Followers

Thursday, December 24, 2009

Cubaan butik baju tak menjadi??

Pernah tak anda pergi kedai baju..
Lepas itu membelek-belek baju tu..
Pastu bile check harga baju tuh harga dia hilang satu nombor..
Contohnya, nampak macam RM'X'29.00 tapi mungkin harganya RM129.00, RM229.00 atau RM329.00..
Maknanya 'X' itu pemboleh ubah la..Boleh jadi 1,2,3,4 sampai 9

Tengok pada jenis kain dan jahitan kerawang tanpa manik..
Kita boleh budget harganya tak sampai RM200..
So, dalam kepala dok set harganya RM129..

Kitapun tanya tuan kedai untuk dapatkan saiz bersesuaian..
Beramah mesra..
Mencuba kat fitting room..
Siap minta diskaun bagai..

Sampai kat kaunter dia bagitau harga RM225..
Boleh kurang jadi RM200 sahaja..
Dalam poket ada RM150 je..
Dalam bank tak ada sen dah..(hujung bulan la katakan..)

Apakah anda rasa kalau anda ada di situasi tersebut?
Malu?
Tak percaya?
Geram?
Buang masa?

Saya?
Terdiam terkaku terkejut semua ada..
Pernah gak terjadi.
Tuan kedai mengelirukan pelanggan dengan tanda harga..
Yang bestnya dah kira.. baru perasan yang baju itu lebih mahal daripada sangkaan..
Kalau yang jenis tak kisah sebab poket tebal, akan bayar tanpa banyak soal..
Kalau yang budget ngam2..pendek kata yang poket nipis..
paham2 ajelah kan..

My sis terus cakap direct punya..

" takpelah cik, budget tak cukup. Ingatkan seratus lebih sahaja. Terima kasih sahajalah ye"

diiringi muka tak puas hati jugalah..
Tuan kedai jawab..

" Biasalah dik butik punya harga. Taknak takpe"

My sis pula lepas dah masuk kereta..

"Apalah cekik darah betul kedai itu. Dahlah corak biasa sahaja.Tak ada manik2..Kalau kat kedai lain boleh dapat RM60.00 je..Butik konon..Butik Imari yang glamour tu pun tak sampai RM150.00 pun lagi cantik.."

Mak balas sebagai modal untuk pergi jalan2 lagi esok ;

"Kalau macam tu kita pi cari esok kat tempat murah tu je la ye.."

Start enjin..
Kami terus balik..

Ok, lari topik kejap..

Saya nak ucapkan Selamat Hari Natal..bukan Gatal yer..
Kepada sahabat2 bloggers yang beragama Kristian..
Enjoy your holiday k ..

12 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics