Followers

Thursday, December 31, 2009

Zaifie Zainal Hall and Room Make Over..

Kelmarin, balik sahaja ke rumah...
Nampak satu lori besar depan rumah itu..
Curious juga pada mulanya.
Rupanya Zaifie Zainal Pelamin n Room Make Over sudahpun bermula..
Masuk2 sahaja rumah, mereka sedang memasang pelamin..
Saya tunjuk satu je picta dulu..
Pelamin yang dah complete..
Yang berbaju hitam itulah tokey..(suami kepada Puan Zaifie)

Lepas itu, mereka beralih pula ke bilik pengantin..
Menghias bagai nak rak..
Tapi dek kerana mataku yang dah kuyu..
Saya tidur without tengok hasilnya..
Sudahnya, keesokan hari baru saya snap picta..
Mari saya tunjuk satu..
Cantik..sangat..



Oleh kerana tuan blog amatlah busy sekarang.
Maka, saya update sikit2 sahaja..
Kalau ada masa terluang akan saya guna untuk singgah blogwalking..

P/S : HARI INI AKAD NIKAH SEBENARNYA. LEPAS ZUHUR NANTI.
DOAKAN SEGALANYA BERJALAN SEMPURNA..AAMINN..

P/S/S : SAYA ADA CERITA PASAL ZAIFIE DESIGNER KAT ENTRY NIH TERMASUK WEBSITE MEREKA.SINGGAH SINI FOR MORE DETAILS.

Wednesday, December 30, 2009

Jokes 4 today..

I got this from friend's email..
Really good to ease your stress..and laugh like hell..
Jokes pendek2 sahaja..
Ada juga yang kena pikir dulu baru paham..

layankan sahajalah ya..

1. Losing all your friends


Man comes home, finds his wife with his friend in bed.
He shoots his friend and kills him.
Wife says "If you behave like this, you will lose ALL your friends."

2. Brother wanted

Small boy wrote to Santa Claus,"send me a brother"....
Santa wrote back, "SEND ME YOUR MOTHER"....

3. Meaning of WIFE

Husband asks, "Do you know the meaning of WIFE? It means 'Without Information Fighting Everytime'!" Wife replies, "No, it means 'With Idiot For Ever'!!!"

4. Importance of a period

Teacher: "Do you know the importance of a peri od?"!
Kid: "Yeah, once my sister said she has missed one, my mom fainted, dad got a heart attack & our driver ran away."

5. Confident vs. confidential

A young boy asks his Dad, "What is the difference between confident and confidential?" Dad says, "You are my son, I'm confident about that. Your friend over there, is also my son, that's confidential!"

6. Anger management?

Husband: "When I get mad at you, you never fight back. How do you control your anger?"
Wife: "I clean the toilet."
Husband: "How does that help?"
Wife: "I use your toothbrush."

Tuesday, December 29, 2009

Saya dikelilingi mereka yang rajin~

Ok, antara lelaki dengan perempuan mana yang rajin mengemas?

Typical perempuan = rajin kemas2..hias2.(sila bayangkan bilik yang colourful, kemas dan cantik)
Typical lelaki = simple dan tak rajin hias2 bagai..(sila bayangkan bilik orang bujang yang simple)

Tapi, zaman sekarang ini dah tak sama..
Tak dapat bezakan lagi..
Ada perempuan yang rajin..ada yang malas..
Ada lelaki yang malas..ada gak yang rajin..

Buktinya kat sekeliling saya..
Adik beradik saya ada 6 orang..
3 lelaki..
3 perempuan
dan ..
1 mak
1 bapak

1st..bapak..
Memang rajin sangat mengemas..berkebun, dan sebagainya bila ada masa lapang..
Tiada langsung terdetik di hati nak berinternet macam anak dia nih..(uhuhu)

2nd..mak..
Mak masa muda2 dulu memang rajin..paling rajin dalam dunia..(dunia saya la tapi..)
Membesarkan 6 anak sendirian..(ayah kena pulun kerja keras sehingga tiada masa tuk layan kami..)
Bila dah tua2..(x dela tua manapun..), dia sudah 'puas' menjadi rajin..
Akhirnya ayah ambil alih menjadi rajin pula..
Lagi2 tang berkebun tu..
Lagipun mak dah tak larat..

3rd..kakak sulung..
Ada bab2 dia rajin..ada bab2 dia malas..
lagi2 bab mengemas dengan kemas2nya..
Style dia macam 'sorok barang' sahaja..
Nampak luaran kemas tapi...hmmm~
(tapi my sis ni dah pindah ke rumah makcik tahun lepas.. kerja di sana..)

4th..abang..
Abang memang rajin bab mengemas dalam rumah...
vacuumm..
sapu sampah..
lap2 habuk..
settle kan tong sampah..
bilik dia pun kemas sahaja..tapi still under typical man la..
tak adalah sampai menghias..

5th..kakak..
Dia ni..
erm..
kadang2 rajin..
kadang malas..
banyaknya malas la...
bila dah semak sangat baru dia rajin..
wakaka~
dia cuma rajin memasak..
kalau bab masak2 bagi kat dia la kan..

6th.. saya..
Actualy saya tak suka hias2 bagai..
kategori malas la kan..
Tapi saya tak suka juga sepah2..semak2..
Asal nampak kemas sudah..
Saya cuma concern ngan toilet..
sentiasa nak cuci sahaja..

7th and 8th..adik2 lelaki saya..
Totally different from typical man..
Mereka sangat suka kemas dan hias bilik..
tampal2 poster bagai..
nak ada karpet2 cantik..
tambah frame gambar cantik2..
lampu tidur..
kuikui..(macam perempuan..)
tapi x delah kaler2 pink or ladies nye style..

Daripada komen2 di atas ini, apa kesimpulannya..?
lelaki or pompuan yang lebih rajin..?
anda pula bagaimana?

Hari nih Hari Bonus...

Alhamdulillah..
Walaupun baru setahun lebih kat sini..
Dapat juga merasa bonus sebulan tuk 2nd bonus..(rasa-rasanya la..)
time 1st bonus dulu dapat kurang dari sebulan..(ada rasa sedih gak la time tuh..)
tapi, hari ni pi check account..
yaahooo..

Tapi, banyak perkara nak kena settle kan..
Kereta pun dah sampai masa tuk 3rd service..
Macam tahu2 sahaja tuannya dapat rezeki lebih hujung tahun ni..
Terbang la duit2 ini..

K, busy pula sekarang ni..
Will update later

Monday, December 28, 2009

Perak ke Kedah ye?

Last weekend, saya pergi Perak..
Tapi Perak sempadan dah..
Parit Buntar..
Mati2 saya ingatkan tak lah jauh sangat.
Dok bayangkan Perak sempadan Selangor sahaja..
tapi kalau dah hujung2 tu..sempadan Kedah.
Almaklumlah kan..

Alhamdulillah.
Perjalanan pergi cukup lancar..
Ambil masa 3 jam sudah sampai ke majlis..
wallaaa~

Saya pergi walimah sahabat officemate saya di sana bersama sahabat officemate Mazilah..
Kami bertolak dari rumahnya dalam kul 9..
Sampai kul 12..
Masuk2 terus jumpa rakan2 sekerja..
tak ramaipun 3 orang sahaja daa..
Ikin, Wani dan Encik Boss saya..
Encik Boss punya isteri punya kampungpun dekat parit Buntar juga..

Alhamdulillah dapat juga berjumpa dan bergambar dengan pengantin..
Hernita dan Adam..(Adam nih dari Johor..)
Memang utara bertemu selatan ni.
Penangan jodoh tak kira asal usul dan darjat kan..

Tapi, express betul..
Lepas pengantin masuk dewan n duduk kat meja makan, kamipun balik..
Sejam sahaja kami di sana..
Lepas zohor jamak asar di masjid berhampiran, kami terus balik KL.
Perjalanan balik memang mencabar..
Dengan hujan, accident menyebabkan jalan sesak di beberapa tempat..
Setiap hentian penuh dengan manusia..
Dari highway saya boleh nampak manusia beratur nak masuk toilet sampai ke luar..
Perjalanan balik ambil masa 4 jam..(alhamdulillah..tak seteruk yang kami jangkakan..)

Sebagai penutup entry,
Saya tepek satu gambar sahaja dulu di sini ye..
Yang lain itu tunggu~

Aik, pasal apa ada 2 ni.?
gabung2 majlis adik beradik..
Mana lagi menarik..?
pink cream ke coklat cream?

Nak promote Wedding Designer my sis..

Akak saya cari wedding planner thru internet je..
Memula perlu khidmat pakcik google gaks..
Lepas itu, survey..
mula2 yang dekat2..
Lepas itu yang jauh2 sikit..

Oleh kerana my sis punya potongan badan yang tak cukup langsing,
pilihan untuk baju adalah terhad kecuali kalau tempah..
tapi mahal woooo..
pakai sekali je seumur hidup..
Nak turunkan ke anak cucu dah tak releven fesyennya nanti..

Kat area rumah kami memang tak dapat la..
Kalau harga berpatutan, saiz baju pula tak ada..
Kalau saiz baju ada, mahal terlebih pula..

Hasilnya sudah tertulislah rezeki dapat kepada Zaifie Zainal Creation Bridal Gallery..
Siapa kenal angkat jari telunjuk kanan ke atas..(macam la saya boleh nampak kan..)
Sesiapa yang nak dapatkan pakej Baju tuk nikah dan sanding, mekap untuk kedua2nya, hias bilik dan pelamin dengan budget kurang RM3000 dan diyakini puas hati..
Lagi2 tang mekapnya..
Tak caya check la laman web beliau ini..
atau klik sahaja kat banner di bawah ini..

Zaifie ni tinggal kat Bandar Tun Hussein Onn..
Jauh betul kami ambil wedding designer sampai ke KL..
Untuk membuktikan yang butik ini besh, bleh tengok komen2 di blog beliau..
dan tengoklah meriah tak meriah majlis my sis nanti..
Harap2 berjalan lancar lah..
K la..saya share 1 pic kat sini..
taken on 26th Dec..

My sis with Zaifie..comel kan?

Sunday, December 27, 2009

Trip to Kluang~Versi 4

Malanglah sebab masa kat bilik pengantin, kamera saya kehabisan minyak..
ops..tak..kehabisan bateri..(kamera ada ke yang pakai petrol?)
Jadi, terpaksa minta ehsan kawan saya punya kamera henpon untuk merakam saat indah kedua mempelai disatukan atas pelamin anganan..
hoho..
So, picta2 lepas ini cilok from my fren..Maisarah..

Lepas itu, pengantin lelaki sampai...
Macam2 kan adat Johor..
Mula2 kena tengok pencak silat..
Rasanya pengantin kena 'hulur' kat orang yang silat tuh..
Kemudian, pengantin lelaki kena melepasi 3 'tol' yang terdiri daripada saudara mara pengantin perempuan..
Setiap tol adalah dalam 6-8 orang..
Last sekali tol besar iaitu Mak Andam..
Haha~(pokai la sekejap..)
Part tol2 tu memang first tengok dengan mata kepala sendiri..
Sebelum nih tengok kat TV je..
Bersanding lambat kat sini..kul 2.30..

syahdunya tengok dorang berdua ini..

Pengapit lelaki dan pengantin lelaki itu saya kenal lama dah..
Sejak tahun 1 kat U lagi..
Mereka berdua nih ketua dan penolong biro kebudayaan kolej..
saya anak buah dorang..
Abang Hamim dan Abang Khai( pengantin)

Serius segan sebab bergambar sebelah pengantin lelaki,,
Siap minta kebenaran daripada Farah lagi..

Masa ini mereka nak pergi makan beradab.
Kami terpaksa pulang dulu..
sob2..sedih nak tinggalkan mereka..
Baru perasan akan banner gambar mereka berdua kat belakang nun..
hehe~

So, lepas sahaja bersanding tu kamipun terpaksa gerak balik..
Kul 3.30 cam tu kot kami gerak..
Kat sana kami jumpa Badrol dan GF, Zana dan BF, Uyun, Kak Haida dan Hasni sahaja (yang kami kenal kat UTM dulu..)..
Yang lain mungkin sampai lambat kot..
Farah inform Bapak n the geng, Farhan dan isteri, Muhsin dan isteri sampai lewat petang..
Masa khemah dah nak dirobohkan..

Hmm..
Agak2 ada sambungan tak?
Versi 5?
Entahlah tunggu dan lihat sahajalah yea..=)

Saturday, December 26, 2009

Yeay..saya rasa bertuah hari ni..

Salam tengahari semua..
Hmm.
Hari ni saya rasa bertuah sebab saya dapat jadi viewers ke 6650 di blog zuewairy..
Blogger ni seorang student sarjana..
Coursenya saya tak pasti pulak..
Saya mula mengenal blog beliau dalam bulan lepas..
Saya jadikan dia sebagai inspirasi untuk gain interest tuk further master..
Memang teringin nak sambung sebenarnya..
tapi nak ambil by research and kalau mampu buat part time..
(sebab sayang pula dengan kerja sekarang ini..)

Current situation :
27hb : Esok nak jalan jauh lagi ke Perak..my another friend's wedding..( i drive again..pray 4 me)
28hb : Lusa ada Farewell Party for my friend, Tini yang akan berhenti end of this month..
: my friends (more that 1) have an interview at my company (pray for their successes)
29hb : Tulat kerja sehari lagi..(cuti mood dah activate)
30hb : Rabu dah mula cuti for preparation my sis wedding..
31hb : Khamis hari nikah my sis.. buat majlis kecil sahaja..
1hb : prepare for majlis sanding my sis..masa ni rumah dah riuh rendah gamaknya..
2hb : her very big day with his becoming husband..
saya jadi pengapit my sis n special guest jadi pengapit lelaki..
nak tahu siapa kena tunggu laa..=)

Bermula 30hb sampai la hari lepas sanding tu saya terpaksa merempat tidur di bilik lain sebab bilik saya dah jadi bilik pengantin..
30hb tu dah mula hias bilik tu.
Pengantin sekali kena tidur luar..
wakaka~

tak sabar nak tunggu hari2 bersejarah..
My sis ahli keluarga pertama yang mendirikan masjid walaupun dia anak ke 3..
Abang dan sis sulung memang masih belum nampak lagi hala tuju bina2 masjid ni..
Saya? hmmm..tunggu sahajalah..
Kalau dah sampai seru tu saya jemput bloggers2 mai sekali..
hehe~

Saja nak imbas time majlis tunang dia bulan 8 lepas..
Yang berbaju hitam putih itulah kakak sulung..
Tak cukup ahli ni sebab my big bro n little bro tak ada..

Ok, sorry sebab lambat nak reveal siapa si tunang kakak saya ini
Taraaa..inilah dia En Nusin bakal abang iparku..
Diapun layan blog juga..terjah sini ya..dia orang sabah tau..
Yang di depan itu ialah hantar tangkap muat yang pihak pompuan sediakan.
siap ada susu cap teko 6 tin..
Buah epal dan limau dalam peti kami kena bungkus..
Dalam kotak kecil I LOVE U itu ada kain..
Manakala dalam kotak besar sikit itu ada kek..
Semua buat on the spot..
Nak tahu details?klik sini dan sini.

Majlis kahwin insyaAllah lagi hebat..
=)

Akhirnya dapat gak baju pengapitnya~

Hari tu kan saya ada cerita pasal kedai butik yang jual baju mahal..
Dahlah kainnya saya tak berkenan..
Tak ada padding kat bahu..
Saiz x de yang kecil..besar belaka..
hoho~
(haisshh kutuk lagi..tak baik betul..)

Esoknya kami memang pergi terus ke butik MARI yang saya cakap murah tu..
Harga baju yang saya nak tu semuanya range RM140..
Kualiti kain, jahitan dan ada padding kat bahu menjadikan ia jauh lebih baik daripada butik yang tak glamour yang rege RM229 tuh..
Saya rasa rambang mata juga sebab banyak sangat pilihan yang cantik2 belaka..
Berpinau mata eden..
Last2 grab gak satu..
Suka2..

Kalau nak tahu rupa baju pengapit itu, kenalah tunggu saya review pasal majlis kakak saya tuh..
wakaka~
Clue dia baju kaler putih dengan batu2 di hujung lengan dan bahagian depan baju berwarna merah, pink n putih..
Kain dia sangat sedap dipakai..
Cuma saya kena pakai inner sebab baju itu jarang di bahagian lengan..
Ke sahabat2 bloggers nak join pi kenduri kahwin my sis 2hb Januari ni..
Kalau nak boleh tinggal komen kat entry ini dengan email add..
Nanti saya post digital card..

Friday, December 25, 2009

Trip to Kluang~Versi 3

Suasana masa itu panas elok sahaja..
Lepas dah siap bersolek, kami pula ambil kesempatan bergambar..
Macam kami bertiga sahaja yang menguasai pengantin..
Memang cantik sangat kawan kami Farah tuh..
Bukan senang nak tengok dia bermekap sebab dia ni tak suka mekap..
Berseri-seri..

Tak percaya tengoklah sendiri..








pelamin anganan?
pengantin lelaki?
lagi cerita di versi 4..
=)

Thursday, December 24, 2009

Cubaan butik baju tak menjadi??

Pernah tak anda pergi kedai baju..
Lepas itu membelek-belek baju tu..
Pastu bile check harga baju tuh harga dia hilang satu nombor..
Contohnya, nampak macam RM'X'29.00 tapi mungkin harganya RM129.00, RM229.00 atau RM329.00..
Maknanya 'X' itu pemboleh ubah la..Boleh jadi 1,2,3,4 sampai 9

Tengok pada jenis kain dan jahitan kerawang tanpa manik..
Kita boleh budget harganya tak sampai RM200..
So, dalam kepala dok set harganya RM129..

Kitapun tanya tuan kedai untuk dapatkan saiz bersesuaian..
Beramah mesra..
Mencuba kat fitting room..
Siap minta diskaun bagai..

Sampai kat kaunter dia bagitau harga RM225..
Boleh kurang jadi RM200 sahaja..
Dalam poket ada RM150 je..
Dalam bank tak ada sen dah..(hujung bulan la katakan..)

Apakah anda rasa kalau anda ada di situasi tersebut?
Malu?
Tak percaya?
Geram?
Buang masa?

Saya?
Terdiam terkaku terkejut semua ada..
Pernah gak terjadi.
Tuan kedai mengelirukan pelanggan dengan tanda harga..
Yang bestnya dah kira.. baru perasan yang baju itu lebih mahal daripada sangkaan..
Kalau yang jenis tak kisah sebab poket tebal, akan bayar tanpa banyak soal..
Kalau yang budget ngam2..pendek kata yang poket nipis..
paham2 ajelah kan..

My sis terus cakap direct punya..

" takpelah cik, budget tak cukup. Ingatkan seratus lebih sahaja. Terima kasih sahajalah ye"

diiringi muka tak puas hati jugalah..
Tuan kedai jawab..

" Biasalah dik butik punya harga. Taknak takpe"

My sis pula lepas dah masuk kereta..

"Apalah cekik darah betul kedai itu. Dahlah corak biasa sahaja.Tak ada manik2..Kalau kat kedai lain boleh dapat RM60.00 je..Butik konon..Butik Imari yang glamour tu pun tak sampai RM150.00 pun lagi cantik.."

Mak balas sebagai modal untuk pergi jalan2 lagi esok ;

"Kalau macam tu kita pi cari esok kat tempat murah tu je la ye.."

Start enjin..
Kami terus balik..

Ok, lari topik kejap..

Saya nak ucapkan Selamat Hari Natal..bukan Gatal yer..
Kepada sahabat2 bloggers yang beragama Kristian..
Enjoy your holiday k ..

Trip to Kluang~Versi 2

Sepanjang perjalanan pergi tu jalan lengang sangat..
So, boleh maintain la 100~110..
Cuma sekali-sekali hujan lalu di beberapa tempat..
Masa tu saya slow down la ke 80 je..
Sebab jalan tak berapa clear coz hujan..

Kami berhenti beli pau dan air tin sahaja di RNR Ayer Keroh..
Hajat nak isi minyak tapi minyak masih ada..
Cukuplah untuk sampai Kluang..

Sampai sahaja di sana, kami terus jumpa mak pengantin..
Yang baju kuning itulah mak pengantin..
Kemudian masuk dalam bilik pengantin..
Waaahaaa..masa nih pengantin masih berpakaian nikah..kaler putih..
Lepas dah jumpa dia sekejap sambil ber cheese,

kami pergi makan dulu.
Lauk kampung memang terbaik..
sedap..

Kemudian, kami masuk balik dalam rumah.
Lepak sekejap di ruang tamu mengukur ruang rumah guna mata..
Kami masuk ke bilik pengantin..
Sedang mekap daa..
Saya ambil kesempatan ambil gambar dulang2 hantaran..
Nice2 belaka dan nampak simple..snap sikit gambar boleh buat rujukan..
wakaka~

Ini kek dalam kotak..
lilit kain organza dan letak bunga je kat tengah2..
nampak macam mudah kan?

Ini lak mas kahwin..
kat johor mas kahwin murah sahaja..
tak sampai RM30..

Ini pula buah susun2 dalam bakul cantik..
hias sikit renda kat tepi bakul..
senang..

Ini pula sirih junjung..
cantik lak tengok..

Ini saya tak tengok betul2..
macam set mandian..
ye ker ek?

Ini pasti semua kenal..
beg jenama Bonia..

Gambar lain?
Pengantin?
nanti saya upload ye..~
k, versi 3 akan menyusul..

Wednesday, December 23, 2009

Dah dapat dah..tq intan~ and Cik Zira~

Selamat pagi salam satu malaysia dan satu dunia semua..
Ingat tak pasal contest yang saya masuk dulu..
Contest yang saya menang tu..
Contest anjuran cik Intanurulfateha kita..
Semalam hadiahnya dah selamat saya terima..
Terima kasih yea..
Saya siap cubalah pula hadiah itu..
Cubaan pertama mencuba..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
taraaaa~


Aduh, bulatnya muka saya pakai shawl..
wakaka~
Lilin cantik itupun termasuk pakej hadiahnya..
tq sekali lagi..
lenkali bagi akak menang lagi yea..

Then, saya juga nak ucapkan terima lasih kepada CikZira..
Tudung yang dipesan dahpun selamat sampai semalam juga..
Saya suka..=)
Nanti saya cuba ya..
tak sempat nak snap2..

Mari2 lihat ape kebenda hadiah number bertuah itu..

Salam semua..
Di sini saya nak reveal seperti yang dijanjikan dalam entry ini..hadiah apakah gerangannya..
Ermmm...tapi malulah pula sebab tidaklah istimewa sangatpun..
Memang itu sahaja yang terlintas dek fikiran ini..
Kepada CikMin harap2 anda berpuas hati..
Klaua tak puas hatipun kenalah puaskan juga..
huhu~

K, hadiahnya ialah..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bag yang cantik ini..=)
err..cantik ke?

Tapi macam kosong pula kalau bagi bag semata..
Hmm..
ape lagi ek nak di tambah..
jap2 biar saya fikir dulu..



ahhaaa~~~
dapat dah..
saya tambah..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tambah novel sahaja..
Kantoi sebab ada harga lah pulak kat novel ini..
err..CikMin suka baca novel tak?
Saya memang fanatik dengan novel..
Sebab itu hadiah saya akan ada novel..
=)


Sebenarnya saya dah pos hadiah ini tengahari tadi..
So, estimate esok atau lusa sampailah..
Tunggu kat depan peti pos umah ye CikMin

Tuesday, December 22, 2009

Trip ke Kluang~versi 1..

Alhamdulillah..
Terima kasih kepada sahabat2 blogger yang mendoakan keselamatan kami bertiga ke kluang..
Akhirnya berjaya gak saya drive jauh2 ahad lepas..
Pagi2 sesudah subuh, gerak ke KL untuk menjemput sahabat pertama..
Disebabkan tak familiar dengan jalan di KL, Saya lost..
Tak jauh sangatpun daripada lokasi asal..
Akhirnya saya tunggu dia dekat Petronas berhampiran sekolah Kebangsaan Melawati..
Bermacam-macam pesanan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh ayah kepada sahabat saya itu.
Dia bagi direction mudah untuk ke destinasi seterusnya iaitu Bandar Baru Bangi..
Sahabat kedua saya tinggal di situ..
Kami sampai ke tempat kejadian kira2 kul 9.20..
Terus gerak ke Selatan melalui tol Bangi.

Perjalanan mengambil masa kira2 3 jam lebih..
Sebab saya kan pemandu berhemah..
wakaka~
(maintain 100~110 je kat highway..baik tak?)
Kira2 jam 12.30 kami sampai setelah terlajak hingga ke Bandar Kluang..
Sebenarnya dah nampak sign board taman tempat tinggal member tu tapi tak berapa yakin sebab ikut pada map ada SRJK kat simpang masuk tapi tak jumpa lak..
pelik2..~

Macam biasa ada episod2 sikit trip macam nih..
biarla saya selitkan sekeping dua gambar sebagai bukti..
Ni lah pelamin anganan menjadi nyata..
sile abaikan kasut yang menjadi sarikata di bawah itu ye..

Sila perhatikan cincin perkahwinan sahabat saya Farahdilah Idrus ini.
Cantik~
Gambar lain..?
jumpa lagi di versi 2 yea..

Monday, December 21, 2009

Keputusan Contest viewer bertuah ke 12485?????

Saya nak ucapkan terima kasih kepada bloggers yang sudi melawat, membaca dan mengklik nuff blog saya ini..

Dah lebih 2 minggu saya jalankan contest viewer ke 12485 tu dan akhirnya 19hb lepas dah ada pemenangnya..
Cuma disebabkan ada kesilapan teknikal di mana email beliau tidak masuk inbox saya, maka saya tertanya-tanya siapalah yang bertuah itu..
Bila saya keluarkan entry khas 2 jam lepas, barulah ada yang tuntut..

Siapa yang masuk time counter sebelah kaler pink tu tunjuk 12485 ?
Ok..
dah ready..
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Pemenang bertuah adalah..

CikMin


Hadiah saya akan reveal esok..
Tunggu ye..

CikMin silalah send butir2 peribadi berupa full name, full address and full no fon supaya mudah untuk send hadiah..

tahniah ye..=)

Ketika Cinta Bertasbih..nak layan novel dia la..best ke?

Sebenarnya dah lama suka lagu nih..
Tapi baru hari ni nak layan betul2 lirik lagunya..
waduh2..pandai betulkan Melly buat lagu kan..
Mari2 layan lagu ni sama2 saya..
daaa~





Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]

Cinta
Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Lirik ehsan dari http://www.6lyrics.com/




Sayapun ada tengok novelnya..
tebal amat..
credit to : pustakamunirah.files.wordpress.com

Nak beli ke tak nak eh?
isk2..

Sunday, December 20, 2009

Beratnya blog saya..?

Jalan2 singgah kat Ezany-kun nya blog..
Tertarik nak timbang blog saya..
Maukkan je url saya kat dalam box kosong pastu click butang check..
Resultnya taraaa~
Ezany-kun kata kalau lebih 100kB dah kira berat berlebihan..
Hoho..233kB..lebih 2x ganda tuh..
tapi saya rasa taklah berat sangat kot..(perasan..=))
Blog saya ni ambil masa lama sangat ke ek untuk loading bila nak view page?
Any comment from viewers..?

Kalau terbukti berat, konolah saya adjust2 berat yang berlebih tu..
huhu~
Taknaklah hilang viewers semata-mata kerana blog susah aka lambat nak loading..

Anda nak try test check berat blog? Sila ke sini ek..

Jalan2 pi Kluang sok..

Bulan ini memang bulan kahwin..
Memang bulan yang jadi pilihan pasangan berkahwin..
Walaupun risau dengan musim hujan yang tak sudah2..
Tapi itu bukan penghalang besar..
Yang penting sanak saudara bisa datang memeriahkan suasana..

Ya..
Esok saya akan berjalan jauh..
nak ke Kluang, Johor sempena majlis walimah kawan baik saya masa di UTM dulu..
Dah lah pergi balik hari..
Sure penat..sebab i'm the driver..
Actually firdst time drive merentas negeri..
So, kawan2 doakan perjalanan saya selamat..
selamat pergi dan selamat balik..

Malam esok InsyaAllah saya akan bersiaran seperti biasa..
Selamat berhujung minggu ye kawan2..
Blogger juga ada life tau..bukan life duk depan PC jer..
Enjoy your life..

Saturday, December 19, 2009

Asal CIMBCLICKS problem ye hari nih? haishhh...

Sebenarnya daripada tengah malam semalam saya nak login CimbClicks..
Semalam dapat masuk site tapi bila login dia appear ..

"General transaction error"

Ingatkan silap masuk id n password tapi kalau dah key in betul2 sampai 5 kali tapi still keluar ayat sama..
ape kes?
sob2..

Itu kes semalam..
Hari nih?
Mula2 buka page OK..
Pastu masukkan ID ngan password..
Lepas enter je dia loading sikit punya lama..
Ata last dia kata ada error..
Lepas itu je, dah tak boleh masuk terus website cimbclicks..
grrr....
aduih..
Gaji government dah masuk ke ek? adakah itu punca masalah ini..?
Bukan problem server or internet connection sebab website lain nak buka ok je..
hoho~

Dimana-mana pasti ada dugaanNya~

Esok saya akan jalan jauh...
Nak gi Johor pula..

Seperti biasa nak quote ayat yang biasa kita dengar..

" kita hanya mampu merancang tapi hanya Dia yang bisa tentukan"


Apa kena mengena quote itu dalam ini wayang gambar?
hmmm...
Biasalah...Rancangan yang di atur sejak 2 bulan lalu untuk ke Johor tu lain..
Tapi endingnya memang lain gila2 nye~

Part yang lain itu ialah..

1) participants.. (jumlahnya sama tapi orangnya lain2..)
2) venue to fetch..(asalnya nak fetch kat UM je tapi dah jadik lain tempat..)
3) days of trip.. (daripada days jadi day je..(pegi balik hari je daa..))
4) masa nak bertolak.. (plan asalnya afternoon..jadi awal pagi,sesudah subuh..)

Apapun bersyukur sebab jadi juga..
Harap2 tak ada masalah lagi selepas ini..
Doa2kanlah trip ni berjaya yea kawan2..
kalau tidakk...huwaaa...sob2..~

Sebenarnya trip ke Johor ini tuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik saya kat U dulu..
Adalah saya story sikit pasal ni kat entry ini..

nota kaki : seperti yang dirancang tadi saya berjaya mempizzakan diri..once again..tapi hari ini Pizza Hut hampeh..nanti saya habaq mai apa dia yang hampehnye k..

Friday, December 18, 2009

Jelly oh jelly...sodap..

Ni sedang buat preparation tuk kenduri my sis..
Tengah survey2 nak beli jelly yang mana?
Mana yang berbaloi2..
sedap, besar, dan murah..

Entah macam mana boleh terpacul idea untuk bubuh jelly ni dalam doorgift tuk para tetamu..
(alamak dah kantoi salah satu barang dalam goodies..)
Kami beli 2 type..
Satu tu yang beg besor tu saiz jelly kecil..
Satu lagi yang beg kecil tu saiz jellynya besar..

Kalau ikutkan mak saya tak suka yang ini..
Sebabnya susah nak bukak penutup jelly tuh..
dah la saiz kecil..
Bila dah keluarkan, saya kena kiralah dan calculate harga tuk kedua jenis jelly.

Caranya, kira harga sebungkus dan bahagi dengan berapa biji jelly yang ada dalam bungkusan.
Dapat la harga setiap biji jelly.
Sompat lagi susun lawa2..
huhu~
Jelly kecik tu kalau bagi 3 biji (sebab dio kecik..)
Jelly besor tu bagi 2 biji..(sebab dio bosar..)
Fair kan?

Selepas di hitung di nilai akhirnya jelly yang besar tu dipilih..
dan akhirnya semua tuh di ngap beramai2..
Sampai licin..
Lepas ini beli lagii daaa~

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan Sea 2010 ..yeay!




Alhamdulillah..
Syukur..
MALAYSIA memang juga sebagai juara Bola Sepak Sukan Sea..
selepas 20 tahun menanti!

Saya bangga saya anak Malaysia..
Malaysia Boleh!!!

Lama tak mempizzakan diri..akhirnyaaa~

Hanya gambar menceritakan segalam keenakan yang dah lama diidamkan..
sila layan..
Ada ke nak pi layan pizza pas nih..?






Yang bestnya..
Esok mak ajak pergi makan pizza lagi..
yaahoooo~
best3..

Wednesday, December 16, 2009

JOM join contest..ada hadiah menanti anda

ini adalah sticky mode entry..
sila scroll ke bawah untuk melihat entry baru..


Syarat nak Join contest:

  1. Adalah follower blog Aisumi STYLE --> done~
  2. Kena letak banner yang disediakan kat bawah ni di blog anda (letak kat side bar) --> done~




Cara Join contest:

  • Buat STICKYMODE ENTRY pasal contest nih selama 3hari di blog anda (tittle:JOM join contest..ada hadiah menanti anda) --> done~
  • Ambil dan save gambar kat bawah nih kemudian cari bintang@star yang tersembunyi. buat bulatan pada bintang yang anda temui serta kira ada berapa banyak bintang yang tersembunyi.

  • E-mailkan gambar jawapan berserta url blog anda ke: ss_sepet@rocketmail.com (tittle:Contest Aisumi Style) --> check email ya~
  • Tarikh tutup 19hb December ini sempena birthday beliau..

Alkisahnya~tabiat pelik2..

Saya tiba2 terfikir..
Manusia ni pada zahirnya nampak sama..
Kalau yang sempurna fizikal tu semua ada 2 mata, bibir atas bawah, lubang hidung 2, keningpun ada terletak je atas mata2..
kan?

Tapi bak kata orang..
Rambut sama hitam, tapi hati lain2..
betul tuh..
Memang fizikal sama sahaja secara amnya tapi tabiat pula tak sama..
Tabiat2 yang biasa bagi manusia..

nak makan..
nak tidur..
nak buang hadas kecil besar,..
nak kahwin..(ekeke~)
nak hidup senang..
nak bahagia..
nak bermanja..
nak bersih..
nak cantik..
banyak lagi rasanya..

Mesti ada tabiat lain dari lain yang setiap orang lain2..
contoh tabiat luar biasa ialah..

suka makan nasi sampai 4 pinggan sekali ngap..
suka makan cili api buat ulam..(gigit macam gigit timun gitu..)
suka memebersihkan hidung tak kira masa dan tempat...
suka membersihkan telinga juga tak kira masa dan tempat..
suka pakai baju yang tak kena dengan majlis..(konon2 outstanding la kan..)
suka tidur sampai seharian tak bangun..
suka makan bunga ros..(ni pompuan yang anak dia berat 6 kg time lahir hari tu punya tabiat..)
suka makan mcD..(Eerr..nih tak pelik kot.Afzan, serius sikit ya..)
suka gosok gigi sampai 3 kali sekaligus..
apa lagi ek yang pelik2..
korang bolehlah senaraikan lagi ye kalau ada..
Tabiat2 ini hanya tertakluk kepada manusia normal ya..yang diisytihar gila, tabiat mereka memang pelik amat..

Tabiat pelik saya ialah suka membersihkan telinga..
Sebenarnya saya korek sebab rasa gatal dalam telinga..
Saya tahu memang tak elok tuk kesihatan tapi memang tak bolehlah..
sehari sekali itu satu kemestian..
Aduhhh~
Contton buds memang cepat habislah kat rumah ni...
haissshhh..

Apa tabiat pelik anda?

Tuesday, December 15, 2009

Diko fight dengan kakak- Diko menang!

Semalam Diko buat pasal lagi..
Dulu dia ada 1 port tempat tidur..
Atas meja kayu jati..
Walau ke mana meja itu di pindah, meja itu juga lah yang di cari..
Kalau ada barang atas tu, dia akan mengiau-ngiau minta dialihkan..
Kalau tidak, dia akan tolak-tolak sampai semua barang jatuh ke bawah..

Seminggu lepas dia dah mula teruja dengan kerusi kecil warna merah yang dah
patah sikit bahagian tempat sandarnya..
Abang saya letak kat ruang tamu sebagai tempat tidur tuk Diko la..
Walaupun kecil, dia tetap nak juga tidur kat atas kerusi itu.
Kadang2 kepala dia terkulai ke bawah gara2 tak muat..
Dalam tidur tuh..
Confirm kalau dia sedar, sengal2 leher dia..

Semalam dia buat pasal pulak..
My sis letak satu meja kecil..
Macam meja belajar tapi kecil sahaja.
Tujuannya nak memudahkan tulis-tulis kad jemputan kahwin.
Mulanya tak ada masalah sehinggalah Diko mula memanjat meja itu.
Dia panjat dan terus melekat kat meja tu tak nak mengalah..
Tangan dia dah peluk hujung bucu meja.

Kakak saya tak puas hati..
Di tariknya dia turun bawah..
Dengan harapan Diko paham...
Tapi, tak lama lepas tu dia buat lagi..
Panjat dan bertahan kat atas meja tu..
Tangannya peluk lagi hujung bucu meja..
Kali ni lagi kuat..
Sekali lagi my sis angkat dia turun..

Dan perkara yang sama berulang sampai 3,4 kali..
Memang Diko tak nak mengalah langsung..

Sudahnya my sis angkat bendera putih.
" macam ni sambung esok sahajalah..Diko ni degil pulak"

" yeay, aku menang.."
Abang saya membuat gaya macam bagi pihak Diko pula..

Ni la aksi berani beliau masa kakak saya dah ngalah..

First picture nih dia dah tak peduli..kaki duk terjuntai lagi tuh..Nampak tak kaki depan die duk menahan melekat kat hujung meja..?

Ni masa' line' dah clear..

haruslah mandi2kan badan kan..lepas berhempas pulas berebut 'line'

Ni lagi melampau..terus tangkap lentok baik punya..=)



Sayapun terus pergi kat Diko.
Hajat nak kacau dia.
Tapi, saya kacau sikit sahaja dia dah marah..
Nak dicekaunya saya..
Sampai ke pagi gamaknya dia tidur kat situ..
alahai~
comel betul..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics