Followers

Tuesday, September 7, 2010

Bulan Puasa : Biskut-biskut rayaku tahun ini! 8 Jenis

Tahun ini seperti yang saya mention dalam entry sebelum ni, memang tahun biskut raya.
Bayangkanlah, saya tak berhabis untuk baju raya, kasut raya or tudung raya tapi berhabis ke biskut, dodol dan rempeyek.

Tapi saya puas hati sebab dapat jugalah merasa nak beli kuih muih itu semua.
Kalau agak-agak tak termakan, bolehlah bawa ke office lepas raya buat 'snack'..

Inilah list nama biskut raya yang berjaya ku beli sendiri tahun ini.


  1. Biskut Kacang..


  2. Biskut Double Choc (plus white choc)


  3. Biskut Almond


  4. Biskut Vanilla Kisses


  5. Biskut Milky Oats Bar


  6. Biskut Choc Chip Butter Pecan


  7. Biskut Chocolate Crumpy


  8. Biskut Baby Peanut
Ooooo..meriah gila..
Yang pasti semuanya lain-lain.
dan nampaknya macam sedap.
bulan puasa ni memang tak sempat nak merasa.
hoho~
Malam raya sok saya try satu-satu.
=)

Ada lagi 3 jenis biskut raya feveret kami setiap tahun.
Beli di Giant semasa awal puasa.
Nanti saya story biskut apa yang feveret sangat itu.
Ada kisah tahu disebalik biskut-biskut itu =)

Oh ya..senarai kuih daripada no 4 hingga 8 itulah biskut buatan NaniRostam mama Hanis Zalikha.
Semalam saya pergi rumahnya untuk collect biskut raya.
perghh..boleh dikatakan rumah impian la kan sebab area rumah tu mendamaikan dan rumahnya cun. .



p/s : termasuk hari ini tinggal 4 hari sahaja puasa. Cepatnya masa berlalu kan. =)

p/s: oh ya..sangat teruja sebab bakal dapat kad raya + ole-ole dari bali daripada JoeJambulgrimjow..=)

26 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics