Followers

Thursday, November 19, 2009

Begitu banyak rupanya...

Seperti yang kita tahu dan maklum..
Solat 5 waktu untuk umat islam itu adalah wajib dan merupakan tiang agama..
Dan, peristiwa israk mikraj lah yang membantu kita dengan hanya diwajibkan solat 5 kali sahaja sehari semalam..
Kalau nak diikutkan terlalu banyak jenis solat yang didirikan sebelum peristiwa itu dan semuanya wajib..
Tapi berkat permohonan Rasulullah SAW kita merangkap kekasihNya, maka Allah SWT memperkenankan..

Heee..
Sebenarnya saya sedang baca buku 170 Solat2 Sunat oleh Abdul Rahman Mukhlis terbitan jasmine Enterprise..
Banyak jenis solat2 sunat yang terdapat dalam buku ini dan bagus untuk di amalkan..
Saya memang akui sukar untuk praktikkan semua solat2 itu lagi2 bagi yang berkerjaya..
Sebab itu diwajibkan 5 sahaja..
Supaya ada masa untuk balance kan antara dunia dan akhirat..

Tapi itulah..
Nak buat 5 kali itupun kadang2 tu terkejar-kejar..
Apatah lagi kalau lebih dari itu..
huhu~
Apapun, sempurnakan yang wajib dulu kan..
Jom solat..

2 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics