Followers

Tuesday, November 10, 2009

Diko kesayangan kami yang pelik~

Ehehe..
last sekali saya sentuh pasal Diko masa kami balik dari kampung raya puasa lalu..
Masa itu dia buat perangai la jugak..
Merajuk dan manja berlebihan..

Sekarang nih saya nak bongkar 1 lagi peel dia yang jarang kucing lain suka buat..
Jeng jeng jeng..
Orang kata gambar boleh menceritakan segalanya..
So, saya upload la sikit picta yang saya baru ambil 2,3 hari lalu..






Saya tak tahu siapakah yang mula2 mengajarnya untuk suka plastik bag..
tapi, setiap kali kami balik shopping barang dapur, dia akan jadi seperti tidak sabar menunggu..
menunggu plastik bag kosong sebelum masuk dengan sendirinya ke dalam plastik bag itu..
lepak2 dalam tu sambil membersihkan badan dia (jilat2 bulu badannya..)
lepas itu dia akan keluar sendiri..

Baru sahaja minggu lepas saya balik dengan seplastik buah rambutan..
Kami sekeluarga lepak2 makan depan tv..
Si Diko ni tak habis2 mengiau..
Ingatkan dia nak bergurau dengan buah2 rambutan..
Rupanya dia nak masuk dalam plastik rambutan..
alahai..
manja betulla dia nih..

8 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics