Followers

Friday, December 4, 2009

6 FAKTA BUKAN AUTA..

Tahukah anda..
Ini FAKTA bukan auta

Fakta Pertama..
Dalam dok saya cerita dulu yang cerita Nur Kasih best, superb, bombastic dan seangkatan dengannya, saya tak tengok lagii..last episode cerita tuh..
sob2..
Hari itu memang satu family lupa..
Sedar2 dah pukul 10 malam...
Damn, cerita tu baru sahaja habis..
-->Kena tengok siaran ulangan la nampaknya..

Fakta Kedua..
Semalam saya makan cekodok bilis sahaja for dinner..
Tak lalu makan gara2 berfikir duit gaji belanja bulan ini macam bakal short..
Gara2 kakak nak kawen..
Ramai sangat member2 yang kawen..
Bila diselidik dan dicerna, effect juga tau kat duit belanja..
hoho~
--> alasan sungguh kamu ya NoorAfzan..!

Fakta Ketiga..
Malam inipun saya tak makan nasi..
Tapi makan sandwich sardin..
Akhir2 ini saya ketagih tuk makan sandwich sardin buatan sendiri..
Minggu ni sahaja dah 2 kali saya buat =)

Fakta Keempat..
Saya dah ada jam baru..
Jam pink yang saya pesan dari kawan yang dihantar kursus du jepun..
Teringin pakai jam from Japan..
Tapi jam saya simple sahaja..
-->Nanti saya kongsikan pasal jam di next entry =)

Fakta Kelima..
Kat Malaysia ni macam ada wabak hujan..
Minggu lepas setiap kali balik kerja sahaja, hujan turun..
Bila jam cecah 5.30 sahaja mesti hujan turun..
Hujan turun sahaja mesti masa dekat 5.30..
Tension juga la sebab,
Bila hujan, secara automatik jalan akan jadi sesak..
Bila jalan sesak, saya terpaksa menggunakan skill berani mati tuk menyelit-nyelit selepas bayar tol..
Kalau silap percaturan boleh lekuk bonet belakang or depan or sisi kanan..(sebab semua kereta nak rapat ke kanan..)
Dan, FAKTA di atas mendorong saya menjadi pekerja paling punctual bab2 balik..
5.30pm dah permisi..
Sampai kadang2 kena sond dengan rakan2 sekerja tapi buat bodoo sahaja..
--> Siapa suruh kerja kat tempat jauh2..kalau nak senang kerja kat kilang sebelah rumah saja..(kalau ada la..)

Fakta Keenam..
Kalau hari tak hujan, rasa macam heaven sangat..
Jalan clear..
Kadang2 kul 6.00pm dah sampai rumah..
Biasa paling awal 6.15pm baru sampai rumah..
Kalau musim hujan, kadang dekat 7.00pm baru sampai..
alaaahaii~

p/s : pasal fakta 5 dan 6 tuh, saya rasa ramai yang sependapat dengan saya.. siapa suka JEM!

14 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics