Followers

Wednesday, September 22, 2010

Kalau semua orang betul-betul hayati Islam, aman damailahlah dunia!



Cuba anda bayangkan, kalaulah semua orang betul-betul menghayati Islam.

Setiap orang berusaha untuk mempelajari segalam yang baik-baik. Berusaha untuk mengamalkan dengan sungguh-sungguh segala perkara yang disarankan dalam Islam. Dan berusaha bersungguh-sungguh menentang perkara yang dilarang Islam. Apakah kita akan kembali ke zaman kegemilangan Islam dahulu. Yang berjaya menakluki hampir seluruh dunia.

Cuba anda bayangkan, kalaulah semua orang betul-betul memahami Islam.

Semua orang faham apa yang boleh dilakukan, apa yang wajib dilakukan, apa yang sunat dilakukan apa yang makruh dilakukan dan apa yang haram dilakukan. Semua orang memahami AlQuran dan Hadis Rasulullah dengan pemikiran yang sama, walaupun ada percanggahan pendapat, akan saling berbincang dan mencapai persetujuan bersama tanpa ada rasa ketidakselesaan, ketidakadilan dan ketidaktentuan hati akibat desakan nafsu dan hasutan syaitan. Mampuka kita?

Cuba anda bayangkan, kalau semua orang betul-betul mengikut segala syariat Islam dan meninggalkan laranganNya.

Yang sempurna sebab agama itu dibawa oleh Rasul-Rasul serta Nabi-nabi dengan izin Allah SWT yang Maha Sempurna. Semua orang takut untuk mencuri kerana hukum hudud iaitu potong tangan akan dikenakan. Itu baru dunia belum lagi di akhirat kelak jik dia tidak bertaubat kepada Allah SWT. Semua orang juga akan takut untuk berzina kerana hukum hudud iaitu disebat dengan seratus sebatan. Dan rasa menggigil kengerian bila pula membayangkan dicucuk besi panas lebih baik daripada menyentuh aurat yang berlainan jantina hatta tangan sekalipun. Tak sanggup woo.dicucuk jarum pun dah terasa sakitnya kan.huhu~

Minum arak? Lagilah tak sanggup dilakukan sebab tahu arak ialah ibu kepada segala maksiat. Mengenangkan 80 kali sebatan memang cukup untuk buat hati gentar. Pernah dengar kisah seorang warak yang tidak begitu zuhud dan kuat beribadat telah dirosakkan hanya dengan arak. Dengan meminum arak, dia telah berzina seterusnya membunuh. Tidakkah besar aib yang ditanggungnya dengan hanya meminum arak? huhu~

Itu baru bagi 3 contoh. Banyak lagi tapi cukuplah saya bagi 3 ini sahaja.

Kalaulah kita betul-betul menghayati Islam. Tidak akan wujud peminta sedekah, kemiskinan kerana semua orang kaya tidak menyimpan harta sendiri sebaliknya akan mengagihkan kekayaannya kepada semua orang. Tidak akan adalah orang kaya yang sombong dan orang miskin yang merempat di bumi Allah ini.

Kalaulah kita betul-betul memahami Islam. Tidak akan ada jurang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Tidak akan ada jenayah kecurian, rompakan kerana semua orang mampu untuk mencari makan secara halal di bumi Allah. Kerana percaya rezeki Allah itu ada dan wajib untuk mencarinya secara halal. Kalau mencuri, merompak segala mana datang halalnya.

Kalaulah kita betul-betul mengikut segala syariatnya. Kita akan faham maksud keberkatan dan bersyukur. Orang yang kaya ialah orang yang mendapat harta yang sedikit dan amat bersyukur dengan apa yang dia dapati manakala orang yang miskin ialah orang yang mendapat harta (sedikit ataupun banyak) tetapi tidak pernah puas (bersyukur) dengan rezeki itu. Walau setinggi langitpun harta yang diperolehi, dia tidak akan pernah puas malah terus mencari dan mencari. Sedangkan yang sebenarnya apa yang dia gagal jumpa ialah 'keberkatan' harta itu. Keberkatan yang hanya akan diperolehi jika dia betul-betul mendapatkan harta itu kerana Allah SWT dan dengan jalan yang diredhai Allah SWT.

Cuba bayangkan. Adakah kita mampu untuk menjadikan apa yang dibayangkan itu satu kenyataan? Ok, cukupkah dengan hanya membayangkan sahaja?
Takkan bayangkan sahaja.
Apa kata mulakan dengan diri sendiri dahulu.
Nasihat untuk diri sendiri*huhu~

p/s : picture ehsan by google

5 comments:

black_mel said...

yup betul..itu semua hnya bayangan...ramai umat Islam nak menentang hukum Allah..dan sebenarnya bukan hanya di negara kita sahaja..negara arab pun sedang bergolak..pergaduhan puak2 arab...

Unknown said...

SALAM,
BETUL, KITA MULAKAN DENGAN DIRI KITA DULU, KEMUDIAN KELUARGA KITA, DAN SETERUSNYA KITA PERLUASKAN KEPADA UMUM. MAHU MELAKUKAN PERKARA YANG BAIK TU BANYAK CABARAN DAN DUGAANNYA. TETAPI DENGAN KEYAKINAN DAN SANDARAN KEPADA ALLAH SWT, KITA AKAN BERJAYA.

noorafzan.blogspot.com said...

blackmel..
tu la..
bayangkan dulu ye.
kejayaan selalunya dimulakan dengan satu bayangan atua impian kan.
haha!
tapi tu la mmg agak sukat hari ini.

LF..
Betul.
itu yang cuba saya sampaikan.
at least we try our best rite?

cikpia said...

jom mula berubah!!!!

noorafzan.blogspot.com said...

sofia..
jommm!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics