Followers

Tuesday, December 15, 2009

Diko fight dengan kakak- Diko menang!

Semalam Diko buat pasal lagi..
Dulu dia ada 1 port tempat tidur..
Atas meja kayu jati..
Walau ke mana meja itu di pindah, meja itu juga lah yang di cari..
Kalau ada barang atas tu, dia akan mengiau-ngiau minta dialihkan..
Kalau tidak, dia akan tolak-tolak sampai semua barang jatuh ke bawah..

Seminggu lepas dia dah mula teruja dengan kerusi kecil warna merah yang dah
patah sikit bahagian tempat sandarnya..
Abang saya letak kat ruang tamu sebagai tempat tidur tuk Diko la..
Walaupun kecil, dia tetap nak juga tidur kat atas kerusi itu.
Kadang2 kepala dia terkulai ke bawah gara2 tak muat..
Dalam tidur tuh..
Confirm kalau dia sedar, sengal2 leher dia..

Semalam dia buat pasal pulak..
My sis letak satu meja kecil..
Macam meja belajar tapi kecil sahaja.
Tujuannya nak memudahkan tulis-tulis kad jemputan kahwin.
Mulanya tak ada masalah sehinggalah Diko mula memanjat meja itu.
Dia panjat dan terus melekat kat meja tu tak nak mengalah..
Tangan dia dah peluk hujung bucu meja.

Kakak saya tak puas hati..
Di tariknya dia turun bawah..
Dengan harapan Diko paham...
Tapi, tak lama lepas tu dia buat lagi..
Panjat dan bertahan kat atas meja tu..
Tangannya peluk lagi hujung bucu meja..
Kali ni lagi kuat..
Sekali lagi my sis angkat dia turun..

Dan perkara yang sama berulang sampai 3,4 kali..
Memang Diko tak nak mengalah langsung..

Sudahnya my sis angkat bendera putih.
" macam ni sambung esok sahajalah..Diko ni degil pulak"

" yeay, aku menang.."
Abang saya membuat gaya macam bagi pihak Diko pula..

Ni la aksi berani beliau masa kakak saya dah ngalah..

First picture nih dia dah tak peduli..kaki duk terjuntai lagi tuh..Nampak tak kaki depan die duk menahan melekat kat hujung meja..?

Ni masa' line' dah clear..

haruslah mandi2kan badan kan..lepas berhempas pulas berebut 'line'

Ni lagi melampau..terus tangkap lentok baik punya..=)



Sayapun terus pergi kat Diko.
Hajat nak kacau dia.
Tapi, saya kacau sikit sahaja dia dah marah..
Nak dicekaunya saya..
Sampai ke pagi gamaknya dia tidur kat situ..
alahai~
comel betul..

11 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics