Followers

Friday, December 11, 2009

Kasut Otai dalam kenangan~

Ada tak barang2 kesayangan turun temurun yang diturunkan dari generasi ke generasi..?
Lepas itu digunakan sampai naik lunyai..
Dah rosakpun sanggup di betulkan supaya boleh digunapakai lagi sedangkan barang itu tidaklah mahal sangatpun dan anda lebih dari mampu untuk mendapatkan yang baru..
Saya ada..sepasang kasut.
bayangkan ya, sekarang umur saya dah 24..(nak masuk 25 dah tahun 2010)
kasut ni kakak saya beli masa saya Form 5..(17 tahun)..
kasut ni murah sahaja tanpa jenama..
Masa masuk U tahun pertama, kasut ini diturunkan pada saya..
Setiap kali ada sukan atau aktiviti riadah ataupun perkhemahan, kasut inilah yang saya dok usung..
Silalah lihat kasut otai saya ni..dah tua sangat nampaknya..

Bila naik tahun 3, saya masih lagi setia dengan kasut ini sehinggalah sampai suatu hari kasut ini koyak di bahagian antara tempat ikat tali kasut (tengah la..)
Kalau saya ikat tali kasut, takkan berjaya rapatkan bahagian atas itu..
Means memang tak boleh bawa larilah kan..(x reti nak explain pulak dah..)
Buat2 faham sahajalah ya..
Kalau tak faham juga sila rujuk picta bawah nih..
kat dalam segiempat kuning itulah tempatnya..bahagian dalam tau..


Yang bestnya saya pakai gam kuat yang cepat mengeras tu untuk rapatkan bahagian yang terkoyak tuh..
Dan saya gunakan lagi kasut itu sampailah grad..(walaupun kadang2 bahagian gam keras itu mencucuk kaki saya..)
Lepas gradpun kasut itu jugalah yang saya pakai bila nak pergi jogging..
Tapi kasut ni dah mula mereput..dan dah tak boleh digunapakai lagi sekarang..
Mungkin sebab gam yang digunakan dah jadi punca pereputan terjadi..

Jadi, sebelum saya babai tata titi tutu kepada kasut otai ni, saya snap lah dulu picta beliau buat kenang-kenangan dan simpan dalam blog ini..

Kamu semua mesti ada juga barang2 antik yang korang sayang dan peram sebagai kenang kenangan kan?


p/s : dalam masa saya pakai kasut ini, ada juga beli kasut lain tapi semuanya tak lekat..ada yang hilang, rosak, tak sesuai (x selesa..)..pendek kata ada sahaja yang tak kena..sebab itu kasut ini juga jadi pilihan..

8 comments:

Unknown said...

kasut itu kelihatan sangat menarik :)

Nurmala Mazlan said...

hehe~ kasut turun temurun la tu?

intanurulfateha said...

.hahaha kelakar la akak ni
.sian kasut tu
.ape kate akak frame ;p

aishahumairah said...

hehe,,
bgus tol akk ni...
terasa kasut tu begitu berharga=)

noorafzan.blogspot.com said...

cik epal..
ye ker menarik..
dah lusuh dah tu..
dulu lagi menarik kot..
haha~

noorafzan.blogspot.com said...

nurmala..
yup, kasut turun temurun tuh..
ada lagi sebenarnya barang turun-temurun..
nanti saya reveal..

noorafzan.blogspot.com said...

intanurulfateha...
kesian kan kat dia..
akakpun kesian kat dia tapi dah x de space kat umanh ni..
kasut banyak sgt dah..
beli je tapi x pakai..

noorafzan.blogspot.com said...

aishahumairah..
betul tuh..
memang x ternilai harganya..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics