Followers

Thursday, November 19, 2009

Musim hujan..di mana2 pun ada dugaan~

Sekarang ini musim hujan..
Di mana sahaja di seluruh negara basah dek hujan...
Kawasan tanah rendah pula bukan setakat basah..tapi terus tengggelam...
Kalau tanah tinggi pula takut 'tanah mendap pula kan..tanah runtuh..
Bermula di Pantai Timur, kemudian Utara..
Tak dilupa Sarawak..
Itu yang yang dapat from Buletin Utama kelmarin..
Banjir..
Semalam sebab syok layan Madu Tiga versi moden di Astro, terlepas pulak berita penting..
Ada lagi ke negeri lain yang dilanda banjir..?
Harap semuanya bersabar dan redha atas segala yang berlaku..
Semuanya bersebab kan..dan hanya ingin menguji kita..

Kalau di bandar2 lain pulak ceritanya..
Walaupun tidak banjir, still hadapi dugaan juga lagi2 bila hujan itu di petang hari..
errr...saya termasuk sekali dalam ini 'buku'..
Setiap kali saya tengok awan gelap menjelang tengahari, saya berharap turun lah hujan cepat dan berhentilah sebelum lewat petang..
Lagi2 time balik kerja...
Sebabnya, humang aihhh..
Dah dekat seminggu mengharung jalan sesak..
Sangkut kat atas jalan lebih sejam..(biasanya paling lewat 30 minit sahaja).
Padahal keluar office seawal yang boleh..
5.30 sharp sahaja terus off PC,
Berlari-lari ke kereta..(ini tipu..malulah lari dalam opis..jatuhlah air muka saya sebagai pompuan ayu..ahaks~)
Start enjin, terus gerak..
Tapi bila hujan, automatik semua kereta akan slow dan jadi berhemah..
Sudahnya, jalan sesak lagi2 selepas tol..
Yang best tu, jalan itu sesak hingga simpang nak masuk kawasan perumahan saya..
Memang menguji kesabaran sangat..

Minggu depan dah mula cuti sekolah..
Adakah jalan akan jadi lengang..?
ataupun, tak berubah..?
Kadang2 rasa macam nak pindah duduk kat area2 situ sahaja..
Tak lama..cuma samapi musim tengkujuh tamat..
Tak perlu redah highway dan berisiko tuk kereta di'cium' atau men'cium' kereta lain..
Sangat2 berisiko lagi2 masa lepas tol..
Masa ni memang badan dah tegak ke depan, jenguk2 jarak dengan kereta depan supaya tak rapat sangat..
Maklumlah, saya pemandu amatur..

Tapi, itu hanya mimpi saya sahaja..
Berangan atas angin macam nak capai awan..
tapi kembali sedar kaki masih kat bumi..
Sabar sahajalah..
Semoga cepatlah langit petang cerah..

8 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics