my latest entry post:
Persoalan Tiada Jawapan..
(http://aidyshahiezad.blogspot.com)

noorafzan.blogspot.com said...

bro framestone..
ahaha..
belum pape dah nak add branches eh.
ekekeke..
=)

Aidy..
memangpun.
kopok lekor ikan fresh mmg sedap.
ada gak beli sikit tapi yang dah siap goreng je la.
terus ngap kat situ juga.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics