Followers

Saturday, November 28, 2009

Pasal 2012..dan kaitannya dengan Hari Akhirat..


Berkenaan filem 2012..
Saya bukan saja-saja saya nak tengok filem yang merupakan gambaran pihak tertentu berkenaan hari akhirat...
Yang pasti akan tiba cuma tidak tahu bila..
Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui dan tidak tercapai akal kita untuk meneka bila dan menggambarkan keadaan sebenar hari tersebut..

Filem ni menggambarkan bahawa hari kiamat akan berlaku pada 2012.
Segalanya bermula dengan pemanasan melampau di dalam kerak bumi yang dikesan di India pada 2009.
Persoalannya sekarang 2009..
dah nak masuk 2010 pun..
Benarkah di India sudah ada fenomena ini..?

Seterusnya, sudah menjadi kebiasaan..
Pabila mereka sudah tahu dan membuat kajian jangka masa panjang..
(manusia cuma merancang tapi Allah SWT juga yang tentukan..)
Mereka membina beberapa bahtera di China sebagai perisai kepada fenomena besar lagi berbahaya yang mereka jangka akan berlaku pada 2012 itu.
Bahtera yang canggih berteknologi.
Untuk menempatkan golongan kelas2 atasan yang sanggup membayar 1 juta euro seorang..
Mereka2 ini dianggap sebagai golongan2 yang mereka andaikan akan selamat dan bakal jadi perintis kepada pembinaan masyarakat yang betul2 baru..
Ibarat dunia yang baru lahir..

Good job sebab gambaran mereka berkenaan hari akhirat benar2 menakutkan dan tragis..
dan menginsafkan bagi apa2 agamapun yang dianuti yang percaya dunia akan berakhir juga..
Tapi, ada banyak yang tak logik di akal..
Tak apalah sebab dah kata filem kan?

Apa yang tak logik bagi saya..

1) bagaimana mereka boleh survive dengan tanah yang merekah, runtuhan bangunan2 tinggi pencakar langit dengan hanya sebiji kereta untuk ke kapal terbang kecil..?

2) bagaimana si hero boleh selamat bila van yang dinaikinya hampir jatuh di celah rekahan bumi yang dibawahnya ada larva panas yang merah menyala..?

3) bagaimana kapal terbang mereka boleh lalu di atas permukaan bumi yang umpama dipenuhi volcano yang tengah meletus dan memutahkan larva2 panas..?

4) ok, sebagai orang islam ending itu sangat tidak logik..sebab pada hari akhirat semua hidupan akan mati dan kita semua akan dibangkitkan di padang masyar yang tidak terjangkau dek akal rupa bentuknya..
Gambaran hari akhirat boleh klik di sini..
Filem ini bagus ditonton untuk memberikan kita peringatan dan pengajaran..
Yang betul kita jadikan pedoman..yang tak betul kita jadikan sempadan..

Apapun, bersediakah kita untuk menghadapi hari akhirat..?
Bersediakah kita untuk menghadapI hari kebangkitan..?
Tanda2 kecil hari kiamat sudahpun banyak muncul..
Tanda2 besar hari kiamatpun sudah banyak di diskusi kan termasuk kemunculan dajjal, yakjud dan makjud..
Boleh klik2 di sini untuk mengetahui tanda2 hari kiamat..
Semoga kehidupan kita dirahmati dan semoga kita mati dalam keadaan yang beriman kepadaNya..

p/s : entry ini hanya pendapat peribadi saya berkenaan filem 2012..jika ada salah dan silap sila tinggalkan komen ya. Saya cuma manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan.

15 reaksi spontan:

13may said...

mcm mcm pendapat tentang cerita nih...

btw, aku tak rasa nak menonton pun...hehhe heheh

sue_pinky said...

mse sue p tgk wyng cite ni
tket mostly sold out
smpai kan sue dpt tket 1am..
penuh gler..bdk2 pn ade yg tgk.
cite ni bg org yg xkuat agame
msti akn fikir 2 la gmbrn sbnr kiamat..
cite 2 mmg xlogik..
bhtera 2 ibarat bhtera nabi nuh..
msing2 de pndpt sendiri psl cite 2..

Magrib said...

yup.. obivouly... pendapat saye...
cite nie bukan pasal kiamat...
cite nie pasal bencana besar yg berlaku di dunia..
di gambakan bersamaan dngn bencana semasa melanda zaman dinasour dlu..

sonata anak kancil said...

sape buat filem ni? sesungguhnya kita tak boleh nak gambarkan tentang hari kiamat ni! Kita baca dalam AlQuran begitu begini, tapi mana boleh digambarkan begitu...ni tentang bencana alam aje kot!

noor afzan said...

yup..
mereka mulanya percaya dunia nak berakhir tapi masa ending tu dorang claim hanya bencana..
dan x seteruk yg mereka jangkakan..(iatu pengakhiran dunia..)

LORD ZARA 札拉 said...

salam~
dah tengok gak cerita ni~
alahai~

orang2 luar pandai ceduk idea2 kajian tentang penceritaan dalam Al-Quran sebenarnya~

ambil iktibar sebagi renungan boleh~
=]

P/S : insyaALLAH, kalau private, akan jemput~ tapi cam payah sikit kalau private kan? hehehe~

noor afzan said...

tul tu zara..
dorang ceduk2 rapi tukar sikit kat ending..
konon2 dunia akan ada kelahiran semula..

p/s : x yah private la sis..
tapi kalu private gak invite ye

jumana said...

Sy pn dh tgk ngn kwn2 ari tu..saje2 nk tgk teknologi diorng menghasilkn filem2 cmtu..
mcm awk kate, ada part2 yg memang x logik lngsung..
tp ramai yg teruja nk tgk

Firol said...

citer ni efek je yg best..

realitinya bukan begitu keadaannya...lagi maha dahsyat....

anak yg baru lahir pun boleh ditinggal-tinggal disebbkan ngeri kiamat....


ni siap bleh caring2,peluk2 lak....

cik EPAL said...

orang kata..cerita ni effect dia yang best..tapi tak tahu la pulak..tak tengok lagi...hehe..

btw, i link u k ;)

loverbox said...

Crite propaganda us. Konon negara us boleh selamat dunia. Bila surf kat mana2 website mesti jumpa pasal news crite nie..bukan leh percaya sgt pun dlm crite tu...percayakan apa yg diceritakan dlm al-quran lagi bagus..mcm kwn2 kamu semua comment nie..pasal bahtera tu..mcm org kafir je yg selamat didunia bila tiba hari kiamat..semua manusia dan kehidupan dibumi akan mati..perlanggaran planet2 pun akan berlaku..semua perkara yang berlaku pada hari kiamat allah yang merancang dan maha mengetahui..

noor afzan said...

Jumana..
memang teknologi dorang buat canggih manggih..

tapi tu la..
mmg x boleh terima benda tak logik dlam cite..
itu sahaja..

noor afzan said...

firol..
betul sangat itu..
cerita ini macam nak gambarkan mereka boleh lawan ketentuanNya dengan teknologi canggih..
padahal, semua itu dah tak berguna dah time 'hari kemusnahan' nanti..

noor afzan said...

cik epal..
memang effect dia best..
masa bumi merekah, bangunan tinggi jatuh, banjir besar, larva panas da bebla api terbang2 tu memang nampak real..
filem nih boleh menimbulkan keinsafan kalau kita ambil dari side positive..

tq cik epal sudi link saya..=)

noor afzan said...

loverbox..
itu memang dah jelas lagi nyata..
propaganda mereka ni memang bertentangan langsung dengan apa yang kita percaya..
x apalah, asalkan kita berpegang teguh kepada AlQuran dan Sunnah..

Related Posts with Thumbnails

-:Cabaran 30 hari kebenaran

baru lepas 8 hari..

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics