Followers

Tuesday, September 21, 2010

Peringatan : PTPTN akan tolak gaji jika tak bayar pinjaman! I Malware problem!

Kecoh sangat sekarang pasal malware yang detected kat blog berpunca daripada iklan innity dan mangga ads. Kepada yang tepek ads tu di blog better removekan dulu. Kalau tidak saya terpaksa me removekan blog anda daripada list saya sebab link anda tu effect ke blog saya juga tau.
huhu~ Tapi jangan risau sebab sementara sahaja. Bila innity dah clear nanti barulah saya add link kamu semula. Ok tak?
Semalam saya terpaksa remove blog Kujie, Orange 4 Kay, Zon Artis, Jawatan Kosong Kerajaan, Buaya-Merah, Bom123 dan beberapa lagi blog lain yang affected by malware.huhu! Nanti saya add balik ye!

Semalam, saya berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Tertarik kepada entry Blog Zool Ligakampung berkenaan PTPTN. Yup, kepada orang yang pernah bergelar student sama ada IPTA ataupun IPTS, mesti PTPTN ini sinonim sudah. Sebab PTPTN menawarkan pinjaman kepada hampir sebahagian besar pelajar.

Dulu masa mendapat tawaran ijazah sarjana muda, saya turut menerima cek pendahuluan RM1500 daripada PTPTN untuk digunakan semasa urusan pendaftaran di UTM. Tengok, belum sign apa-apa perjanjian, sudah diberikan duit. Terbukti PTPTN ialah satu bantuan yang melegakan lagi-lagi kepada pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan kecil. Bila sudah mendaftar, barulah pelajar berpeluang merebut biasiswa-biasiswa yang biasanya ditawarkan kerajaan negeri,JPA, syarikat-syarikat besar seperti TNB, TM, Petronas dan lain-lain. Saya juga tidak melepaskan peluang mengisi borang biasiswa JPA walaupun agak terlewat dan saya mengirimkan borang yang lengkap diisi melalui poslaju. Tapi kebanyakan biasiswa hanya diperolehi bila memasuki semester 2. Semester 1 hampir semua pelajar bergantung kepada PTPTN. Mana nak cekau duit untuk perbelanjaan buku dan sara hidup kalau bukan dengan wang PTPTN.

Selepas itu barulah saya berhenti guan pinjaman PTPTN. Hutang saya tidak banyak. Cuma RM7000. PTPTN sudah banyak membantu meringankan beban kewangan saya dahulu dan juga kepada ramai lagi yang lain. Jadi, bila sudah kerja itu janganlah liat nak bayar hutang PTPTN.
Sebab ramai adik-adik kita yang baru nak masuk U juga memerlukan pinjaman itu. Sama juga situasinya dengna kita masa muda-muda dahulu kan. Kalau kita tak bayar, macam manalah PTPTN nak ada duit pusingan untuk bagi bantuan pada pelajar-pelajar ini.

Daripada RM7000 plus pula dengan bunga serta pokok yang agak besar jumlahnya dulu, kini hutang saya dengan PTPTN tinggal RM1000 ++. Dan saya harap saya mampu untuk habiskan hutang itu secepat mungkin.

Kepada yang dah berkerjaya tetap dan liat untuk bayar hutang PTPTN, kerajaan dah tetapkan untuk membuat potongan gaji secara wajib bermula Jun 2011. So, kepada yang rasa macam tak pernah bayar langsung tu berjaga-jagalah. Mulalah membayar daripada sekarang. Sedikit-sedikit lama-lama habis juga kan?

Kalau rasa macam nak check sama ada nama korang disenarai hitamkan oleh imigresen atau tidak, boleh la ke SINI. Kalau ada dalam senarai maknanya korang tak boleh pergi oversea la.
Kalau nak check berapa banyak lagi hutang korang dengan PTPTN, silalah rujuk SINI pula. tapi kena ada pin number yang boleh didapati dengan menghantar SMS (taip PTPTN NOPIN[JARAK]NOKP dan hantar ke 33199) ataupun dengan merujuk penyata yang dipos setahun sekali oleh PTPTN ke peti pos umah masing-masing. Ini untuk orang yang pernah membuat pembayaran balik pinjamanlah. Kalau tak pernah bayar, tak sure pula.

p/s : hutang kalau tak bayar, amalan dan rohnya akan tergantung bila meninggal kelak dan akan kekal tergantung sehinggalah hutang-hutang habis di bayar.

11 comments:

GRuNGe said...

Saya peminjam MARA. Sudah bayar tapi sedikit demi sedikit. Bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Zool Blogger said...

ok dpt tgk blog ngan jayanya,, tq backlink tu.. sama2lah kita membayarnya

ZooL

noorafzan.blogspot.com said...

grunge..
haha..
tu kalau kumpul duit bro.
kalau bayar utang,
sikit2 lama-lama habis la utang. =)

bro zool..
thanks bro atas bantuan tadi.
saya check kat bloglist, byk juga blog yang effected by malware tu. terus saya remove blog2 itu. huhu~

sama2..
hehe..yup, sama2lah kita setel utang tu.

Unknown said...

sebab anaklah akak merajinkan diri buat tu semua..ala tentu mak kamu pun rajin macam akak kan..

aka pun suker gi ke cherating..best..

anak pun ada hutang..satu ptpn dan satu lagi mara..lum kerja lagi..dah kerja nanti akak bambu suruh bayar sebelum kawin.

cikpia said...

me dulu bayar potong gaji..... bulan2 bayar 140. tengok2 dapat penyata bunga saja bulan2 rm80.. cittt!!! brapa sen jer yang dibayar.....????

pastu tukar kerja, diaorang tak buat potongan gaji...... he he, akupun tak bayar la....

Ur Other Half said...

menakutkan biler bc en3 x byr hutang ne.. erm.. malware 2 skg makin ramai yg kena.. kesian kan..

noorafzan.blogspot.com said...

kak ina..
mak saya dah lama tak merajinkan diri.
sejak dia sakit kencing manis 7 tahun lepas.
sejak tu kami mmg berdikari masak sendiri.
tapi mmg dah lama tak buat kek, biskut dan kuih2 lain.
masak nasi dan lauk je la.

cikpia..
skang bunganya dah kurang. tak macam dulu. so, tak terasa sangatlah naiknya.
baik awak check balik hutang awak tu dna mula bayar semula.

aie..
aie tak berhutang kan dulu.
dapat biasiswa eh.
=)
pasal malware tu saya terpaksa remove blog kujie, orange 4 kay dan beberapa blog hiburan.
takpelah nanti bila dah clear sok saya add balik.

Anonymous said...

dah pnjm mst la kena byr balik kan..(walau pun berat jer rasa hati..hehe) sikit2 lama2 abis la..

cikpia said...

semalam ada blogger kata blog aku kena malware..... kalut gak!!!! tapi orang lain termasuk 2bloggers otai kata ok jer tadak masalah...... risau aku!!!!

btw, semalam dah check PTPTN tu. my bro blacklisted..... he he..... aku nak sambung bayar la, takut..... walau tak blacklisted tapi kalau tunggak2 kang makin banyak....

noorafzan.blogspot.com said...

yott..
haha..
tu la pasal yott.
konolah bayar walaupun poket tgh kering.

cikpia..
tu la saya pun sama gak.
kena check bloglist, kalau blog tu detect malware better deletekan dulu dari list tu.
=)
pasal PTPTN tu mmg kena dah mula byr kalau tak nak kena blacklisted.

anna said...

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan dalton kerana memberi saya pinjaman bernilai $ 43000. Saya telah ditipu dalam beberapa percubaan untuk mendapatkan pinjaman oleh syarikat pinjaman palsu yang berbeza sehingga saya bermaksud dalton. jika anda memerlukan pinjaman tulen yang mendesak hari ini, janganlah ditipu hubungi pinjaman berlian melalui e-mel: diamondloans24@yahoo.com

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics