Followers

Saturday, September 18, 2010

Update terkini Kes Kehilangan, Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya & Happy Birthday Mai!

Hari ini hari sabtu..
Selalunya hari begini kumasih lagi dibilik.
Berbaring sambil layan novel ataupun melayari internet mungkin.
Tapi kenapa aku di sini? Di office.
Ohh..lupa pula hari ini hari kerja untuk warga office ku.
Walaupun ramai yang masih kecundang dan tak masuk office hari ni.
Kugagahkan diri untuk bangun tegak berdiri menendang dan menumbuk rasa mengantuk serta malas dengan kasar bertubi-tubi.
Dan sebab itu jugalah ku berada di sini ketika ini.
Kuanggap mereka yang menyindir kata"bangla dan nepalpun 'cuti' hari sabtu ini" itu sebenarnya jealous sebab mereka tak macam saya.huahua!

Ok, berbalik kepada tajuk kita hari ni ye.
Kronologi kes kehilangan dan pembunuhan Datuk Sosilawati telahpun diketahui umum.
Daripada saat dia hilang 30/Aug/2010 sehinggalah 15/Sep/2010 telah saya selidiki melalui laporan akhbar.
Berikut saya update lagi untuk hari-hari berikutnya.

16/Sep/2010
Menurut akhbar semalam,

Polis mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.

Polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.

17/Sep/2010
Menurut akhbar hari ini pula,
Profil asid deoksiribonukleik (DNA) dan keterangan mengikut keadaan boleh menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, walaupun mayat mangsa tidak ditemui untuk dijadikan sebagai bahan bukti dalam pendakwaan.
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, berkata pendakwaan boleh dilakukan berdasarkan bahan bukti memadai dan keterangan dikumpul polis atau pihak pendakwa mewujudkan prima facie dalam kes jenayah termasuk bunuh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dipetik berkata polis kini dalam peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap sembilan suspek yang ditahan setakat ini.

Antara keterangan mengikut keadaan yang boleh dijadikan bahan bukti dalam pendakwaan di mahkamah ialah senjata diguna untuk membunuh(jumpa di dalam sungai), pengecaman waris terhadap mangsa(dah jadi abu, susah sikitlah) atau barang milik mangsa (seperti jam tangan dan kunci kereta) termasuk profil DNA mangsa (yang ini rasanya paling penting sebab mayat dah tak dapat di cam kan).

Tapi sebenarnya kenyataan di bawah ini paling menakutkan kita.
Sebab suspek sebenar ini kan licik.

“Apa yang penting, pihak pendakwa perlu mempersiapkan segala bahan bukti diperoleh menerusi siasatan mereka untuk dikemukakan di mahkamah bagi dijadikan inti pati pertuduhan dan berupaya mewujudkan prima facie.
Jika tidak wujud prima facie, suspek akan dilepas dan dibebaskan tetapi jika wujud prima facie, suspek dalam pembelaannya perlu mengemukakan bukti yang menimbulkan keraguan munasabah terhadap dakwaannya,”

Saya berdoa dan berharap sangat suspek ini tidak akan terlepas kali ini.
Sama-samalah kita berdoa agar suspek (jika betul-betul bersalah) akan di hukum setimpal dengan kekejaman yang dilakukan selama ini.
Jka dibiarkan bebas berleluasa, amatlah membahayakan.
Umpama melepaskan anjing yang tersepit! (rasa pesalah ini lebih teruk daripada anjing dalam perumpamaan ini).

Dalam pada kenyataan terdahulu yang menyatakan DNA boleh dijadikan bahan kes, keluar satu kenyataan daripada Jabatan Kimia pula berkenaan status DNA mangsa termasuk Datuk Sosilawati.

Berita berbunyi begini,
Jabatan Kimia berdepan kesukaran dalam menentu dan mengenal pasti profil asid deoksiribonukleik (DNA) serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain berikutan keadaan tulang yang terbakar teruk berikutan suhu pembakaran terlalu tinggi.

Bagi mendapatkan keputusan ujian, Jabatan Kimia dijangka mengambil masa seminggu kerana terpaksa mengeluarkan kalsium yang masih terkandung dalam tulang berkenaan terlebih dulu.
Katanya, buat masa ini semua sampel tulang masih belum dikenal pasti sama ada milik empat mangsa yang didakwa dibunuh atau milik orang lain atau milik haiwan sehinggalah ia siap dianalisis.

“Apa pun besar harapan mudah-mudahan sampel yang dihantar ini akan memberikan petunjuk dan antaranya yang mudah untuk diproses dan dianalisis,”

Sebahagian daripada sampel tulang dari lokasi kejadian diterima Jabatan Kimia daripada Unit Forensik Polis.

Sama-samalah kia berdoa supaya dipermudahkan urusan Jabatan Kimia untuk menganalisis DNA tulang-tulang tersebut.
Kekejaman yang berlaku perlu dibongkar segera dan yang bersalah kenalah dihukum untuk memberi pengajaran kepada orang lain.

Berita malam semalam (terkini), polis menemui pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa da njuga beg kriket.
Nak baca lebih lanjut bolehlah ke entry DARKBATMAN ini.
Rasanya lebih detail siap dengan link ke keratan akhbar online.
Punyalah malas nak taip. Huhu~

Nota kaki :
tulisan senget (itallic) : copy from Berita Harian Online.
tulis tegak (biasa) : ayat bikin sendiri. Original ok!

p/s : Saya memang harap tak terlepas megikuti kes ini sehinggalah pesalah dihukum!

p/s : hari ni ulang tahun kelahiran sahabat baik saya masa di UTM dulu, Maisarah. So, dikesempatan ini saya nak wish happy birthday to her! Semoga segala urusanmu dipermudahkan selalu ye kawan. =)

20 comments:

Sharinginfoz said...

semoga dipercepatkan pendakwaan

M Rajoli Yang Meninggal Dunia

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz..
itulah.
saya mmg harap kes ni dapat pembelaan sewajarnya.

Ur Other Half said...

klau la terlepas mmg xleh nk kate ape daa.. mesti x senang duduk kan?

tapi kes ne jd rumit sbb yg wt keje yg keji ne peguam.. 2 yg amek mase lame nk cr bahan bukti..

noorafzan.blogspot.com said...

aie..
tu la pasal.
peguam yang menyalahguna ilmu yang dia ada.
sangat jahat.
sorry ye curi letak link entry aie di sini.
=)

abigemok said...

harap pihak polis jgn terburu-buru nak dakwa.. cari bahan bukti yg kukuh sblm dakwa baru penjahat ni x tlepas

Unknown said...

hrp2 sijahat tu x terlepas masa bicara nnti..dia ni mmg licik..tgk muka dia pun dah tau..huhu

Unknown said...

heee..jht giler peguam tu.
aggota polis kne usaha lebih klo ta die boleh lepas mcm tu je..
hm

NAZ said...

polis cakap minggu depan dia kasi umum :)

noorafzan.blogspot.com said...

kyuubi..
betul tuh..
harap2 bukti yang dapat nanti cukup kukuh untuk bawa penjenayah ke muka keadilan =)

yott..
itulah yang amat merisaukan saya.
tak nak ar dia jadi kebal kan.

cik yuki..
u r rite dear.
masa ini rakyat Malaysia amat mengharapkan PDRM!

naz..
harap2 ia berita yang positif!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

alfatihah untuk yang mati

noorafzan.blogspot.com said...

brutalsolo.
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan ornag yang mendapat rahmatNya.

Aida Effarina said...

sy sbg penduduk banting pun rasa banting ni mcm dah tak selamat. huhu.

Nabiel said...

ehmmm..harap2 pesalah tuh dpt hukuman cepat!!..tpi npe ahli perniagaan yg sbelom nie,polis tk siasat smpi mcm nie kan? msti dh dpt tgkp awl2 dulu.

noorafzan.blogspot.com said...

Aida..
Ohh..mak ayah ada beli tanah di area berhampiran banting.
takut la..


nabiel..
sebab sebelum ini ahli perniagaan tu tak dikenali.
yang ini semua orang kenal dan nak tahu kesudahannya.
hmmm..

dayah said...

slmt hari lahir kawan sis afzan.
hrp pesalah bakar tu sume di hukum mati trus tadek belas kaihan. sedih2

noorafzan.blogspot.com said...

dayah..
thanks =)

dan..
betul.
sama2lah kita berharap.

Unknown said...

harap2 kes ni dapat diselesaiakn dgn segera

noorafzan.blogspot.com said...

azmi..
tu la azmi..
harap2 la..=)

Ur Other Half said...

haha.. xkesa pun.. share sesame blogger info yg bermakna dpt pahala lebih.heh.

biler la diaorg ne nk kene hukuman setimpal.. lame btl.

noorafzan.blogspot.com said...

thanks aie. =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics