Followers

Tuesday, December 8, 2009

Orang jepun balik bawa barang jepun..

Salam pulang kepada sahabat seperjuangan di tempat kerja saya..
Ita yang dah selamat pulang ke tanah air tempat hujan batu..
Setelah sekian lama..berkurusus ( kurus + kursus = pakej )..
Tak adalah lama manapun..
6 bulan sahaja..
hehe~
Hasilnya macam saya cakap tadi, selain experiences.. dia makin slim...
Tangkap jealous la semua orang kan..
Semua pasang angan2 nak pi kurusus juga macam dia..
Malangnya, kurusus ni hanya di tawarkan sekali je setahun..
Lepas itu, hanya untuk pekerja terlebih setia (kerja lebih 2 tahun dan dan membujang)..
wakakaka..
Perempuan ni jarang2 nak membujang lama2 bila dah kerja lagi2 kat company saya tu..
Sekarang inipun lebat dengan kenduri kahwin..
Daripada bulan 12 membawa ke bulan 2..
Satu2 kad jemputan saya dapat..
Sampai dah kering budget untuk beli hadiah..
Nasihat saya kalau nak kahwin, buatlah time tak ramai orang kahwin..
Baru boleh dapat hadiah best2..=)

melalut sungguh la..
Back to topic and rujuk tajuk, ya..memang kawan saya ni training di Jepun..
Dia ada bawa balik cenderamata comel..
Magnet bulat berupa gadis geisha itulah barang jepun yang saya dapat..
thanks ita..
Kalau anda perasan, kertas yang bertampal tu ialah perkataan Jepun yang saya sedang belajar..
Kemain susah nak belajar sebenarnya..
aduih..~

Saya juga ada pesan kat member ni belikan saya jam swatch..
Kat sana jam ni murah tengah ada lelong..
So, dapatlah jam ni dengan harga 2100 yen (lebih kurang RM70)
Murahkan?
Dah memang confirm original punya..
Tapi macam kabur je picture ni..
Pakai kamera handset sahaja maa..

10 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics