Followers

Friday, September 3, 2010

Selingan : Hampeh, tidur gua terganggu!

Ni memang tak salah.
Berpunca daripada benda yang gua jumpa di Mydin selasa lepas.
Memang tak salah lagi.
Benda tu memang ngam ngam pukul 12.00.
Time tidur gua di office tulah dia datang mengganggu.
Argghh..tension betullah!

Dari pukul 12.00 sampai 12.20 memang gua langsung tak boleh nak tidur.
Dah la rehat 30 minit sahaja.
Datanglah masa pukul 12.30 ke, pukul 10.00 pagi tadi ke,
Ini pandai pula dia pilih timing.

Dahlah serang perut gua.
Perut gua beb memang tak beragak betul.
Rasa macam nak mati sahaja dia cucuk-cucuk macam jarum.

Kerana tak tahan sangat, gua paksa dia keluar juga.
Menggunakan ilmu yang dah lama gua tak praktikkan, dia mengalah.
Apa lagi berdesup dia lari.
Baru lega.

Apa lu orang pikir agak-agak?
Gua kena buatan orang?
Bukan-bukan..
Bulan puasa macam ini mana ada syaitan iblis yang bertugas.
Bomoh semua cuti maa..
Tak ada job!

Flash back 2 hari lepas,
Buka puasa minum VSoy milk perisa Cappucino.
Memang sedap layan. Mantap dan sedap!
Tapi, 'mendapatlah' lepas itu.
Err..macam mana gua tahu benda tu punca?
aa..adalah..
Rahsia!

p/s : Adeh, dia macam 'patah balik' je nak ganggu perut gua. Ok la, gua nak pergi bertarung sekejap.

p/s lagik : Gua pelik sebab benda ini datang tengahari je. Malam ok pula. huh~

15 reaksi spontan:

.s.o.f.i.a. said...

semoga cepat sembuh....!!!

Azmi said...

kah2...selamat berjuang..
hehe...

noor afzan said...

sofia..
huhu..
tq, ni pun gigih kerja gak.
tak sanggup de nak cuti2 gi.

azmi..
ahaha..
thanks.
dah selesai.
gua dah bagi warning terakhir kat dia.
kalau buat hal lagi mmg siap la.=)

Cik Yuki said...

hahaha semoga cepat sihat.!

saya_arief said...

kene pakai ubat yuyi cap limau ni..
haha..

molmolla said...

uhukkk!! gua?? takecare sis~ :D

noor afzan said...

cikyuki..
thanks =)

arief..
huhu..
x mo le..
=)

achu..
bila time biol datang, mmg 'gua' la baru kena.
kuikui~

hans said...

selamat berperang di dalam perut
hohoho

P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

noor afzan said...

hans..
ahaha~
=)

alizan75 said...

laaa....sakit perut rupanyer....
hahahaaaa...tentu x bc bismillah .......

apa2 pun semoga cpt sembuh.....

Mario said...

ooo...dia tak kasi tido time keje la tu...haha
err...vsoy tu dah expired ke...

noor afzan said...

alizan..
setiasahabat..
ui..baca2..
siap bacakan doa berbuka lagi.
=)
thanks ye.

Mario..
err..entah la.
kotak dah buang.
tak sempat check.

Redbloodsnow said...

Bomoh semua cuti maa..
Tak ada job! <-- hahah..tergelak lah zie bace weh yang. betol tuh! :D

noor afzan said...

Zie..
ahaha..
betul kan.
sebab banyak yang kena buatan orang tu dengan bantuan syaitan/iblis.
tapi kalau dia pakai jin, wollohu'alam la =)

azzey said...

Ha3.....suspen2!!!

Related Posts with Thumbnails

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics