Followers

Sunday, September 19, 2010

Kadang-kadang bila jatuh terduduk, kita dipertemukan dengan yang jatuh terlentang.

Salam Hari minggu.
Hari Minggu yang menjadi satu-satunya hari cuti ku (sebab sabtu kerja). Malam tadi Toksu (nenek sedara) datang tidur di rumah. Sekarang inipun dia still lagi ada di sini. Di dapur berborak dengan mak ayah. Kebetulan pula hari ini keluarga si dia nak datang beraya. Boleh mereka kenal dengan satu-satunya nenek sedara yang kami ada.

Belah ayah, ada nenek tiri sahaja.
Belah mak, nenek dah tak ada langsung.

Minta maaflah kalau ada kawan-kawan yang buat rumah terbuka atau majlis kahwin. Saya tak dapat nak pergi hari ini. Kalau datang hari lain boleh tak? harhar.

Berbalik kepada tajuk, beberapa hari ini saya terjumpa sahabat lama yang amat rapat dengan saya suatu ketika dahulu. Kawan semasa zaman kanak-kanak. Bila borak dengan dia, saya mendapat sesuatu yang buat saya 'sedar' dan 'bersyukur dengan apa yang saya ada/dapat selama ini.

Macam mana nak cakap ye? Baiklah. Point dia mudah sahaja.
Bila kita rasa kita berada di tahap paling lemah/paling diuji dalam hidup, kita akan diperlihatkan/dipertemukan dengan orang yang nasibnya jauh lebih buruk/ujian yang lebih berat daripada kita.

Dan,
Ingatlah kepada janji Allah SWT.

Dia tidak akan memberatkan hambaNya kecuali dengan ujian yang mampu dipikul hambaNya. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang, maha adil dan maha mengetahui hati-hati hambaNya. Bila kita memperolehi rezeki, kita kadang-kadang lupa yang itu datangnya dariNya. Bagi yang beriman akan cepat-cepat mengucapkan kesyukuran kepadaNya. Bagi yang tidak pula cepat-cepat mendabik dada menyatakan semua itu berhasil atas usahanya semata-mata.
Tapi, Dia tak pernah murka apatah lagi menarik balik rezeki itu sedangkan Dia mampu.

Bila kita dilanda musibah, cepat-cepat kita ingat Allah SWT. Cepat-cepat kita ingatkan takdir. Qada dan Qadar. Bagi yang beriman akan cepat-cepat berdoa mohon dipermudahkan untuk menghadapi musibah itu. Bagi yang tidak pula akan cepat-cepat menyalahkan takdir (cepat sahaja dia nak salahkan orang lain).

Dia lupa.

Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hambaNya tetapi hambaNyalah yg menzalimi dirinya sendiri.Dan setiap musibah yang melanda kita merupakan ujian yang dikirimNya untuk menguji keimanan kita. Tidakkah kita bersyukur kerana itu maknanya Allah SWT masih sayangkan kita.
Kalau tak sayang, sudah tentu dia akan biarkan kita terus alpa. Betul tak?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhCHYNmjPGp1dZkjBY3rOmXl2X8EbE2A0m8N9wnWIb88-CEYe6qnNROCM0XH5hM3zQr6Is_yij5Sbd9BW-GeK1CrV48_yBxJ0HCdKDJjkZEZZHW11Oy-5MAMoRkGu9zwhJx9Kep5I2zY0/s400/ujian.jpg

Jangan ditanya kenapa tiba-tiba saya keluarkan entry sebegini hari ini.

Anggaplah ia sekadar luahan hati dan sekadar peringatan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan dengan melihat musibah/dugaan yang melanda diri kita dari sudut yang berbeza. Dalam erti kata lain daripada sudut yang lebih positif!

Kadang-kadang kita rasa macam kita ini tidak bertuah atau dalam ertikata lainnya malang. Sedangkan kita sudah cukup bertuah berbanding ramai lagi orang lain yang kurang bernasib baik berbanding kita.

p/s : Kesimpulannya, bersyukur dengan apa yang ada.

Update : Hari ni amatlah penat. Dari pagi membawa ke malam orang tak putus-putus datang beraya walaupun bukan buat open house. Terima kasih kepada yang datang dan maaf sebab hanya meehun perencang udang segar menjadi santapan.

18 comments:

Firol said...

sekadar luahan? mcm penglmn

Unknown said...

SALAM,
SERONOK MASIH ADA NENEK ! SETUJU DENGAN TULISAN SDR NI.

faizalnizam said...

memang betu. tk dpt dinafikan. kalau kita rasa susah. ada lagi yg lagi susah daripada kita.

NAZ said...

manusia lebih suka benda terjadi pada diri sendiri baru sedar kot :)

Mrs Nurul said...

thanks weh..saling mengingati..

noorafzan.blogspot.com said...

Firol..
Pengalaman rkaan-rakan sendiri buat saya tersentak dan sedar diri.
=)

LF..
Tu la..
seronok sangat.
terima kasih =)

Fyzal..
Yup, bersyukur dengan apa yang ada.

naz..
tu yang susahnya kan.
dah terkena batang idung sendiri baru nak tergadah.

noorafzan.blogspot.com said...

neon..
sama2..
yup, kitapun tak sempurna kan.
=)

Unknown said...

erm...Allah dah merancang dengan sempurna..

cikpia said...

hanya mereka yang melihat dengan mata hati jer yang akan 'nampak' dan bersyukur...

noorafzan.blogspot.com said...

Azmi..
Allah itu maha SEMPURNA.
=)

sofia..
betul.
yang melihat sambil berfikir.
bukan yang hanya pandang kosong.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

BETUL :))))


sebab tu lah penting kite berfikiran positif :)

Nabiel said...

bersyukur dengan apa yang kita ada kan? kadang-kadang kesusahan yang kita dapat, kena pikir hikmahnye dan apa sebab jadi macam tuh?
dari situ kita belajar mana silapnya.
Allah tuh selalu ingat kat hambanya kan?

noorafzan.blogspot.com said...

miss lolly..
tu la..
sedang cuba mempositifkan diri tiap kali rasa down.

nabiel..
komen yang last tu mmg saya fikir byk sangat!.

Zool Blogger said...

ntahlah kadang2 kita rasa tak adil dan sebagainya tapi itulah yang sesuai untuk kita. kita rasa kita susah ada yang lebih susah. sama2 muhasabah diri. wallahualam..

ZooL

noorafzan.blogspot.com said...

betul.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kan.
=)

GRuNGe said...

Paling suka part ni,

Dia tidak akan memberatkan hambaNya kecuali dengan ujian yang mampu dipikul hambaNya.

Lepas tu memang betul, kita sentiasa mengeluh nasib kita, tanpa memikirkan nasib orang lain yang lebih teruk dari kita. Kesudahannya, kita sendiri akan down.

Good info.

noorafzan.blogspot.com said...

thanks bro.
yang baik kita ambil. yang buruk kita jauhi.
=)

Sharinginfoz said...

betul tu apa yang penting kita redha apa yang berlaku kepada kita

Siapa Link Your Blog

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics