Followers

Friday, September 10, 2010

Raya Aidilfitri 2010 : First time beraya dengan Abang Ipar dan update kesihatan saya!

Pagi raya ini memang saya bagun-bangun pagi sahaja rasa macam mual nak muntah.
Tahan punya tahan terburai juga bila telan panadol 2 biji.
huhu~
Lepas itu saya mengalami sakit perut yang serius sehingga tak lalu nak makan.
Last sekali saya kasi buang semua isi perut.
Dan telah decide tak nak makan apa-apa pagi ini.
Tengoklah tengahari nanti macam mana.
Doakan saya cepat sembuh ye.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau anda godek-godek entry awal tahun, penuh dengan cerita wedding kakak saya.
Dialah anak mak ayah pertama yang kahwin.
Dan diapun dah langkah bendul kakak sulung yang sampai sekarangpun tak tawen-tawen lagi.
So, syawal kali ini akan jadi syawal pertama dia beraya sebagai isteri.
Dalam masa yang saya saya dan adik beradik lain pula pertama kali beraya dengan ipar.

Oleh kerana kakak dah sarat mengandung, raya tahun ini abang ipar decide tak balik umah mak pak dia di Sabah.
Beraya sahaja bersama kami.
Tahun depan baru mereka akan beraya di sana.
Actually, raya tahun ini memang dinantikan sebab bertambah seorang lagi ahli keluarga.
Kira meriah lagi daripada tahun lepas-lepas.

Apa yang bestnya kalau ada abang ipar ini bila tiba raya?
Tak ada apapun melainkan jika abang ipar itu ada pakej tertentu.

Antaranya;

abang ipar seorang yang rajin membantu di dapur dan memasak.
Ringanlah beban kami sedikit bila ada tambah seorang lagi untuk sediakan juadah raya.

abang ipar seorang yang pemurah.
Dia belikan bermacam jenis biskut raya, membelikan bahan-bahan untuk masak seperti daging barang 3,4 kilo, ayam dalam 3,4 ekor untuk support juadah raya di rumah.
Lepas itu, boleh pula bagi duit raya pada semua adik beradik ipar dia.

abang ipar seorang yang ringan tulang.
Hari-hari terakhir sebelum raya, ringan sahaja tnagan dia menolong mengemas rumah.
Tolong pasang langsir, susun perabot, cat rumah, lap cermin tingkap, basuh bunga plastik, cuci kipas, lampu, buang sawang, cuci toilet..
Pendek kata semua kerja dia nak buat.

abang ipar tak cerewet mewet.
Juadah raya apapun dia akan makan.
Apa sahaja yang terhidang, dia jamah.
Walaupun tak sedap, rezeki tak ditolak.
Rumah mertua macam mana uzur sekalipun dia sudi tinggal semalam dua sempena raya.

Ada banyak lagi tapi macam terlupa pula.
Kalau ada idea tambahan, bolehlah tepek di komen ye =)

8 comments:

Bro Framestone said...

alhamdulillah....

cari la calon yang lebih kurang cam tue juga.. boleh kurangkan beban mak bapak time raya he..23x

bro tahun nie raya asing... hope tahun depan dapat raya bersama2

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

abigemok said...

haha.. bagus2.. if mcm tu cari la calon yg mcm tu kan? sng skit bila nak raya... hehehe

noorafzan.blogspot.com said...

bro..
ahaha..
saya doakan yang terbaik je.
tahun depanpun insyaAllah raya 'bersama' juga =)

kyuubi..
hehe..
camtu le..

Sharinginfoz said...

selamat hari raya

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz..
selamat hari raya =)

Unknown said...

dah smbuh ke?
dh makan?

zhrhtoodem said...

selamat hari raya!
maap zahir & batin
:)

Unknown said...

SALAM,
MENDOAKAN KESIHATAN KEMBALI SIHAT.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics