Followers

Sunday, November 8, 2009

Shiro saya kena penjara!

Geram betul dengan makcik jiran sebelah rumah saya..
Selamba sahaja dia curi ayam saya dan claim dia punya...
Dah banyak kali sangat dia buat begitu..

Kebanyakan ayam2 kami jadi mangsa.
Sekarang nih..Shiro kesayangan saya pulak yang diambilnya.
Dia claim Shiro tu ayam dia sedangkan ayam dia yang 'macam shiro' tu kena baham dek musang..
ayam dia yang tak reti menyorok..
alahai..
Kasihan saya tengok Shiro dah tak bebas seperti dulu..
sila tengok picta2 nih..

dawai kaler ijau itu pagar rumah saya..
manakala dawai halus pulak pagar penjara shiro..



ni close up sikit..


Kami memang dari dulu malas nak bertekak dengan jiran pasal ayam..
Kami biarkan sahajalah..
Walaupun dah terang lagi bersuluh itu ayam kami..
Sekarang bapa ayam yang selalu dengan shiro tu tinggal seko2..tak ada geng..
tengok, cari makanpun sekor2.


hoho~

Ok, update terbaru pasal cik musang tuh..
seekor lagi ayam hampir menjadi mangsanya malam tadi..
buktinya bersepah-sepah bulu ayam bertabur di belakang rumah saya..
Saya tak pasti ayam mana satu tapi ayah cakap, ayam jantan..
bukti bulu ayam bertaburpun saya sertakan..
sila- sila lihat..




tapi ayah tak jumpa bangkaipun..
selalunya akan ada bangkai ditinggalkan musang..
mungkin ayam jantan itu berjaya melarikan diri..
cuma bulu2 je dapat dicarik musang..
kok gitu alhamdulillah~

2 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics