Followers

Thursday, September 16, 2010

Isu Semasa : Kronologi Kes Kehilangan, Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Salam semua.
Sejak daripada sebelum raya saya mengikuti secara ON and OFF berkenaan kes ini dan banyak juga yang terlepas pandang.


Bermula dengan laporan kehilangan Datuk Sosilawati seminggu selepas dia difahamkan mempunyai urusan perniagaan di Banting selama 3 hari.
Menurut laporan awal mangsa yang pergi bersama 3 lagi mangsa lain iaitu peguamnya, pegawai bank dan juga pemandu dengan 2 kereta.
Masa itu dilaporkan mangsa turut membawa bersama 4 juta yang akan digunakan dalam urusan perniagaan tersebut.

7 September
Usaha mencari Datuk Sosilawati giat dilakukan.
Kereta milik beliau jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 ditemui seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah.
Diikuti pula dengan penemuan kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim pula ditemui diletak di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.

Kemudian,
Keluarga dan rakan-rakan mangsa terus dipanggil polis untuk diambil keterangan.
Kereta-kereta yang telah ditemui turut disiasat untuk mencari sebarang petunjuk.
Polis juga mengandaikan ke empat-empat yang hilang masih selamat.
Keluarga mangsa juga menafikan menerima panggilan ugutan wang tebusan daripada sesiapa.
So, andaian mereka diculik juga belum dapat dipastikan kebenarannya.

8 September
Polis melaporkan bahawa Datuk Sosilawati dan 3 lagi rakan masih lagi berada di dalam negara.
dan turut menyebut siasatan ke atas kedua-dua kereta tidak menemui sebarang petunjuk mencurigakan termasuk kemungkinan mangsa diculik.
Polis turut menyatakan telah memperolehi beberapa maklumat tetapi tidak boleh didedahkan kerana mungkin akan membahayakan nyawa Datuk Sosilawati dan 3 lagi individu terbabit.
Polis akan mendapatkan keterangan semua keluarga Sosilawati untuk mendapatkan maklumat siapa yang beliau sudah jumpa sebelum dilaporkan hilang dan sedang mengesan individu dipercayai seorang peguam yang dikatakan akan ditemui Sosilawati untuk urusan perjanjian kontrak jual beli hartanah berkenaan.

Pelbagai khabar angin tersebar menyatakan keempat-empat mangsa yang hilang ini telah mati dibunuh.
Keluarga mangsa dan juga KPN (Ketua Polis Negara) meminta menghentikan spekulasi kerana masih tidak ada maklumat terbaru berhubung kes tersebut.
Dan khabar angin itu tidak benar sama sekali.

9 September
Polis mendedahkan bahawa kehilangan Datuk Sosilawati dan juga 3 lagi dipercayai berpunca daripada perselisihan berhubung soal kewangan membabitkan perniagaan.
Motif sebenar belum dipastikan dan polis sudah mengambil keterangan beberapa individu yang rapat dengan ahli perniagaan terbabit yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visgaes bagi mengenal pasti rangkaian konspirasi berkenaan.
Maklumat lain, wang dibawa Datuk bukan 4 juta (jumlah sebenar tak dapat dipastikan) dan lokasi tanah yang mahu diurusniaga bukan di Banting tetapi di Pulau Pinang.
Sosilawati ada menemui seseorang di sana (Banting) bagi membincangkan urus niaga tanah, selain mengambil sejumlah wang yang tujuannya belum dikenal pasti.
Kaitan individu itu dengan Sosilawati dan juga kumpulan yang meyembunyikan beliau masih samar.
Polis sedang menyiasat secara terperinci termasuk mengesan individu terakhir ditemui Sosilawati sebelum beliau dilaporkan hilang.

10 September
Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
Ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya.
Difahamkan, dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.
Maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati dan tiga individu itu berkemungkinan menjadi mangsa sindiket itu.
Difahamkan, dia sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan pada Selasa lalu, termasuk mengenal pasti bentuk pembabitannya dalam urus niaga berkenaan dan hubungannya dengan keempat-empat mangsa, manakala pergerakannya sedang dipantau.

11 September
Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.
Dilaporkan, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 lagi rakan.
Walau bagaimanapun polis belum mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun mengesahkan kaitan penemuan mayat rentung terbabit dengan kehilangan mereka.
Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan.
Setakat itu, 6 suspek telah ditahan termasuk seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adiknya, seorang doktor yang difahamkan juga seorang peguam berusia lingkungan 40-an yang dipercayai merupakan perancang utama kes itu.

12 September
Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia Malaysia tiba di lokasi dipercayai mayat Datuk Sosilawati ditinggalkan bersama beberapa suspek yang memakai baju lokap berwarna Ungu.
Mangsa dipercayai dibakar di ladang ternakan ayam, Ladang Gadong, di sini.

Tak lama kemudian,
Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Dilaporkan juga,
Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.
polis membuat tangkapan pertama pada 10 September membabitkan lima orang.
Datuk yang merupakan seorang peguam bersama adiknya pula di tahan 11 Spetember.
Manakala seorang lagi ditahan 12 September.
Hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

13 September
Pasukan penyelam Polis Marin hari ini menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.
Dilihat mereka memeriksa bahan dipercayai tulang.

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai.
Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.
Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.
8 suspek kes akan ditahan reman sehingga 18 September ini.
Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan.
Walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.
Selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.
Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.
Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.
Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.

14 September
Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an pada 13 Sept.
Tetapi hanya jam tangan salah seorang mangsa ditemui.
Polis juga melaporkan menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Datuk Sosilawati Lawiya sebenarnya bercadang menjual tanah seluas 4 hektar miliknya di Bukit Jambul, Pulau Pinang sebelum beliau hilang dan bukan mahu membeli tanah di negeri berkenaan seperti dilaporkan sebelum ini.
Pendedahan itu dibuat sahabat karib jutawan kosmetik terbabit, Datuk Suhaimi Ibrahim yang kali terakhir berbual dengan Sosilawati melalui telefon pada 29 Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia dilaporkan hilang.
Malah, dalam perbualan pada 29 Ogos itu, Sosilawati turut mengajaknya ke Banting untuk urusan penjualan hartanah berkenaan tetapi dia tidak dapat ikut kerana ada urusan lain.
Tanah terbabit dibeli Sosilawati kira-kira enam tahun lalu dengan harga RM2 juta, dan memutuskan untuk menjualnya pada harga RM12 juta bagi mengumpul aset untuk membolehkan penyenaraian syarikatnya.
Tanah milik Sosilawati terletak di kawasan bukit di belakang Universiti Sains Malaysia (USM) dan pada awalnya seorang pemaju dari Negeri Sembilan berminat membelinya, bagaimanapun urusan jual beli gagal kerana tanah berkenaan dikategorikan sebagai kawasan hijau dan mempunyai syarat terhad iaitu pokok di sekitarnya tidak boleh ditebang.
Apabila tanah terbabit gagal dijual, Sosilawati meminta peguamnya membantu mencari pembeli baru, tetapi saya dimaklumkan peguamnya tidak dapat mencari pembeli sesuai.

Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.

15 September
Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah sekali gus menolak teori kononnya mangsa masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.
Kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.
Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka.

Polis sedang memburu seorang lagi lelaki, dipercayai bekas pengawal peribadi dua suspek utama kes bunuh dan bakar jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya bagi membantu siasatan kes itu yang dipercayai mempunyai banyak maklumat berhubung kes berkenaan melarikan diri selepas menyedari diburu sebaik kes pembunuhan itu terbongkar. Sumber memberitahu Berita Harian, polis sudah menyerbu rumah lelaki terbabit dan beberapa lokasi termasuk pejabatnya di Banting, namun gagal menemuinya.

Dilaporkan enam keping atap zink yang mempunyai kesan terbakar, dipercayai digunakan suspek sebagai alas ketika membakar mangsa kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditemui penyelam Pasukan Gerakan Marin, di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang petang 14 Sept.
Polis juga menemui dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa dalam Sungai Kanchong Laut.
Difahamkan, polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan. Penyelam dilihat menggunakan alat pengesan besi bagi mengesan senjata dan barang peribadi yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan.
Seorang suspek dibawa ke dalam semak berhampiran Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di Subang Jaya iaitu tempat kereta BMW milik Sosilawati ditemui, bagi mencari barang kes dipercayai kunci kereta mewah berkenaan dan barang kes ditemui selepas setengah jam mencari.

Unit Forensik Polis menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau.
Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang itu dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.


Sumber semuanya dipetik dan diringkaskan daripada Berita Harian.
Sebenarnya saya buat entry inipun sebab nak beri gambaran kronologi sebenar kes ini sehingga semalam. (untuk saya dan untuk kawan-kawan yang tak berapa ikuti perkembangan sedari awal macam saya)
Saya sebenarnya gagal untuk mengikuti kes ini secara konsisten sejak ia mula dilaporkan dahulu kerana macam-macam halangan termasuk masalah kesihatan dan juga kesibukan sempena Ramadhan dan Raya.
Bila saya baca balik berita dan cuba untuk susun di sini, baru nampak dengan jelas rentetan kes ini.

Komen saya, rasa macam ada something yang pelik dengan kes ini.
Pelik tapi benar.
Bagaimanalah suspek-suspek ini boleh 'kantoi' dalam masa tak sampai sebulan kehilangan mangsa.
Berkenaan jam mangsa yang ditemui pada suspek, rasa macam 'bodoh sangat' untuk seorang penjenayah berprofil tinggi begini buat 'kecuaian' macam ini.

Kalau diikutkan dari segi penghapusan bukti pembunuhan, mereka memang superb excellent.
Jika barang peribadi mangasa termasuk jam tidak diambil suspek, sudah tentulah kes ini akan terus jadi macam 4 kes kehilangan dahulu.
Tiada siapa dapat kesan penjenayah sebenar.
Bukti lain tiada selain daripada pengakuan suspek-suspek dan juga barang bukti yang ditemui hasil 'kecuaian' suspek sendiri.

Tapi saya tetap percaya satu perkara.
Betapa bijakpun sesorang itu tetap ada kelemahannya kan.
Sesempurna manapun planning, jika dah ditakdirkan gagal tetap akan gagal juga walaupun sebab kegagalan itu hanya benda kecil.
Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Harapan saya, penjenayah-penjenayah ini dikenakan hukuman setimpal dan seberat-beratnya.
Kepada yang terlepas, mungkin di dunia ini anda boleh lepaskan diri.
Tapi, tunggulah balasan yang hakiki kelak.
Kamu tidak mungkin dapat lari walau selangkah.
Dan seperti yang ditegaskan dlaam media, ini bukan isu kaum atau agama tapi isu kemanusiaan.
Semua bangsa dan agama pun mengutuk kekejaman seperti ini kan.

p/s : hari ni akan sibuk sebab ramai saudara mara datang rumah beraya. huhu~

8 comments:

Sharinginfoz said...

rasanya kes ni dah nak selesai kan

Norman vs Abby

Unknown said...

SALAM,
LF HARAP SANGAT2 KES INI SELESAI CEPAT. DAKWA MEREKA DI MAHKAMAH. KALAU BERSALAH, JATUHKAN HUKUMAN SEBERAT2NYA. MEREKA YANG MENJADI PEMBUNUH INI ADALAH MANUSIA YANG BUKAN MANUSIA DAN MELAMPAU. INI KERJA ORANG TAK SIUMAN. MACAM MANA KALAU ANAK BINI MEREKA DIBUNUH? APA PERASAAN MEREKA INI AGAKNYA?

Nabiel said...

huhu~
tak tau la mcm mane dorang diseksa sebelum dibakar tuh, silap2 masa dibakar tuh pn dlm keadaan hidup lagi.
disebabkan duit boleh jdi mcm nie~

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz..
selagi tak masuk court, selagi tu la tak dikira selesai.
harap2 kes ini tak jadi macam kes dulu2..
dilupakan.

LF..
itulah.
mereka ni bukan tak ada anak bini.
tapi, memang kejam sangat.
harapan saya mereka tak terlepas kali ini!

nabiel..
isk2..
itu hanya dorang dengan Allah SWT shj yang maha mengetahui.
kita hanya dapat mengagak je.
duit..buat manusia jadi kejam.

cikpia said...

memang tadak perikemanusiaan....

noorafzan.blogspot.com said...

pia..
betul!

Redbloodsnow said...

keji ah dorg pembunuh tuh. kesian kat mereka yg dibunuh. zie paling kesian kat driver tuh :(

al fatihah utk mereka

noorafzan.blogspot.com said...

tu la zie.
mmg keji sangat.
tapi tu la.
kerna duit, apapun sanggup dilakukan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics