Followers

Monday, November 30, 2009

Terhaarruuu,dah lebih 100..

*STICKY MODE*
ENTRY TERKINI KAT BAWAH YE

Saya rasa sungguh terharu sejak daripada balik JB..
Perasaan nih x de kena mengena ngan projek2 di JB tapi..
Ia dirasakan sebaik sahaja saya terjah blog saya..
Yaaa..followers saya sudah mencecah 100..
Yeay..yeay..
Terima kasih kepada yang sudi follow blog saya..
Saya juga nak bagitau, saya suka orang follow blog saya sebab mereka suka blog saya..
bukan sebab ikut trend..
Apapun sebab musabab anda menjadi followers saya, saya tetap menganggap anda suke blog saya~
dan sayapun suke..
bukan sekadar suke malah sayangkan anda...

Untuk itu, saya dah buat award khas untuk followers2 saya..
Semua followers..
Kalau anda baru je jenguk blog saya dan terklik butang 'follow' kat blog saya nih,
secara automatiknya anda juga layak untuk terima award nih..
sila ambil ye..
tak usah malu2..



Kalau dah follow tu, jenguk2 la blog nih selalu..
sama2 kita sokong blogger2 ok..
lagi satu, kalau ada iklan nuffnang tuh, klik la sama ek?
setiap 'klik' akan membantu saya 'mendirikan masjid' cepat2..
ahaks~

Novel best bagus untuk anda juga~


Saya nak review sikit pasal buku yang baru sahaja dihabiskan bacaannya semalam...
Alhamdulillah, cerita karangan Aminah Moktar ini sangat2 menarik dan berlainan daripada cerita2 yang pernah saya baca sebelum ini..

Sinopsis yang saya petik daripada laman web PTS saya tepekkan di sini ya..

Siti Musalmah, selepas kematian ibu, dia tetap menyandang pesan dan nasihat ibunya bagi kemakmuran diri. Lalu dengan hanya kemampuan membaca kitab, dia berhijrah ke kota bagi mencari bahagia, juga bagi menemui Hamzah, lelaki yang mengajarnya mengenal huruf. Di kota, ujian baru datang bertimpa-timpa. Apatah lagi pada saat dia berjaya menemui Hamzah, hanya untuk mengetahui, dia terbenam dalam masalah yang lebih berat, menyinggung hati dan kasih. Lalu hanya kepada Tuhan dia memohon, dia berdoa.

Rentetan kejayaan novel pertama beliau Seteguh Fikrah Solehah, Aminah Mokhtar terus diberi peluang menulis novel seterusnya bagi meletakkan nama beliau setaraf novelis terkenal industri buku. Hadirnya Doa Insan Berkasih memaparkan penghayatan dan pengabdian cinta dalam keluruhan dan keindahan Iman. Siti Musalmah gadis luhur budi, naif, hanya belajar membaca kitab, menjalani kehidupan yang tidak surut-surut ujiannya. Dua hari selepas emaknya meninggal, dia dipujuk Mak Piah menjadi orang gaji di Johor Baharu kerana Esah yang pulang ke kampung menggunakan wang untuk mengambilnya bekerja di rumah Tuan Malik. Sebelum berangkat dia ingin sekali bertemu Hamzah yang mengajarnya mengenali huruf sehingga berjaya menjadi pencinta buku-buku pelajaran. Tetapi Hamzah dipujuk ibunya Mak Intan untuk ke Kota Tinggi menguruskan ladang yang baru dibeli.

Siti Musalmah yang pasrah berkenaan ketentuan Allah, membawa kehidupan luhur gadis Islam yang rajin berpuasa sunat, mengkhatamkan Al-Quran setiap tiga bulan dan bersolat malam di rumah Tuan Malik. Tingkah lakunya menjadi kebencian anak gadis Tuan Malik, Zur Haleza yang lebih sukakan hidup berfoya-foya daripada menatap buku-buku pelajaran. Siti Muslamah mengutip buku-buku Zur Haleza dan berazam menduduki peperiksaan demi peperiksaan demi menunaikan janjinya pada Hamzah, untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Tuan Malik yang mabuk, semasa Siti Musalmah sedang membaca Al-Quran dan selesai solat malam. Tuan Malik terpesona melihat kejelitaannya malam itu dan mahu memperkosanya, tetapi diselamatkan oleh penyakit strok yang tiba-tiba menyerang pemuja arak itu. Dia meninggal pada malam kejadian dan Siti Musalmah melarikan diri ke madrasah yang selalu dibawa Mak Limah belajar Fardu Ain.

Kekosongan jiwa Azri Farouk yang mula terisi dengan keluruhan budi seorang gadis yang melafazkan kalimah al-Quran di banglo mewahnya, rasa kosong kembali apabila Siti Musalmah hilang dari banglo mewahnya. Azri Farouk rasa tertekan dan kehilangan yang amat sangat. Harapannya supaya Siti Musalmah dapat membimbingnya hancur berkecai. Dia semakin tertekan apabila tidak tahu membaca surah Yasin mengiringi jenazah Tuan Malik dan bertambah tertekan apabila Tuan Malik meninggalkan banyak hutang sehingga rumah dan kereta tergadai. Azri Farouk ikut Mak Limah pulang ke Felda dan berusaha mencari Siti Musalmah. Dia berjanji pada dirinya akan menjadi insan semulia Siti Musalmah demi mempertahankan cintanya pada gadis mulia dan luhur itu.
Menanti Siti Musalmah yang tidak pulang-pulang, Hamzah berpindah ke Mersing dan berjaya membina empayar perniagaan. Dia mencari Siti Musalmah di Johor Bahru. Sayangnya Siti Musalmah membawa dukanya pulang ke kampung Nelayan dan bercita-cita mahu menjadi peraih ikan. Dia berhasrat mahu berbincang dengan Hamzah tetapi Mak Su Senah memujuknya supaya lupakan Hamzah kerana Mak Intan sudah pun menetapkan hari pernikahan Hamzah.

Siti Musalmah pasrah dengan ketentuan Allah dan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah supaya dapat melupakan Hamzah. Ketegasan sepupunya Salamiah berjaya membantunya membuka gerai-gerai di sepanjang pantai untuk menjadi peraih ikan. Usahanya mendapat tentangan lintah-lintah darat. Berkat sabar dan rajin berusaha akhirnya Siti Musalmah berjaya membuka Kampung Nelayan Sdn. Bhd. Menjadi usahawan berasaskan produk laut dan berjaya membangunkan ekonomi kampung nelayan.

Zamani berusaha mendapatkan cinta Siti Musalmah, gadis tercantik di kampung Nelayan. Gagal cara baik, difitnahkan sudah hanyut seperti Esah semasa tinggal di Johor Bahru. Salamiah pertahankan Siti Musalmah dan berjaya menghalau Zamani keluar dari Kempung Nelayan.

Hari pernikahan semakin dekat, Hamzah bermunajat kepada Allah, semoga mudahkan pertemuannya dengan Siti Musalmah. Zahari, rakan kongsi dan sahabat baiknya bertemu Salamiah di kongres usahawan di Johor Baharu. Pertemuan itu memberi harapan pada Hamzah yang Allah akan pertemukan cintanya yang luhur itu.

Zur Haleza yang kehilangan kekasihnya Encik Pilus hilang hampir gila apabila kandungannya semakin besar. Banglo mewah tergadai. Dia berhasrat mahu mencari Siti Musalmah. Dia tiba-tiba menjadi rindu pada suara membaca Al-Quran yang sayup-sayup terdengar setiap kali dia pulang ke rumah pada waktu subuh.
Hamzah pujuk Mak Intan lupakan hasratnya untuk menjodohkannya dengan Nur Marhani dan berkata yang dalam hatinya yang ada hanya Siti Musalmah. Mak Intan semakin marah, sakit hati dan tertekan. Dia ke kampung Nelayan dan terkejut melihat perubahan yang begitu ketara. Dia menuduh Hamzah curahkan hartanya pada Siti Musalmah. Dia menyerang Siti Musalmah dan sanggup bayar berapa sahaja asalkan Siti Musalmah mahu lepaskan Hamzah. Salamiah yang panas baran, sakit hati dan marahkan Mak Intan yang dirasakan begitu kurang ajar menghina adik sepupunya dan seluruh orang kampung Nelayan.
Demi menjaga hati semua, Siti Musalmah berjanji akan lupakan Hamzah dan menerima Azri Farouk. Salamiah menentang, dia tidak mahu Siti Musalmah kecewa. Dia pujuk Zahari bawa Hamzah ke kampung Nelayan dan pertemukan dua hati yang saling mencintai tetapi diuji dengan pelbagai ujian hidup.
Dengan doa-doa yang sering mereka pohonkan setiap kali hati dilanda ingatan yang pilu dan terseksa, akhirnya doa tulus mereka diperkenankan Allah. Cinta jadikan dua insan itu semakin hebat memajukan diri, menjadi insan semakin hebat beribadat dan semakin dekat menyerahkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Aminah Mokhtar menyatakan. “Susur galur insan-insan yang diuji Allah dengan ketulusan rasa cinta dalam Doa Insan Berkasih. Mereka yakin dan teguh hati menerima setiap ujian dan percaya yang ujian itu ada hikmahnya. Cinta jadikan mereka semakin hebat menjadi khalifah di muka bumi Allah dan menjadi Insan yang semakin dekat dengan Allah.’

“Sebuah novel motivasi memperhebatkan diri mengikut landasan iman, novel percintaan antara insan yang tulus dan kecintaan kepada Allah yang ikhlas dan tawaduk,” tambah beliau lagi.





Buku ini memang tak rugi dibeli..
Lagipun harganya murah sahaja RM19.50 sahaja dengan ketebalan 586 mukasurat.
Di akhir buku ini ada review daripada 4 orang daripada golongan berbeza..
Saya rasa tak salah untuk saya kongsikan komen mereka di sini..

"Novel ini menyelamatkan saya dari diseksa rasa putus asa dan rasa hidup sangat kosong.....................Setiap kali membacanya, saya pasti menangis. Terima kasih penulis novel ini."

Intan Syafina, pelajar kolej.

" Ayat-ayatnya mudah faham. Watak-watak remaja rasa dekat dengan saya. Saya sukakan doa-doa Siti Musalmah dan Hamzah setiap kali mereka berdua merindui antara satu sama lain, tetapi tidak berjumpa. Suspens sungguh."

Azra Ameena, pekerja kilang.

" Kita perlukan lebih banyak novel-novel yang jujur menyelongkar isi hati, jiwa, dan fikiran anak-anak muda zaman ini Novel-novel begini mampu memimpin hati, fikiran dan perasaan mereka dengan pengisian keindahan percintaan, keseronokan menambah ilmu pengetahuan, dan ilmu iman dan keseronokan mencari identiti diri. Tahniah Aminah Mokhtar."

Ustaz Abdul Mutalib Ahmad, bilal masjid.

" Beri saya semangat, untuk tidak lagi cepat rasa putus asa. Saya menghidap kanser. Lama tinggal di hospital. Kadang-kadang rasa ingin mati dan kecewa. Apabila diberi novel yang belum dicetak ini, selesai membaca sekali, saya baca lagi. Ada satu tarikan yang luar biasa dalam novel yang bercerita tentang iman, cinta, kehidupan. Aminah Mokhtar, jururawat yang menulis novel ini, saya dapat rasakan sentuhan kasih sayangnya kepada pesakit-pesakitnya dan kepada pembaca-pembacanya. Semua orang perlu baca novel ini. Boleh jadi ubat penyembuh."

Puan Salmah Marzuki, pesakit kanser.


Ada yang berminat ke nak beli buku ini..
Buku keluaran PTS ni boleh didapati di MPH, POPULAR dan juga beli secara online menerusi laman web ini

Sunday, November 29, 2009

KeMas2 Time~

Di hari sabtu dan ahad selepas sambutan Adil Adha..
Kami mengemas secara besar-besaran bilik kami..
Katil Queen telahpun dikeluarkan..
Abang kami ambil..
Kotak2 buku lamapun dah dimasukkan ke stor..
Lepas ini process mengecat bilik dan mengeluarkan perabot2 lama yang lain..
Baju2 sayapun kena dialihkan sedikit demi sedikit ke blik adik yang bakal jadi bilik tumpangan saya..
Baru terasa banyaknya barang2 di bilik kami itu..
Maklumlah berkongsi 2 orang..
(padahal barang masuk je tak keluar2..in>>>out)

Anda suka mengemas tak?
Bagi suri rumah sepenuh masa, atau yang memang tak bekerja..
Jika tak suka hang out, mesti hobinya mengemas rumah kan..?
Tapi ada gak kan yang hobinya tengok TV..tidur..
Ada juga wanita berkerjaya hobi waktu lapang mengmas..
Tak boleh tengok barang senget sikit, mesti nak dibetulkannya..
Betul2 teliti kata orang..
Lain orang lain ragamnya kan..

Saya terus terang yang saya bukanlah minat mengemas..
Asalkan tak bersepah-sepah barang tu dah cukup...
Hobi saya of course melangut depan PC..
hehe~
Selain itu saya sibuk bekerja...(ceh,alasan..)
So, rumah saya takdelah sekemas mana tapi tak bersepahlah..
Lagipun tiada kanak2 bawah umur dalam rumah yang boleh menyumbang kepada ke'sepah'an rumah..
tak adalah bersepah macam kat bawah nih..
picture credit to : http://i.ehow.com/

Saya suka tengok bilik cantik macam nih..
credit to : http://www.designshoot.com/

cantik kan?

Saturday, November 28, 2009

Pasal 2012..dan kaitannya dengan Hari Akhirat..


Berkenaan filem 2012..
Saya bukan saja-saja saya nak tengok filem yang merupakan gambaran pihak tertentu berkenaan hari akhirat...
Yang pasti akan tiba cuma tidak tahu bila..
Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui dan tidak tercapai akal kita untuk meneka bila dan menggambarkan keadaan sebenar hari tersebut..

Filem ni menggambarkan bahawa hari kiamat akan berlaku pada 2012.
Segalanya bermula dengan pemanasan melampau di dalam kerak bumi yang dikesan di India pada 2009.
Persoalannya sekarang 2009..
dah nak masuk 2010 pun..
Benarkah di India sudah ada fenomena ini..?

Seterusnya, sudah menjadi kebiasaan..
Pabila mereka sudah tahu dan membuat kajian jangka masa panjang..
(manusia cuma merancang tapi Allah SWT juga yang tentukan..)
Mereka membina beberapa bahtera di China sebagai perisai kepada fenomena besar lagi berbahaya yang mereka jangka akan berlaku pada 2012 itu.
Bahtera yang canggih berteknologi.
Untuk menempatkan golongan kelas2 atasan yang sanggup membayar 1 juta euro seorang..
Mereka2 ini dianggap sebagai golongan2 yang mereka andaikan akan selamat dan bakal jadi perintis kepada pembinaan masyarakat yang betul2 baru..
Ibarat dunia yang baru lahir..

Good job sebab gambaran mereka berkenaan hari akhirat benar2 menakutkan dan tragis..
dan menginsafkan bagi apa2 agamapun yang dianuti yang percaya dunia akan berakhir juga..
Tapi, ada banyak yang tak logik di akal..
Tak apalah sebab dah kata filem kan?

Apa yang tak logik bagi saya..

1) bagaimana mereka boleh survive dengan tanah yang merekah, runtuhan bangunan2 tinggi pencakar langit dengan hanya sebiji kereta untuk ke kapal terbang kecil..?

2) bagaimana si hero boleh selamat bila van yang dinaikinya hampir jatuh di celah rekahan bumi yang dibawahnya ada larva panas yang merah menyala..?

3) bagaimana kapal terbang mereka boleh lalu di atas permukaan bumi yang umpama dipenuhi volcano yang tengah meletus dan memutahkan larva2 panas..?

4) ok, sebagai orang islam ending itu sangat tidak logik..sebab pada hari akhirat semua hidupan akan mati dan kita semua akan dibangkitkan di padang masyar yang tidak terjangkau dek akal rupa bentuknya..
Gambaran hari akhirat boleh klik di sini..
Filem ini bagus ditonton untuk memberikan kita peringatan dan pengajaran..
Yang betul kita jadikan pedoman..yang tak betul kita jadikan sempadan..

Apapun, bersediakah kita untuk menghadapi hari akhirat..?
Bersediakah kita untuk menghadapI hari kebangkitan..?
Tanda2 kecil hari kiamat sudahpun banyak muncul..
Tanda2 besar hari kiamatpun sudah banyak di diskusi kan termasuk kemunculan dajjal, yakjud dan makjud..
Boleh klik2 di sini untuk mengetahui tanda2 hari kiamat..
Semoga kehidupan kita dirahmati dan semoga kita mati dalam keadaan yang beriman kepadaNya..

p/s : entry ini hanya pendapat peribadi saya berkenaan filem 2012..jika ada salah dan silap sila tinggalkan komen ya. Saya cuma manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan.

Pertandingan Akhir tahun, Update

Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

Friday, November 27, 2009

Jogging bagus untuk kesihatan tapiii...?

Memang betulpun..
Kalau jenis yang kerja duduk sahaja depan PC dan jarang melakukan pergerakan badan badan, hujung minggu eloklah pergi exercise..
Paling simple pergi jogging..
Seminggu sekalipun jadilah kan..
Macam sayapun last weekend berkobar-kobar semangat membara untuk berjogging..
Pagi2 sudah bersiap dengan pakaian sukan bersama my sis..
Kami pergi tak jauh, dekat2 area rumah sahaja.
Sini saya tepek sikit aktiviti2 'sihat; sebelum jogging..bergaya dulu ekeke~


Ni lah view tempat jogging..

Macam2 ada..taman permainan..
Tengok tu ramai gak..meriah2..

Saya dengan kete berwajah baru..

Pemilijk sebenor kereta itu daa~


Nak dijadikan cerita, kerana kemaruk sangat berjogging dan lupa nak buat regangan selepas itu, saya mengalami sakit-sakit otot kaki yang agak teruk sehingga saya terpaksa ambil MC sehari..
Alahai..
Doktor bagi ubat sakit urat, tahan sakit, dan hilangkan bengkak..
huhu~
Saya makan sekali sahaja dan Alhamdulillah keesokan harinya dah boleh pergi kerja..

Kesimpulan dan pengajaran di sini..
Nak jogging tu tak salah tapi jangan sampai menyeksakan diri..
Sebelum jogging buat regangan..
dan selepas jogging buat regangan juga..
baru la tak sakit..
pesanan penaja ini dibawakan daripada 'Kementerian Kesihatan Wilayah Simple Me'

"intan's birthday contest"

sempena birthday intan 10 december nanti~ beliau buat satu contest..
rasanya inilah 1st contest beliau..(iye ke ek?)


.syarat-syarat

1) .korang mesti follower blog i .yang belum follow tuh, boleh lah follow .tapi kalau tak nak follow tak apa .tak paksa pun .tapi tak boleh lah masuk contest ni ;)

--> akak dah follow lama dulu..6 bulan lepas kut~=)

2) .korang mesti letak link blog i dekat bloglist korang

--> inipun dah lama letak..ekeke~

3) .korang mesti letak banner contest kat bawah n dekat sidebar korang

Photobucket

--> ok dah letak..kat sidebar kanan yea cik intan yang baru dapat lesen besar..
best la boleh drive sesuka hati lepas ini kan..(ops melalut pula..=)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

.cara-cara

1) .korang kena post entry bagitahu pendapat korang tentang blog i ni .puji pujian amat amat di alu alukan *siapa yang tak suka kena puji beb! .kah kah~ .tapi kalau nak tegur sikit sikit tu boleh lah .jangan lebih lebih sangat, kang i nangis! T__T
--> macam mana ye nak explain..
ermm..kejap fikir ayat terbaik untuk menarik hati cik intan dan para2 juri profesional yang baik hati..(ekeke..ayat mesti manis beb~)
--> Blog intanurulfateha ni sebenarnya saya jumpa selepas saya dengan secara tidak sengaja blogwalking ke blog incik BF beliau Hairi Pop itu..
Terima kaceh la kepada incik Hairi..
Kalu tak kerana Hairi, tak adalah saya kenal dengan cik Intan..
Kalau tak kerana Hairi juga tidak berpeluang lah saya join "intan's birthday contest" ini..

-->First time masuk blog intan, saya dah terpikat..Terus follow tak hingat punya..
Hampir setiap entry saya baca walaupun tak semua ditinggalkan jejak..
Kadang2 speechless la dik..(tak tahu nak komen ape..)

-->Blog beliau ini sangatlah kemas dan cantik..

Dengan header yang berubah ikut mood..dan suasana..
Post2 intan pun santai dan memikat hati ini..
Paling best, ada tutorial yang mudah tuk diikuti..
dan paling saya suka tutorial scroll box and then sticky mode tuh..
dan intan telah mengajar saya secara tidak sengaja bagaimana nak link kan facebook dengan blog..

-->Mula2 dulu ingat intan ni budak2 lagi sebab muka awet muda gitu..
(paling matangpun estimate 20 tahun la..)
Rupanya muda setahun sahaja dari saya..
Comel saja..kecil2 cili api gitu..

2) .pilih 1 entry i yang lepas lepas dan korang bagi komen, kenapa korang suka baca entry tu .bagi lah 2-3 sebab .lepas tuh elaborate la sikit .lebih kurang macam karangan kertas 2 SPM tu .heee~ *jangan lupa bagi link entry i yang korang suka tu .tajuk entry korang mestilah "intan's birthday contest" .tajuk lain, disqualified ye **cik puan cik puan dan tuan tuan semua UPDATE! .uit, kalau tak reti buat dalam karangan, buat dalam point pun boleh .buat rumusan pun boleh ;) .asalkan isi isi penting ada .wahh, i dah macam cikgu bm! .kah kah!

--> secara peribadinya banyak entry yang saya suka bacaa..yang saya tinggal komen tu sume best..
--> tapi saya paling2 suka masa beliau cerita penuh pasal chacha buat pertama kalinya. Entry boleh klik kat bawah nih..


--> Chacha sangat petah berkata-kata dan entry ni saya baca sambil membayangkan semua 15 situasi yang intan ceritakan..
--> Kalaulah saya dapat jumpa Chacha ni saya teringin nak cubit pipinya yang gebus itu. Dan melihat sendiri secara real perangai2 pelik tapi cute chacha..
--> Sebagai anak yang paling kecil dalam umah tuh memang haruslah dia manja dan bossy sampai semua dalam rumah tu pun terkena tempiasnya. Lagi2 time berebut channel TV.
-->Saya dah lama tak de adik kecil..Adik bongsupun dah 19 tahun..So, kadang2 teringin juga kan dapat adik..(berangan sajalah sebab makpun dah umur hampir 50..ekeke~)
--> Pendek kata entry nih memang memikat hati saya sangat2..lagi2 dihiasi picta2 comel chacha itu..
--> Yang tak menahan tu situasi 15, Hairi pun dia nak panggil B jugak..(ni panggilan manja Intan kepada BFnya itu)..
Tapi saya tak tinggal komen kat entry2 tersebut. Masa baca tu tak boleh nak tinggal komen, server too slow..huhu~

3) .then korang cakap lah kenapa korang suka i .sebab i comel ke, sebab i cantik ke, sebab i gedik ke .eh tak tak .yang ni tipu .sila abaikan .next please! ;D

Saya suka intan sebab intan ini seorang yang telus, friendly, comel, cute miut, gaya penulisan yang santai dan menarik, selalu update blog, suka berangan (tak boleh belah masa entry pasal aril tuh..), suka ajar bloggers melalui tutorial yang mudah, sangat manja dan suka memanjakan (lagi2 dekat chacha..and Hairi..). Intan tak sombong. Rajin lawat blog. Kadang2 entry nya pendek saja. Setiap entry beliau sangat jujur dan menceritakan setiap detik2 manis, pahit, payau dalam kehidupan beliau sendiri. Pendek kata semuanya baik2 belaka la kan.

4) .letak lah gambar gambar dan decorate lah entry korang secantik mungkin .i suka tengok entry yang kemas dan cantik macam i .huu~ .markah bonus akan diberikan ;)
Cantik tak entry saya kali ini..Demi Cik Intan, sanggup saya pi cari icon2 menarik tuk tepek kat entry special ini..hehe

5) .then last sekali, lepas settle semua, korang bagi link entry korang tu dekat ruangan comment i ek .kalau tak, i tak dapat nak gi tengok entry korang and bagi markah .entry entry korang akan di adili oleh i sendiri dan seorang pengadil profesional yang comel, macho dan kacak bergaya .weeee~ ;)

Settle sudah..tq ye cik intan sebab berjaya memberi inspirasi kepada saya tuk create entry just for ur contest..harap2 buley menang la kan~

bai2..

Thursday, November 26, 2009

Macam-macam bila nak raya~

Hari ini nak pergi jengah cinema tengok 2012..
Semalam amat keciwa sebab dah reserve ticket tapi tak sempat nak tebus.
Sampai2 sahaja reservation dah kena cancel.
Alahai~
Kami terlewat 5 minit sahaja daripada planning asal.=(

terus ke kaunter beli terus tiket untuk hari ini..
Gigih la juga sebab esokkan nak raya tapi sempat lagi nak gi mall.
Planning hari ini saya pergi kerja tak drive.(terpaksa Adik kesayangan menghantar)
Balik berjemput dan terus ke mall untuk tengok filem yang tengah hot sekarang ini.
Pagi tadi minta izin mak siap2. Pada mulanya dia macam tak bagi tapi lepas pujuk punya pujuk lepas juga..
Janji nak balik seawal yang mungkin..

Balik karang kena menggembleng tenaga la siapkan juadah untuk raya esok.
Bersengkang mata la nampaknya malam ini..
Baju raya takdepun..
Pakai sahajalah mana2 baju kurung yang ada.
Lagipun rumah under 'construction' untuk majlis kakak tak lama lagi..
Jangan salah faham ye..'construction' ini tak melibatkan 'kerja-kerja tukang buat rumah'.
Hanya lebih kepada 'deko-deko' sahaja..
Ala-ala deko bersama eric gitu..

Dalam pada tak drive hari ini,
Sempat lagi beli brownies yang sedap sekotak (Harga RM60.00).
Tempah kat officemate sahaja.
Lepas itu memborong tudung2 yang 'pakai sarung sahaja'..
Supplier besar baru bawa sempena raya.
Saya ambil 11 helai untuk try match dengan baju2 yang ada kat rumah.
Kalau tak match saya pulangkan semula.
Ambil yang nak sahaja.
Suka sebab kali ini tak ada corak aka plain sahaja..
Harganyapun murah RM8 sehelai dan jenis labuh gitu.
Nanti ada kelapangan saya share picta kat entry akan datang.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

kepada kamu2 yang sudi melawati blog saya ini.
Terima kasih tak terhingga lagi2 yang gigih klik2 kat nuffnang saya..
Sila klik2 lagi ya..

Wednesday, November 25, 2009

Antara khasiat membacanya pagi dan petang~

Sejak masuk kerja, saya dah mula mengamalkan membaca Al-Mathurat.
Lagi2 bila ada jenis poket size hadiah yang kawan saya beri sempena birthday ke 22 saya dulu..
Sampai dah naik lunyai sebab simpan dalam poket jaket.
Kuikui~

Apa yang saya suka, ada terjemahan bahasa melayu untuk setiap ayat dalam Al-Mathurat itu..
Dulu2 memang baca tanpa memahami..kiranya baca tanpa perasaan la.
Tapi lama2 nak tahu juga tafsiran apa yang dibaca.
Bila kita faham, barulah lebih kusyukkan..
Rupanya terlalu indah himpunan zikir2 dan doa2 yang diamalkan Rasulullah SAW ini .

Hari ni rasa nak google khasiat2 yang ada bila kita mengamalkan membacanya..
Sharing is caring dan kalau saya tak sharing, rasa bersalah pula sebab pulun benda baik sorang2..

Setelah gunakan incik google, saya jumpa satu entry yang menarik..
Sila terjah sini untuk details ye..

Tuesday, November 24, 2009

Annual Lunch Party yang best~

Party nih dah lama berlalu..
Tapi baru sekarang saya nak cerita..
Dah basi kut..
Company Annual Lunch party diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam..
Seawal 11.15 dah gerak dari rumah dengan harapan sempat sampai sebelum jam 12.00..
Rasa-rasanya tak jauh sangat..
Tapi, masuk2 kereta je tgk minyak dah nak kering..terpaksa isi dulu..
Dan jalan ke Shah Alam di hari minggu tidaklah selancar yang dijangka..
Sesak jugalah..
Sampai2 sahaja dah kul 12.30..alahai~
Terus gi masuk dewan la kan..
Ok, inilah rupa bentuk dewan bahagian stage. Saya snap gambar ni pun dari meja makan saya.
Tak adalah jauh sangatkan.?
Kalau anda nampak, pekerja hotel yang serve makananpun kena pakai mask..
maklumnya ikut tema..
ekeke~


Kami duduk semeja dengan sahabat department lain yang telahpun berhenti unofficially (sebab sambung master)..
Sang isteri sahajalah, sang suami yang masih setia bersama company duduk di meja lain sebagai salah seorang AJK Party.Sempat saya ambil gambar pasangan ini yang nampak begitu serasi..
Mereka berdua ni boleh dikatakan pasangan pengantin baru..
Mereka Bazi dan Anwar berkahwin pada bulan July lepas..


Sempat juga saya snap picta bersama orang kuat department kami Kak Yan..
Beliau orang lama dalam company kami tu..
Dah lebih 20 tahun berkhidmat dengan penuh setia..
salute to Kak Yan.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi saya tidak sempat untuk upload di sini..
Lagi2 picta masa persembahan department kami..
dan juga gambar saya dengan MD..(Masa amik cabutan bertuah..)
Bukan senang nak bergambar dengan beliau..
Time kat office, dia serius sahaja.
Kalau ada kesempatan nanti saya update k..

Sunday, November 22, 2009

New Look after 2 months make over~

Nak tengok rupa lamanya~
tapi sikit je la..
pic tyme dio accident dolu~
sobab2 utama make over di buat..
klik sini

Humang aih..
sila la tengok..
Dah tak muat garaj rumah tuk kereta2 ini..
takpe, awal tahun depan, kereta kelisa tu dah tak ada lagi..
Dah pindah sekali dengan tuannya..
ekeke~




Kereta depan sekali itu kereta iswara yang banyak jasa..
Setiap kali nak belajar kereta untuk ambil lesen, kereta ni akan digunakan sebab itulah satu2nya kereta manual kat rumah itu..
(Kakak, Adik Atan dan saya belajar pakai kereta itu..)
Tapi sedihnya sebab kereta itu bateri kong sebab lama sangat tak start..
hmm..
kena charge dulu kat kedai la gamaknya~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics