Followers

Wednesday, November 11, 2009

Rumah baru Kami errr tak..Mereka..

Malam semalam saya tergerak hati nak ikut my sis pergi membersihkan rumah baru beliau..
Sebenarnya ini first time saya menjejakkan kaki ke sana..
So, saya, ayah, mak dan dia bergerak lepas maghrib..

Tidaklah jauh sangat jarak dari rumah kami sekarang nih..
Dalam 10 minit ikut short cut atau 20 minit ikut long cut..
Short cut tu tak sesuwai dilalui time musim hujan..(seperti sekarang..)
jalannya tak siap..tanah merah..berbatu-batu..
alamat comotlah kereta oren saya itu kalau lalu situ..
Jadi, kami ikut jalan long cut..
walaupun jauh sikit, jalannya kecil dan adakalanya muat untuk 1 kereta sahaja..
tapi, jalannya bertar sepenuhnya dan rata..
Selamat keretaku..

Rupanya kawasan perumahan yang bakal didiami oleh kakak saya dengan suami aka Mereka tu pernah saya lalui beberapa kali masa saya belajar 'bawa kereta'..
Masa nak dapatkan lesen P..
Tak sangka pula bakal abang ipar saya tu beli rumah di situ..
Dah rezeki dapat rumah dengan harga lelong yang murah..
RM46K+ lebih kurang harganya..
Kalau ikutkan rate kat situ RM90K kut.
Alhamdullilah sudah rezeki..
Besar juga rumahnya..ada 3 bilik dan 2 toilet..
ruang tamu juga luas..
Kakak saya tinggal di aras 3..(jenuh juga la mak saya nak daki tangga semalam..)

Semalam kami beramai-ramai membersihkan rumah itu..
Menyapu lantai, mengemop dan juga mengelap tingkap, lampu dan kipas..
Tapi kami tak dapat nak siapkan semuanya sekaligus..
Tak larat..
Bila jam tunjuk pukul 10..
Mak dah ajak balik..
Ayah pula cakap next week kita datang lagi..
Err.. mak ajak balikpun ada makna tu..
Nak ajak pergi kedai pekena teh tarik dulu baru boleh balik rumah..
hehe~

Next time saya sertakan dengan picta2 keadaan rumah baru kakak saya itu ya..
Nak tahu juga bila dia akan pindah ke sana lepas kahwin..
hehe~

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics