Followers

Tuesday, September 14, 2010

Raya Aidilfitri 2010 : Kenangan Raya paling rare!

Hari ini sudah Hari Selasa.
Saya akan bercuti sehingga Khamis.
Pagi-pagi sudah 'sakit perut'.
Memang tak syiok betul lah.
Mode raya pun sudah ke laut sebab asyik ulang alik toilet.
Nasib baiklah cuti.

Tengok kepada tajuk entry kali ini, saya cuma nak berkongsi pengalaman raya tahun ini yang agak pelik-pelik sikit berbanding tahun - tahun terdahulu.
Apa yang rare nya secara ringkasnya Raya Aidilfitri 2010..?
Ada 9 perkara dan ia akan jadi kenangan yang tak akan saya lupakan.
Kalau saya lupa pun, saya akan rujuk balik entry ini.
=)

  1. Buat pertama kalinya saya tidak dapat menikmati ketupat, rendang, lemang, kuah lodeh daripada hari raya pertama sampai raya ke empat.Sediihhhh! Saya hanya sempat minum kopi, aiskrim kon, nasi impit semata dan ubat-ubatan sahaja sepanjang raya pertama itu.http://photos-f-0.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs241.snc1/8835_1210412653291_1017980326_663341_3535679_n.jpg
  2. Buat pertama kalinya saya beli banyak biskut raya. Dan tahun ini memang saya seorang sahaja pembekal biskut raya paling berjaya. biskut yang beli di Giant pun saya yang pilih. Tapi daripada malam raya (kata nak cuba semua biskut di malam raya..) sampailah raya ke empat saya tak langsung merasa keenakan biskut-biskut tersebut. Sadissssss!
  3. Buat pertama kali hari raya pergi klinik. Dan baru tahu yang kebanyakan klinik walaupun klinik itu bukan milik orang melayupun akan tutup pada hari raya pertama. haaaiihh!
  4. Buat pertama kalinya hari raya di isi dengan aktiviti paling tak produktif iaitu tidur!
  5. Buat pertama kalinya kami beraya di Cherating daripada Raya ke 2 sampai raya ke 4 (sebab itu tak dapat makan biskut raya dan juadah raya yang lain).
  6. Raya ketiga bantai makan gulai kawah daging lembu baru sembelih sempena kenduri kahwin makcik paling bongsu. Memang power! Tapi lepas itu memang hazab satu family. Semua kena cirit birit.
  7. Buat pertama kalinya kami memang tinggal rumah. Semua ahli keluarga berkampung di Cherating termasuklah abang ipar. =)
  8. Perjalanan balik ke KL agak huru hara sebab kami terpaksa berhenti di RnR lebih daripada 3 kali sebab ramai yang terkena cirit birit. huhu~
  9. Pertama kali kami ke Cherating tanpa mandi laut. Seriously sangat sibuk sehingga tak sempat nak mandi manda di pandai. Sempat berjalan-jalan sambil bergambar sekejap sahaja di pantai.
Bagaimana pula dengan pengalaman raya anda tahun ini?
Bolehlah share dengan saya.

p/s : dah berapa hari entry tak ada gambar. Ni pun gambar google. hoho~

9 comments:

Unknown said...

biasa2 je...
entah makin lama makin bosan raya..cuma yg best dpt jumapk sanak saudara je la..

Nabiel said...

ciannye sakit~ramai la yg sakit tyme2 raye nie afzan~huhuhu..
pgalaman biel?ehmm...xyah cite la~
xde yg menarik pown..xde rse raye dah~

hentakbelipat said...

hambkk..demam pulak time2 raye gini..pehh..rare tahp bundle nih

miss lolly a.k.a luvfareda said...

saye juge sakit di hari raye :(

salam aidilfitri..
maaf zahir batin :)

noorafzan.blogspot.com said...

azmi..
la..busan eh..
ada dapat duit ghaye tak?

nabiel..
pasal kemeriahan raya ni kita kena create sendiri.
kalau ikut flow je mmg takde menda la kan.
=)

hentakbelipat..
huhu..
mmg cenggitu la gayanya.

miss lolly.
sama la kiteee...=)

aizatshafiq said...

siannye...
hari raya sakit...
huhuhu...
takpe la..kita tunggu raye next year pulak ye...
time tu baru kita kenduri habis...hehehe

selamat hari raya..
maaf zahir dan batin...
=)

cikpia said...

disahkan RARE!!!!! tapi takpa, bley ingat sampai mati pengalaman tu.... he he....

GRuNGe said...

Cuti raya sampai Khamis. Bagus bagus. Aku naik2 kerja esok dah kena g outstation.

Anonymous said...

apa la dia mkn tu smp skt perut.ish3..kecian..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics