Followers

Saturday, September 25, 2010

Perkahwinan : Semua orang nak tapi kenapa lepas raya?

http://www.rhondastarkdesign.com/catalog/images/rsd-storeimage-engagementwedding.jpg
engagement n wedding quotes from google

Cakap pasal topik kahwin ini untuk yang bujang trang tang tang mesti suka.
Yang duda, janda mahupun lelaki yang nak cukupkan kouta 4 semuanya dok berangan nak berkahwin.

Tahun ini macam menjadi-jadi rasanya. Mungkin sebab umur saya 25 tahun. Kawan-kawanpun banyak yang dalam linkungan itu juga. 25 tahun umur yang baik dan sesuai untuk berkahwin sebab Rasulullah SWT pun berkahwin pada usia 25 tahun kan. Kira ikut sunnah la tu.

Patutlah ramai rakan-rakan sebaya berebut-rebut hantar jemputan tahun ini. Dan paling takbulehbelah ramai yang terus bunting pelamin. Memang tahun ini tahun produktif agaknya. Sebelum ini bulan paling ramai kahwin (stastistik ku sendiri bikin) ialah Bulan 6. Masa itu memang tiap-tiap hujung minggu tak putus-putus jemputan kahwin. Sampai ada yang dalam sehari tu 3 jemputan saya dapat. Gila hebat kan.

Kali ini selepas raya pula. Mula-mula jemputan masa raya ke 3 (12hb 9) la. Makcik saya sendiri yang kahwin. Seterusnya;

14hb 9: Kenduri kahwin rakan sekerja, Mas. Tak dapat pergi. Kena pergi belah lelaki la 03hb 10.

18hb 9: Kenduri member office punya kakak. Tak dapat pergi sebab kerja.

02hb 10: Kenduri rakan office, Carolin

03hb 10: Kenduri Mas belah lelaki dan Yusniezawati, geng sekolah Puchong
--> yang bestnya dua-dua ni buat kat kampung yang sama. Kebetulan betul.

09hb 10: Kenduri Abg Zairi (lambaian UTM) dan Kenduri Izzati KMM (2 kenduri dek non)
-->lepas kenduri ini layan potluck raya dengan geng lambaian pula.

10hb 10: tak ada la pulak.
-->Tentu yang kahwin tarikh ini mahal kosnya. Tarikh cantik kan.


24hb 10: Kenduri Hawa dan Din, geng sekolah Puchong.

30hb 10: Kenduri Ekin, geng sekolah teknik.

Yang jemput untuk hujung tahunpun ada. Itu nantilah saya hupdate.

Cepat jawab soalan saya, kenapa mesti lepas raya lagi-lagi dalam bulan Syawal?

Haha..sebab sebelum itu bulan puasa. Mana ada orang berkahwin bulan puasa kan.
Lagi satu Rasulullah SWT telah berkahwin dengan Saidatina Aisyah RA ketika bulan Syawal.
Apa lagi eh?

p/s : siapa nak kahwin 20 hb 11 2011..? Cantik gak tu numbernya 20112011.

p/s : Anak perempuan owner NAZA kahwin macam fairy tale concept da..teruja sahaja saya tengok video majlis kat FB. Memang mampu tengok sahajalah. Nak buat erk..hmmm...

10 comments:

Nabiel said...

aaaaaaaaa..tbace ag psl kawin!!adehhh..xlrt nk dgo dh..huhuhu..
<---dh 25 taon dh..ngee

Unknown said...

entahla..nak meraika n kemenangan org islam la kot.
erk tengok jugak video anak perempuan toke NAZA tu.
ish macam pembaziran dan unsur kemaksiatan..ish3..
ish kritik plak.
biarlah dia...

noorafzan.blogspot.com said...

nabiel..
uik, awka umur bape?
saya mmg dah 25. mmg dah patut sampai seru.huhu~

azmi..
erm..
ye la kot.
baru betul2 raya kan?
haha!
erm..pasal kahwin grand2 tu mmg tak elok. pembaziran. elok dia bagi anak pada yang lebih memerlukan. tambah saham akhirat kan.

Unknown said...

lom pape g da byk invttn...giler byk...kena sediakn calender cm tuh...huhuhu

Cik Norfa said...

ha'a..kawan2 aku pun ramai yg kawen bulan 10 ni. geram la hai....!
geram sebab dorg kawen dulu sebelum aku. yg best junior2 time kat uitm dulu pun anta kad nak kawen..waaa.....frust!

Anna Boleyn said...

hehe tak de lak dpt jmputan kawen. nghngehngeh.

abigemok said...

haha.. sabarla dulu.. tu rezeki diorg.. :)

Unknown said...

bulan oct ni dah ada tiga...tapi akak lebihkan pentingkan jiran kek umah..

ala..dia tak kaya...yang kaya arwah ayah dia..dia gunakan ajer duit tu

cikpia said...

cheittt!!! baru 25 nak sebok pasai kawen...... me dah 28 sayang, cool jer.... (ha ha..... padahal lam ati gelabah nak mampus!!!!)

noorafzan.blogspot.com said...

eiffel..
tu la.
yang sampai 3 majlis sehari tu yang fenin.
huhu~

norfa..
tu la.
junior dah langkah bendul ni.
tak buleh jadi ni.
haha!

hana..
awak tu muda lagi kot.
geng2 awak sume belum nak kawen agaknya.

kyuubi..
hoho..
tu la.
rezki saya thn depan kot.
aamin..(aminkan sendiri je la)

kak ina..
saya kena lebihkan kawan2 rapat.
tu la. rezki bapa dia cari amak dia habiskan.

pia..
25 tahun dah kena risau dah pia.
awak 28 tahun tapi muka macam 18 takpe la.
hahahahha!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics