Followers

Saturday, November 7, 2009

Tak muatlah..

Beberapa hari yang lepas say balik lambat sebab ada latihan..
Dalam kul 8.30 malam saya sampai rumah..

Masuk sahaja, mak bagitahu merekapun baru balik dari pergi shopping kat Giant.
Tapi tak perasan pulak barang apa yang mereka beli.
Saya terus ke bilik.
Nampak satu blaus di hanger kat tempat larangan..
er..maksud saya tempat saya hanger jaket kerja saya hari2..
Hangin juga..
Ni mesti baju baru kakak saya.
Dah tak ada tempat lain lagi gamaknya nak si hanger kot.
Saya tak peduli, saya sangkut hanger bersama jaket kerja saya depan hanger blaus tu..
(so, blaus tu tersorok la..)
dapat bayang x kawan2..?
tempat sangkut hanger tu cuma paku sederhana panjang..
yang dipasak pada dinding bilik kami..
ok, dah dapat bayangkan gambaran tersebut.
bagus2..

Tiba2 mak dan kakak masuk bilik.
Mak saya beriya bagitahu..
Ingatkan kakak saya punya baju.
Jarang sangat mak saya beli baju untuk saya tanpa saya ada sekali time beli..
Sebab biasanya saya pilih san cuba dulu.
Kalau rasa macam 'ketat', saya tak mahu..

"mak belikan baju untuk b****g..
tu ha yang tersangkut tu...cubalah..
mak berkenan tapi tak ada saiz besar yang padan untuk mak..
mak rasa padan kalau b****g pakai.."

Kakak pula menyampuk..

"ko rasa ko muat tak pakai baju tu..
Aku dah cakap kat mak baju tu kecik, dia tak percaya.
Nak beli juga. Cari saiz yang paling besar yang ada."

Diorangpun tunggu aku cuba.
Memang pada pandangan pertama aku baju tu kecik.
Baju yang ada getah2 (boleh diregangkan).
Memang melekap kat badan la kalau pakai walau sebesar mana saiznya.
Dan telahanku benar sekali.

"kecik ni mak. B****g tak pakai baju ketat2 camni"

mak saya jawap apa tau..

" alaaa..B****g buat pakai tidur je la kalau macam tuh.."

alahai..beli baju cantik2 takkan nak buat pakai tidur pula kan..
Sudahnya mak saya ambil.
Mungkin dia pulak nak buat pakai tidur kot..
heheh~

6 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics