Followers

Saturday, November 22, 2014

Perasaan bila PJJ dengan suami

Salam semua.

Alhamdulillah dah lebih sebulan PJJ dengan encik suami. Daripada masa berpantang, habis pantang dan dah masuk kerja semula. Walaupun pada mulanya rasa macam susahnya nak hadapi semua ini. Kadang-kadang rasa macam mustahil untuk hadapi semua ini. Tapi, orang kata selagi tak cuba dan selagi tak lalui, kita takkan tahu tahap kemampuan kita kan. Macam tak percaya yang saya dahpun lalui semua ini dengan jayanya.

Masa berpantang dulu memang tak kisah sangat sebab dah biasa. Suami datang hujung minggu sahaja. Emir pun dah biasa kena tinggal dengan mak dan adik. Lagipun berpantang di rumah parents saya di Puchong. Meriah dengan orang sepanjang masa. Paling sikitpun mesti ada mak saya dan juga kakak sulung sebab mereka berdua ni tak bekerja. Paling ramai bila malam dan hujung minggulah. Adik beradik saya ada 5 orang lagi. Tu tak termasuk abang ipar dan juga anak buah 2 orang. Meriah sangat rasanya. Dan masa itu memang tak berapa terkesan sangat PJJ dengan suamipun. Malam-malam kami akan whatsapp dan juga call guna LINE.

Cabaran mula terasa bila nak kena masuk kerja. Balik ke Selayang drive sendiri bawa anak-anak. Perjalanan adalah makan masa sejam juga sebab jalan agak sesak walaupun masa tu baru pukul 3 di hari bekerja. Sebelum balik rumah mak mertua di Selayang, singgah dahulu di taska. Dah daftarkan Aina di taska. Esokannya dah nak hantar Emir dan Aina ke taska. Saya akan hantar Aina (tempoh percubaan) hari jumaat dan juga isnin. Hari selasa ada 2 months check up. So, hantar abang Emir sahaja ke taska. Adik Aina ikut mama pergi Klinik Kesihatan belah pagi. Belah petang pula dia kena ikut mama check up di hospital pula. Alhamdulillah, mak mertua dan adik suami (Uda dan Adik) banyak membantu menjaga Emir. Ya, Emir rasa sunyi di Selayang sebab selalunya yang ada hanya mak mertua saya sahaja. Malam baru ada Uda. Hujung minggu pula ada Adik.

Setiap kali hantar anak-anak ke taska memang akan menangis sedih. Rasa macam nak jadi suri rumah sahaja. Tak nak lepaskan anak-anak kepada orang lain. Tapi apakan daya, kehidupan mesti diteruskan. Mama kena bekerja untuk bantu keluarga kita. Harap-harap anak-anak mama akan faham juga suatu hari nanti. Bila dah mula masuk kerja hari rabu barulah kurang rasa ralat sebab kerja di office agak banyak. Cuti 2 bulan menyebabkan kemahiran bekerja dah berkarat. Kena asah dan rujuk balik pada rakan-rakan sekerja. Nasib baik mereka suka membantu. Alhamdulillah hari-hari tak gagal untuk bangun awal menyiapkan anak-anak, keluar rumah seawal 7 pagi menghantar anak ke taska, singgah di petronas membeli bekalan nasi untuk sarapan dan lunch, dan mengepam sebanyak 3 kali di offive termasuk sekali di waktu lunch break. Sebab itu beli bekalan lunch siap-siap sebelum ke office. Dan berjaya menjemput anak sebelum pukul 7 malam. Lepas pukul 7 malam kalu kena bayar oevertime RM6 seorang. Fuhh..

Mulai minggu depan akan akan rasa lega sedikit sebab dah mula cuti sekolah. Jadi jalan tak berapa sesak. In sha Allah tak perlu terlalu tergesa-gesa sekiranya terbangun lambat. Ya, sekarang saya ada masalah bangun pagi. Sebab rasa letih sangat. Tak cukup rasanya waktu tidur yang ada. Nasib baik ada alarm semulajadi kejut sebab nak susu. Syukur..syukur..Ok lah. Tu sahaja update kali ini. Lagi 3 minggu bekerja sahaja sebelum suami pulang ke pangkuan kami sekeluarga. Mohon doa kawan-kawan supaya suami dapat pulang on time ke Malaysia. Aaameeenn..

Apapun syukur sebab PJJ 2 bulan sahaja. Salute kepada mereka-mereka yang kena PJJ kekal atau dalam jangka masa panjang dengan suami masing-masing.

Wednesday, November 19, 2014

Rutin Ibu berkerjaya bermula semula.

Salam semua...

Hari ni masuk minggu ke 2 kerja lepas bercuti panjang. Alhamdulillah walaupun cuti lama dan skill2 dah berkarat sikit, dapat polish balik. Boss kata kena proaktif. Walaupun banyak manapun kerja tepat 5.30 petang dah boleh balik. Sebab boss pun jenis balik on time. Senang sikitlah bab tu.. Cuma kita kena pandai manage kerja sebab dia hanya mahu result. Dia guide sikit2 je lepas tu nak result.

Walaupun kerja agak stress sebab kejar banyak KPI dalam 1 masa, tetap bersyukur sebab tak perlu stay back. Dan masih ada masa nak pergi pam. Yeah..2 benda tu paling mustahak. Walau ke mana jua kaki ini melangkah, dalam 2 tahun tempoh penyusuan ini memang kena fulfill 2 perkara ini. Syukur ya Allah atas 2 nikmat ini. Walaupun kena keluar rumah seawal 7 pagi dan sampai rumah semula pukul 7 malam. Tak apa sebab minggu depan dah cuti sekolah.

Walaupun suami tiada di sisi sampai tengah bulan depan, di rumah ada mak mertua dan nenek suami. Jadi, tak adalah sunyi sangat. Abang Emirpun ada kawan tempat bermanja bila mama tengah melayan adik Aina. Oklah itu sahaja update kali ini. Bai..

Tuesday, November 11, 2014

Promosi Shaklee Omega Guard Nov 14

Salam..

Sebelum terlupa, bulan November ini ada promo Omega Guard. Yeah, selalu orang kaitkan Omega Guard ini dengan fungsinya untuk perkembangan otak janin, juga anak-anak kecil sehingga student universiti. Selain itu, fungsinya adalah untuk membakar kolestrol. Yeah kalau ada masalah kolestrol tinggi memang bagus kalau ambil Omega Guard ini.

Selain itu, kepada Omega Guard ini juga sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan. Kepada yang kurus tapi nak mengawal kolestrol jangan risau, produk ini takkan buat anda jadi makin melidipun. Omega Guard ini akan berfungsi ikut keperluan badan sesorang. Kalau gemuk akan jadi kurus. Kalau kolestrl tinggi akan jadi rendah. Macam itulah. Tapi semua itu hanya dengan izinNya juga dan usaha kita.

Selain itu Omega Guard ini sesuai juga untuk orang yang selalu batuk dan selsema. In sha Allah amalkan Omega Guard untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Kalau beli 2 botol, dapat diskaun 5% tau.
Kalau beli 6 botol, dapat 1 botol percuma.
Kalau budget tak berapa nak ada, whatsapp sahaja saya sedia membantu anda.
Whatsapp saya di 012-372 8374.

Promo Nov14 Omega Guard


Monday, November 10, 2014

Rasa macam nak jadI Suri Rumah sahaja boleh?

Salam semua..

Pernah tak sampai satu masa korang yang menjadi ibu rasa macam tak nak kerja? Nak duduk di rumah sambil melayan dan mendidik anak-anak di rumah. Sebenarnya itulah yang sedang saya rasa sekarang ini. Kalau ikutkan hati ini nak sahaja saya berhenti kerja/ bercuti kerja sekurang-kurangnya sampai anak bongsu saya itu berusia 2 tahun. Nak bagi dia susu badan sampai dia 2 tahun tanpa perlu memikirkan tentang kerja. Ya, kerja saya sekarang ini agak stress. Kerja banyak dan boss pula banyak juga bagi pressure pada kita untuk siapkan kerja secepat mungkin. Masa mengandung dulupun dapat rasakan apatahlagi bila dah ada anak kecil. Terfikir macam mana nak pergi curi masa mengepam nanti. Alahai...

Oh ya, rabu ini tamatlah sudah cuti atau honeymoon saya sebagai orang yang bercuti bersalin. Kan bagus kalau kerja kerajaan, dapat sambung cuti 3 bulan lepas itu dapat pula cuti tanpa gaji sampai setahun. Uuuu....bila emosi sangat, itu yang jadi macam tak bersyukur tu. Aku memohon kepadaMu ya Tuhan agar tetapkan hatiku untuk terus bekerja dalam masa yang sama mendidik anak-anakku menjadi insan yang soleh dan solehah. Dan paling penting bantulah hambaMU ini untuk berjaya menyusukan anak secara ekslusif sehingga usianya 2 tahun. Aaamen.

Berbalik kepada cerita pasal nak jadi suri rumah itu, saya ada jugalah buat kira-kira perbelanjaan sekiranya saya kerja dan berhenti kerja. Beza banyak juga sebenarnya. Ye lah, bila kerja ni kena ambil kira kos minyak, tol, yuran taska, kos makan minum yang tinggi sebab kerja dekat mall, duit bayar kereta bulan-bulan. Itu belum masuk maintenance cost, yuran pendaftaran taska dan juga insuran kereta. Bila kira-kira kos tambahan bila kerja ialah lebih kurang 1600++ juga sebulan. Patutlah belum hujung bulan dah garu kepala. Tapi Alhamdulillah tak pernah putus rezekiNya. Yang penting kerja dengan sebaik mungkin untuk dapat rezeki yang berkat.

Sebenarnya, ini adalah sebab sampingan sahaja. Yang sebenarnya saya hantar anak ke taska hari ini untu ksesi percubaan. Lepas itu duduk di rumah sahaja. Mengemas apa yang patut sebelum masuk kerja nanti. Tu yang terlalu emosional bila rindukan anak-anak. Tak tahulah bila dah masuk kerja nanti macam mana. Tak sempat kot nak emosional bagai sebab kerja banyak. Lepas itu tambah pula masa untuk kumpul stok susu nanti. Tapi yang pastinya cukup 5.30 mesti terus balik. Tak boleh tunggu-tunggu dah. Sebab suami tak ada. Tak boleh harapkan orang lain untuk jemput mereka di taska. Kalau ikutkan memang tak bagi orang lain jemput. Biar mama yang jemput mereka sebab mama tak sabar nak jumpa mereka. Oh...betapa bersyukurnya dikurniakan anak-anak. Alhamdulillah..


Friday, November 7, 2014

First Day at Selayang

Salam semua..

Alhamdulillah perjalanan kami tiga beranak ( maknya dan juga 2 orang anak) semalam berjalan dengan lancar. Punyalah bersiap dari pagi. Akhirnya pukul 3.45 petang baru bertolak. Biasalah itu melayan 2 orang anak yang kecil belaka. Seorang masih lagi baby. Minggu depan baru masuk 2 bulan. Seorang lagi pula 2 tahun lebih usianya tapi masih tak nak ikut arahan/dengar kata. Lasaknyapun bukan main lagi. Tengah masukkan barang dalam kereta, dia sempat lagi bermain tanah. Nasib baik pakai baju warna hitam. Kalau tidak, memang kena tukar baju lagilah.

Sampai di area Selayangpun dah hampir pukul 5. Singgah ke taska sebab dah cuba hubungi tak dapat-dapat. Rupanya nombor telefon taska ada masalah dan buat masa ini teacher pakai number baru temporary. Untuk elakkan masalah sama berulang, sayapun standby minta number phone salah seorang penjaga di sana bernama Ain. Kira dia penjaga paling seniorlah di situ. Bawa Emir dan Aina mengenal taska. Nanti taska ini akan jadi rumah kedua mereka juga. Bila sampai bab bayar yuran, syukur sebab tak perlu bayar banyak untuk tahun ini sebab dah bulan 11 pun kan. So, hanay bayar yuran bulanan dan hanya RM100 yuran pendaftaran Aina. Yang lebih tu teacher cakap sedekah sahaja. Semoga Allah permurahkan lagi rezeki teacher dan juga anak-anak.

Habis urusan di taska, saya terus pulang ke rumah. Sampaipun dah pukul 5.30 petang. Tokma dah ada di dapur masa itu. Aina diletakkan di ruang tamu sahaja. Yang tak seronoknya, Aina tak nak kena tinggal seorang. Saya pergi menyimpan bekalan susu perahan dalam peti aispun dia dah merengek. Lepas itu, saya dah beri susupun dia masih lagi merengek bila saya nak pergi angkut keluar barang-barang dari kereta. Tapi terpaksa biarkan dia menangis sekejap dan tetap masukkan barang ke dalam rumah. Lepas itu Tokma tolong pegang Aina sekejap sementara mamanya ini pergi solat Asar. Dah lewatpun solatnya. Lepas itu, saya layan Aina. Abang Emir dah mengukur satu rumah. Habis dapur tokma dia jelajah. Sudip-sudip semua dia ambil bawa ke bahagian ruang tamu. Sabar sahajalah nak oiii..

Menjelang Maghrib, Ainapun tertidur. Saya mengambil kesempatan yang ada untuk hantar barang-barang naik ke bilik dan solat Maghrib. Ingat nak tukar baju dan pampers abang Emir baru turun jenguk Aina tapi tak sempat sebab Aina dah mula terbangun dan menangis. Tokma kata mungkin sebab Aina belum biasa dengan tempat baru. Sebab itu asyik nak berteman sahaja. Aina macam mengantuk tapi tak dapat tidur lena. Jadi, sayapun bawalah dia naik ke bilik. Bagi susu sampailah dia terlelap semula. Abang Emir pula tak mahu naik. Main sahaja di bawah dengan Ayah Uda yang baru balik kerja.

Mak, Ayah Uda dan Emir makan malam dahulu sementara saya menjaga Aina di bilik. Lepas mereka habis makan baru saya pula makan. Mereka melayan Aina di ruang tamu. Lepas habis makan dan lepak sekejap di ruang tamu, Emir tunjuk skill pandai buka baju sendiri. Alhamdulillah. Memang berjaya. Lepas itu dia cuba pula buka seluar tapi saya tahan sebab dia nak buka sekaligus dengan pampers. Aiyark!

Babah whatsapp bagitahu dah ready untuk berskype. Kami semuapun naik ke bilik dan berskype melepas rindu dengan babah. Alhamdulillah, dapat juga tengok muka suami secara live setelah hampir 3 minggu dia di bumi matahari terbit. Sambil bervideo sambil layan si abang Emir yang tak boleh duduk diam dalam bilik. Langsung tak pedulikan babah di TV. Dia tak perasan lagi itu babah dia agaknya. Aina yang pada mulanya tidurpun terjaga sebab abang Emir aktif sangat. Lagi 5 minggu baru babah boleh balik. Sabar sahajalah ye. Sementara itu, kena jadi supermom dululah. Gambatte!

Alhamdulillah, kedua-dua anak tidur pukul 11 camtu dan lena sampai ke pagi. Si adik sahaja ada bangun sekejap untuk menyusu. Si abang memang sampai kena kejut baru bangun. Bermulalah hidup mereka dengan ibu berkerjaya. Kena pergi taska hari-hari. Sedihnya rasa bila tinggal anak ke taska. Rasa tak sanggup nak berpisah. Huhu. Nasiblah hari ini hari jumaat. So, esokkannya dan lusa tak perlu hantar anak ke taska. Phewww..


Tuesday, November 4, 2014

Minggu Terakhir Cuti Panjang =(

Salam..

Minggu ni minggu terakhir boleh berjimba-jimba di rumah. Melayan si kecil 2 orang ini siang malam. Tak perlu fikir nak kena bangun awal pagi, menyiapkan anak-anak ke taska. Minggu depan dah kena jadi supermom. Maklumlah fisrt time kena tinggal dengan suami dengan anak dah dua. Dulu pernah kena tinggal juga tapi masa itu anak baru seorang. Ini dah 2 orang. Yang besar tu pula tengah melasak. Belum boleh dengar dan ikut arahan lagi.

Syukur sebab Allah hanya pinjamkan suami pergi Jepun 2 bulan sahaja sebab ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang kena PJJ sentiuasa dengan suami masing-masing. Harap lepas ini dah tak adalah kena outstation sampai 2 bulan lagi. Kalau setakat seminggu dua tu bolehlah saya hadapi. Lusa dah nak balik ke Selayang. Tak larat nak ulang alik dari Puchong untuk pergi kerja. Lagipun taska anakpun berada di Selayang juga. Kalau ikutkan hati ini mahu sahaja ambil cuti tanpa gaji sampailah tarikh suami pulang tapi tak bolehlah begitu kan. Lagipun boss pun dah tak sabar-sabar tunggu saya masuk kerja. Dia ingatkan saya boleh masuk kerja jumaat ini. \

Hari selasa nanti ada check up baby kat 2 tempat. Satu di Hospital Selayang. Erm..ini mesti kena bayar punya. Lagi satu check up di Klinik Kesihatan. Klinik Kesihatan punya check up waktu pagi. Hsopital punya check up pula petang. Memang full day kena cuti. Sebab tu saya sambung cuti sampai selasa. Takut susah nak minta cuti pula sebab baru sahaja masuk kerja dah minta cuti pula kan.

Ok lah. Itu sahaja kot update saya buat masa ini. Ada berita sedih sikitlah. Disebabkan suami tak ada di sini terlepas peluang untuk join Team Building anjuran company. Sepatutnya inilah masa paling sesuai untuk kenal dengan lebih ramai orang. Kerja sekarang ni memang deal dengan ramai orang tapi kebanyakkan hanya dapat mendengar suara atau kenal nama sahaja sebab komunikasi hanya melalui email dan phone call. Bai..

Saturday, November 1, 2014

Hari-hari terakhir cuti bersalin

Lebih kurang seminggu lagi sahaja baki cuti bersalin. Setakat ini memang tak ke mana-mana lah. Dengan encik suami outstation sampai bulan 12 nanti. Dengan anak yang dah masuk 2 ni. Nak berjalan- jalanpun payah. Lagipun si abangpun masih lagi belum pandai nak ikut arahan. Kalau dilepas mesti menggagau nak kejar. Adik takpe boleh kendong guna carrier je. Tapi jenuh juga nak mengejar dan mengawal si abang sambil mengendong adik kan. Lainlah ada peneman aka encik suami di sisi.

Sudahnya cuti dihabiskan sahaja menghadap anak dan mantapkan skill memasak. Masalahnya masak lauk pauk biasa je. Tak ada peningkatan pun. Sabar sahajalah. Resepi bukan main lagi banyak share di FB. Konon2 masa inilah boleh buat tapi non hado. Tak ada kudrat pula nak membeli belah bahan2 di pasaraya. Masak sajalah lauk2 dengan bahan2 sedia ada atau yang ayah beli. .

Ingat nak hantar Aina ke taska awal 2 hari untuk test. Tapi call teacher tak ada reply. Ermmm..tak tahu macam mana lagi nak bagitahu pihak taska. Ingat nak redah je hantar lepas balik ke Selayang minggu depan. Mula2 target nak hantar khamis dan jumaat. So, rabu dah kena balik selayang lah. Tapi disebabkan kakakku balik dari trip ke Taiwan hari Rabu maka ku anjakkan ke khamis. Boleh je kot hantar Aina hari jumaat dan isnin. Selasa ada check up pula. Tak boleh nak hantar.

Dan bermula rabu tu dah kena kuat semangat memulakan tugas. Ya Allah berikanku kekuatan. Berikanku kemudahan dalam menyelesaikan kerja2 di pejabat. Ku mohon agar dipermudahkan untuk ku curi masa mengepam untuk kumpul stok susu dan juga balik on time. Lagi2 sepanjang tempoh suamiku outstation.

Thursday, October 23, 2014

Tips Menghentikan Baby menangis

Salam..

Hari ini saya nak kongsikan pasal baby menangis. Ya, baby memang tak ada cara untuk memberitahu yang dia tak selesa atau perlukan sesuatu melainkan dengan hanya menangis. Selama 41 hari usia Aina ni saya mengenalpasti ada beberapa punca baby seperti Aina menangis. Antaranya ialah ;

  1. Sebab lapar.
  2. Sebab sakit perut/kembung perut
  3. Sebab ada angin perlu disendawakan
  4. Sebab sakit perut nak membuang
  5. Sebab selsema/hingus
Setakat ini hanya 5 sahajalah yang saya dapat kenalpasti. Oleh kerana tanda yang ditunjukkan baby sama untuk kelima-lima punca. Jadi, kita kenalah  cuba kenalpasti dengan mencuba satu-persatu. Mula-mula, cuba berikan susu. Kalua dia nak minum maka itulah punca dia menangis. Berikan sahaja apa yang dia nak iaitu susu. Kalau susu dia tolak, cuba pula check lubang hidungnya (ini kalau dia ada selsema). Kalau tak keberatan cuba keluarkan hingus tersebut. Paling terbaik ialah dengan menyedut menggunakan mulut kita sendiri. Baru kita tahu dan pasti yang tiada hingus yang tersumbat dalam hidungnya. Kalau dadanya berbunyi ketika bernafas buatlah teknik percussion untuk longgarkan kahak. Kadang-kala bila kita tepuk belakang dada dia, dia akan sendawa. Itu maknanya ada angin ang tersekat di dada. Selalunya berlaku sebaik sahaja menyusu. Sebab itu kita digalakkan 'burp' kan baby selepas menyusu,

Kalau cara ini tak berkesan juga maknanya bukan ini punca bayi menangis. Mungkin perutnya kembung. Cuba tepuk perutnya beberapa kali. Kita boleh kesan sama ada ada angin atau tak. Cuba sapukan minyak telon di perut dan juga belakang perut. Kemudian di betis danjuga tapak kaki. Gosok-gosok sedikit. Nanti dia akan kentut atau sendawa. Biasanya kentutlah. Bila kita letak minyak ni kadang-kadang dia akan terus mebuang. Itu maknanya dia menangis sebab sakit perut nak membuang.

Alhamdulillah, setakat ini memang berkesanlah untuk saya. Sayapun dah tak straight berpantang makan macam awal-awal dulu. Ada dah makan rempah ( kari/kurma), kuah bersantan, buah pisang dan tembikai susu. Dah mula makan kuih karipap kentang tapi makan sikit-sikit sahaja sebab takut baby terkejut. Alhamdulillah dah tak lama lagi habis pantang. Yippie!



Wednesday, October 22, 2014

Misi Menyusu hingga 2 tahun dengan ESP Shaklee

Salam..

Alhamdulillah..hari ni dah hari ke 40 berpantang. Badan dah shape up sikit. Berat badan sahaja yang tak berapa nak turun. Kena banyakkan mengepam sebab Aina minum tak berapa banyak. Dalam misi nak kurus dalam masa yang sama tak nak catu-catu makan. Dulu masa Emir cepat kurus dan breast sentiasa bengkak lagi-lagi masa tengah malam. Terpaksa pam walaupun Emir dah lepas minum.

Kali ini kalau tak usaha pam, susu tak banyak. Tak ada dah bengkak-bengkak susu. Sebab tu kena initiate untuk pam juga. Kalau tak, tak dapatlah kumpul stok. Alhamdulillah stok sekarang ni banyak. Lebih kurang 200 ke 230 oz lah setakat ini. Kali ini kena kumpul stok banyak2 masa pantang sebab tak tahu keadaan lepas dah masuk kerja nanti. Nak mengepam bila. Dengan stress kerja tak terjangkanya. Memang kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Apapun, berdoa dan terus berdoa dapat menyusukan Aina dengan susu badan je sampai usia dia 2 tahun. Gambatte afzan!  Dan berharap boss2 memahami dan tak banyak songeh bila saya pergi mengepam. Ingat nak mengepam waktu awal pagi (kena bertolak awal pergi kerja), waktu lunch dan sebelum balik. Harap- harap sempat. Aaaminn..

Yang pastinya set menyusu shaklee memang sangat membantu sekarang ini. Kalau saya minum ESP tu sebelum tidur, Aina memang tidur lena dan lama. Menyusu pukul 11, pukul 4 atau 5 baru bangun nak menyusu lagi. Mengenyangkan sungguh bila minum ESP. Sekarang ni pula ESP tengah promo. So, mari sini order dengan saya yea.
Ok..bai.

Monday, October 20, 2014

Tips : Didik anak sejak kecil menjadi tahfiz!

Salam..

Yeah, hari ni kira macam hari pertamalah saya sebagai supermom. Suami dah jauh di mata dekat di hati buat sementara waktu. Nak kata sekejap tu taklah sekejap sangat. 2 bulan jugalah dia di negara matahari terbit demi menyelesaikan tugas sebagai pekerja berdedikasi. Lebih kurang 3 minggu sahaja lagi saya dalam mood bercuti panjang. Lepas ini pasti saya kena bekerja keras sebab 2 bulan bercuti. Mesti ada banyak kerja yang kena catch up. Alahai..ngeri pula bila mengingatkan situasi begitu. Tapi hidup mesti diteruskan. Dapat berehat 2 bulanpun dah cukup bersyukurkan.

Saya nak share ni cara nak jadikan anak-anak kita tahfiz. Rupanya lebih mudah memdidik daripada dalam perut lagi. Apabila kita mendapat tahu yang kita mengandung, rajin-rajinlah membaca Al Quran. Baca dengan kuat dan jelas seolah-olah anak di dalam perut kita tu sedang mendengar. Lepas itu, setelah lahir, kita sentiasalah letak baby dekat dengan kita bila kita baca Al Quran. Bila naik kereta, pasangkan Al Quran. Tak perlu pasang radio lain. Baby lebih cepat tidur dan rasa tenang sahaja. Mengikut pengalaman orang yang share tips ini, bila anak dia dah pandai cakap, anak dia minta dipasangkan Al Quran ( bila dia cuba nak buka radio IKIM.fm). Dan bila dah besar sikit, dia dah pandai nak sambungkan surah-surah pendek yang kita baca dengan betul. Subhanallah, begitu hebat kekuasaan Allah. Anak sekecil itu sudah mampu menghafaz Al Quran.

Walaupun Emir dah berumur 2 tahun dan Aina dah sebulan, tiada istilah terlewat kan. Boleh sahaja kalau dimulakan sahaja sekarang kan? Jom kawan-kawan mulakan juga untuk anak-anak kita. Siapa yang tak nak anak menjadi Tahfiz kan? Semua nak. Kalau tak hafal semua surahpun sekurang-kurangnya dapat menghafal surah-surah lazimpun cukup dah. Betul tak?

Ok, itu sahaja nak share buat masa ini. Bai!

Sunday, October 19, 2014

Jom shopping online di Mis Claire

Salam..
Sejak cuti mengandung hari tu memang dok mencari baju - baju yang besar sebab baju kecik tak muat dah. Badan pula memang naik bagai di pam - pam. Kakak sayapun mengandung juga. Kami sama-sama memboyot. Dialah yang memperkenalkan saya dengan Mis Claire Online Shopping. Mis Claire ini online store yang jual baju -baju muslimah fashion yang plus size. Yeah, susah nak cari baju - baju untuk orang yang berbadan besar ni kan. Sekarang mudah sahaja nak shopping baju plus size ni.
Saya selalu tengok dia pakai dress, jubah, blouse dan skirt labuh yang gojes- gojes. 

Tiap kali saya tanya beli kat mana mesti dia jawab di Mis Claire. Sayapun jadi teruja. Bila masuk website Mis Claire ni jadi lebih teruja. Bukan sahaja disebabkan design pakaian yang cantik, tapi harganya yang amat berpatutan berbanding dengan online store lain.lagi mudah kalau korang like Mis Claire's FB page

Apa lagi, anda juga tak patut melepaskan peluang untuj grab pakaian di Mis Claire. Sekali beli, akan repeat beli dan beli. Puas hati punya. Ni saya tunjukkan salah satu baju Mis Claire yang kakak saya pakai masa open house raya baru- baru ni. Yang biru tu. Cantik kan? 


Dah lah baju muslimah fashion yang Mis Claire jual murah. Mereka juga selalu bagi suprise pada customer dengan menyelitkan kad promo macam di bawah ini bersama parcel yang dihantar. So, kalau buat pembelian lagi, boleh dapat 10% discount card. Yang ni dah digunakan ye sebab tu senang hati upload kat sini. hehe. 

Ok lah. Happy Shopping guys! Baju 'comel' hargapun 'comel'! 

Saturday, October 11, 2014

30 hari sudah.. | Deep Freezer

Salam semua.

Hari ini dah 30 hari usia Aina. 30 hari jugalah mama berpantang. Another 14 days to go. Wahh..sekarang inipun dah mula makan ayam (ayam goreng pedas) dan pedas (pau kari kentang) sikit-sikit. Kalau tidak asyik telan ikan selar bakar sama kuah sayur sawi putih sahaja. Lepas itu sarapan kuih apam atau roti bakar kosong sahaja. Sekarang ini dah mula makan biskut coklat, roti bakar sapu marjerin dan biskut weetameal. Ok itu sahajalah buat masa ini. Rasa dah cukup variety dah. Lagipun dah tak lama dah. 14 hari sahaja lagi.

Cuma sebagai ibu menyusu memang kena pantang banyak jenis makananlah sementara baby masih kecil. Bolehlah nak cuba makanan tapi kena check sama ada baby boleh terima atau alergi dengan sesetengah makanan. Makanan yang berangin memang eloklah elak dulu awal-awal ini. Masa Emir dulu tak ingat pula bila saya mula makan makanan yang boleh jadi punca angin. Tapi, teh dan kopi memang teruskan pantang sampailah Emir berhenti menyusu. Kadang-kadang teh tarik tu minum jugalah bila teringin. Hehe..

Dah berniat nak menyusukan Aina sehingga usia dia 2 tahun sekurang-kurangnya. Harap dapat bagi secukupnya dan tak perlu nak beli susu formula selama 2 tahun. Mahal tu susu formula. Emir punya belanja untuk susu bulananpun RM150 - RM200. Bergantung kepada Emir juga. Kadang-kadang dia kuat menyusu. Kadang-kadang kurang minta susu. Itu baru susu, belum lagi belanja untuk yuran taska, pampers dan lain-lain keperluan Emir. Sekarang akan bertambah lagi seorang. Belanjapun akan jadi double. So, kena belajar jimatlah. Mama punya kehendak kena hold. No more makan sedap during lunch break. No more shopping. Beli yang perlu sahaja. Kena utamakan barang anak-anaklah.

Baju menyusupun dah ada. In sha Allah cukuplah apa yang ada kot. Kena punggah semula baju-baju menyusu yang dah disimpan manakala baju-baju yang tak mesra menyusu kenalah simpan. Tunggu 2 tahun lagi baru boleh pakai semula termasuklah baju kelawar. Masa mengandung memang pulun pakai baju kelawar tu sebab tahu bila dah bersalin nanti, tak akan pakai dah. Pam Susu dan aksesori masih ada lagi. Cuma kena belanja untuk breast pad dan juga milk storage sahajalah lepas ini.

Sekarang ini dok pening pasal macam mana nak simpan susu perahan sahaja. Deep Freezer paling murahpun dalam RM700++. Rasa macam dah tak sesuai nak menyimpan susu perahan di peti ais mak mertua. Sebab, sekarag inipun peti itu selalu penuh. Dulu mak mertua masih bekerja. So, peti ais tak berapa ada bahan makananlah. Sekarang mak mertua dah bersara. Lepas itu dok jaga mak dia (nenek suami/ moyang Emir & Aina). Hari-hari masak pagi - tengahari - petang - malam. Susu perahan di Puchong inipun dah banyak. Takkan nak tinggal di Puchong kan. Pening pula kepala ini memikirkan masalah negara ini. Semoga Allah memudahkan urusanku yang satu ini. Ada tak idea mana nak cari deep freezer murah-murah ye?




Tuesday, October 7, 2014

Hari ke 25

Bila menunggu ini memang rasa macam lambat sahaja masa berlalu. Hari ini baru masuk hari ke 25 berpantang. Lama lagi nak habis pantang ni. Minggu depan nak kena pergi check up Aina sebulan. Harap-harap selsemanya hilanglah dan dia boleh diberi injection. Kalau tak, nak kena tunggu next appointment baru boleh cucuk lagi. Malaslah nak ke Klinik Kesihatan banyak kali. Mesti nak kena tunggu lama di klinik nanti.

Hari tu masa pergi check demam kuning Ainapun lama juga. Walaupun klinik mengutamakan urusan baby yang demam kuning ni sejam jugalah urusan. Kalau check up biasa mesti ramai dan ambil masa. Dah lah appointment pukul 8 pagi. Kena bangun pukul 7.30 pagilah untuk bawa Aina pergi klinik nanti. Mamanyapun akan diperiksa juga nanti kalau tak silaplah. Kalau tak check pun tak ada kot. Tak ada masalah rasanya.

Dulu, masa anak 1st suami yang temankan ke klinik. Sebab 1st time kan. Lagipun masa itu Tok Ayah masih lagi bekerja (belum pencen). So, suami kena ambil cuti untuk bawa kami ke klinik. Lepas itu, kami balik bermalam di Selayang kalau tak silap. Mak mertua masak lauk berpantang. Memang sedaplah kalau nak banding dengan lauk berpantang di Puchong yang super simple. Tak ada rempah ratus bagai. Hari-hari ikan selar bakar dan sup sayur sawi putih sahaja.

Tulisan saya sepanjang berpantang ini sekadar nak mengimbau kenangan sepanjang berpantang 1st dulu dan juga mencoret aktiviti sepanjang berpantang kali ke 2 ini buat kenang-kenangan. Rasanya masa berpantang anak 1st saya jarang update dalam blog. Rasanyalah. Lupa dah sebab dah lama kan. Lebih 2 tahun yang lepas. Kali ini punya pantang saya dah tahu nak ambil tukang urut mana dan dah tahu nak hantar anak-anak ke mana bila masuk kerja nanti.

Tapi, yang susah hatinya ialah macam mana nak manage perbelanjaan bila dah mula bekerja semula nanti. Memang seboleh-bolehnya nak berjimat-cermatlah. Perbelanjaan makan semasa kerja perlu dikurangkan. Ingat nak beli nasi lemak/bihun/nasi berlauk etc setiap pagi buat makan tengahari. Lepas itu, pagi bolehlah makan roti/biskut cicah milo. Tengahari memang kena elak pergi jalan-jalan ke OU. Kalau tidak, memang habislah duit.

Kalau makan di OU paling murahpun RM6. Minum memang tak hadaplah. Rela minum air di office sahaja. Nasib baiklah di pantry ada milo. Kalau tak, memang tak merasa minuman sedap sebab selain itu yang ada hanyalah teh, kopi dan nescafe. Semua itu adalah pantang bagi saya yang berniat nak menyusukan anak sehingga 2 tahun. Harap kali ini berjaya untuk menyusukan Aina sehingga 2 tahun. Emir hanya sempat sampai 1 tahun 10 bulan sahaja. Lepas itu, memang saya tak beri dan diapun tak minta.

Ok lah, setakat itu sahajalah bebelan panjang saya kali ini. Esok-esok saya bebel lagi ye. Bai!




Sunday, October 5, 2014

Hari ini hari raya

Salam korang..

Hari ini hari raya tapi saya pula tak berapa nak beraya sakan. Baby pun macam tu. Dah namanyapun baby kan. Kerjanya hanya tidur. Bangunpun sebab nak sedu ataupun nak berak. Kalau setakat buang air kecil tu, dia tak sedarpun. Tahu- tahu dah penuh pampers.

Hari ni menu raya di rumah mak saya ni ialah laksam kelantan, ketupat segera dan juga rendang daging. Abang ipar terajin pula masak ayam masak kicap. Tu menu raya tapi bagi saya yang tak beraya ni makanlah lauk ikan selar bakar sama kuah sayur sawi putih. Hari- hari menu sama. Ikan tu sedap tapi kuah rasa tawar sahaja. Maklumlah dah 23 hari mengadap lauk serupa. Mana tak muaknya. Ingat bila dah masuk 30 hari nanti nak request ikan tu digoreng lah. Lepastu tambah rencah ikan bilis dalam kuah sayur. Baru berselera sikit nak makan.

First time beraya tanpa Emir dan babahnya. Kali ini berkorban sikitlah. Biar meriah sikit rumah di Selayang tu walaupun sepatutnyaa raya haji tahun ni patutnya giliran puchong. Hari tu raya puasa sakan di Kedah kan. Saya masih lagi tak mampu nak bermalam di Selayang. Nak naik tangga tu yang azab. Risau sebab masih awal lagi kan. Walaupun dah lebih 20 hari dan jahitanpun tak besar tapi baik berhati- hati. Biar betul- betul sembuh dalam tempoh berpantang ni. At least kena lepas 30 hari lah kan.

Ok lah. Setakat itu sahajalah update saya untuk hari ni. Belanja 1 gambar selfie babah dan Emir beraya di Selayang.  K bai..

Saturday, October 4, 2014

Selamat Hari Raya AidilAdha

Salam semua..

Hari ini 9 Zulhijjah.. Mesti ramai yang berpuasa wukuf di Arafah kan. Saya pula tak boleh berpuasa hari ini. Masih dalam pantang hari ke 22. Esok pula hari raya tapi saya masih belum boleh beraya. Saya dijangka akan beraya pada 26hb nanti. Hari ini baru 4hb. Lama lagi tu. Harap bersabar. Makan memang saya puasa tapi bab-bab online shopping tak dapeklah nak puasa. Adalah saya shopping beberapa barang keperluan secara online.

Barang pertama saya beli dalam usaha untuk meredakan demam kuning Aina ialah minuman Umma Lacto. Semalam kira hari terakhir saya minum Umma Lacto. Ada 10 sachet je pun. Rasanya memang sedap. Saya campur dengan Horlicks. Buat sarapan pagi. Alhamdulillah, menjelang hari ke 3 minum susu itu, bila check darah Aina dah turun daripada 8.5 kepada 6.4. Doktor cakap dah tak perlu follow up check darah lagi. Tapi, saya tetap teruskan minum sampailah habis. Biar Aina betul-betul sembuh daripada demam kuning tu.

Barang ke 2 saya beli ialah baby wipes. Baby Wipes tu ada diskaun. Beli 6 pek x 80 tisu setiap pek hanya RM31. Harga termasuk postage pula tu. Lagipun baby wipes Ainapun dah hampir kehabisan masa tu. So, terpaksalah online shopping. Barang ke 3 saya beli ialah pallazo dan juga jubah nursing. Dan juga coklat TMS (barang ke 4) untuk banyakkan susu. Hajat di hati nak mula consume bila kerja. Biasalah kan bila kerja ni stress. So, eloklah saya makan coklat tu supaya susu tak merudum.

Barang ke 5 pula ialah coklat switzerland. RM6 je daripada harga asal RM12. Tapi yang ni kena pick up di One Utama. Tak apalah. Kena curi masa pergi sanalah. Pastinya weekdays lepas habis pantang.

Oklah, ada lagi barang tapi baby Aina nangis pula. Ok bai!

Friday, October 3, 2014

Hari yang ke 21

Salam semua..

Alhamdulillah..dah 21 hari saya berpantang. Bermaksud lagi 23 hari lagi masa untuk berpantang. Fuhhhh..lama lagi tu. Dalam 3 weeks plus lagi kalau dikira dalam minggu. Bermakna usia Ainapun dah 21 hari bersamaan 3 minggu. Setakat ini Aina memang kuat tidur. Masa bangunnya dalam sehari lebih kurang 4 jam sahaja. Betul cakap nurse, baby ini hanya bangun 4 jam sahaja sehari. Tak tahulah sampai bila pula dia akan macam ini dan bila dia akan tukar pattern. Sementara saya masih belum betul-betul sihat dan masih berpantang, eloklah dia begitu. Lagi pula nak melayan si abang Emir. Kasihan pada abang Emir kadang-kadang sebab macam kurang kasih sayang sahaja.

Tapi, abang Emir dah belajar menerima adik sedikit demi sedikit. Dia dah tak menjerit tiba-tiba lagi. Dia dah tak kacau adik dia lagi dah. Cuma dia memang tak nak langsung dekat dengan adik dia ni. Belum boleh berbaik dengan adiknyalah. Tapi, malam-malam nak tidur dekat dengan adik. Risaulah juga sebab tangan dia asyik nak sentuh kat adik. Bukan sentuhan lembut tu ye. Sebab dia kan tak reti lagi. Saya biar sahaja tapi memantau takut terpenyek kepala adik dia nanti. Kaki pula asyik nak kuis bantal tolak-tolak ke ke arah adik dia. Saya tak bagi takut lemas pula adik dia sebab sasaran dia pada muka dan kepala adik. Huhu.

Kitaran tidur abang Emir pula yang tak betul sekarang ini. Tidur paling awal pukul 12. (itupun sebab dia langsung tak tidur siang). Selalunya dia akan tidur antara pukul 1 hingga 4 pagi. Bangun pula pukul 10 pagi. Alahai anak mama. Macam mana nak tune balik bila nak kena ke taska bulan 11 nanti. Mamapun tak sure macam mana. Tapi plannya bila balik ke Selayang, memang akan hantar Emir pergi taska. Plan nak balik ke Selayang minggu terakhir sebelum mula kerja semula.


Ok lah. Dah ada anak buah beratur untuk guna PC ni. Bai!

Thursday, October 2, 2014

Oct Promo Shaklee ESP & Meal Shakes

Salam..

Sempena bulan 10 iaitu bulan.berpantang saya. Ada promosi ESP Shaklee dan Meal Shake Shaklee. Hari tu masa lepas bersalin, saya memang bawa botol2 vitamin Shaklee untuk diamalkan semasa berpantang. Ada sekali tu doktor datang dengan nurse. So, doktorpun tanya apa bagusnya Shaklee ni?

Haa..yang bestnya tukang menjawab bukan saya tapi cik puan nurse tu. Dia kata ramai ibu- ibu yang amalkan ESP dan Alfalfa untuk memperbanyakkan susu badan. Waahh.. Agaknya kalau nurse tu jadi agen mesti masyuk kan. Leh promote kat ibu-ibu selepas bersalin. Lagipun ESP ni memang bagus untuk dalaman mahupun luaran. Membekalkan tenaga segera untuk ibu- ibu yang cepat letih dan penat selepas bersalin disebabkan proses meneran dan juga kehilangan banyak darah. ESP ni bagus juga untuk kulit. Memudarkan parut dan mencantikkan kulit. Banyaknya kelebihan ESP ni kan. Bulan ini ada promo Beli 6 Free 1. Apa lagi jom grab sekarang juga.

Meal Shake pula bagus untuk dibuat sarapan. Pengganti sarapan atau any meal bagi yang selalu tak sempat nak makan. Hanya shake dengan air kegemaran dan minum. Menu mudah dan sedap. Rasanya macam aiskrim vanilla tu. Kalau nak buat Ice Blended pun boleh tau. Meal Shake ni popular di kalangan orang yang kurus sangat. Nak bagi berat badan jadi ideal. Kanak2 yang picky eater,   yang selalu batuk, selsema dan demam2. Juga sesuai untuk mereka2 yang nak kekal sihay dan cergas tapi tak suka nak telan pil. Bulan ni promo Meal Shake memang terlajak murah. Beli 3 Free 1. Tak pernah2 Shaklee buat promo sebegini tau. Ini pertama kali. Baik grab terus 4 canister dengan harga 3 canister. Bulan ini sahaja tau. Lepas ini tak dapat dah.

Hubungi saya Afzan di 012.372.8374 kalau berminat. Konsultasi dan cara makan hanya ekslusif untuk pelanggan sahaja yea. Thanks.

Saturday, September 27, 2014

2nd child : Sambungan

Salam korang.

Hari tu saya ada update pasal kelahiran anak ke 2 kan. Tapi yang tu boleh dikatakan sebagai Entry Intro.
Yang ni kira part 1 la ye. Kisahnya bermula selepas balik dari join program CSR company pada hari sabtu (6hb Sept). Malam itu saya rasa tak selesa untuk tidur. Selalu terbangun. Bila terbangun tu rasa perut sakit. Tapi sekejap sahaja dan lepas itu saya tidur semula. Siang memang tak ada masalah. Esokannyapun macam itu juga. Bila tiba hari Isnin,sayapun MC. Pergi klinik untuk mendapatkan konsultasi doktor sebab memang setiap malam perut sakit. Tapi doktor kata mungkin esok bersalin. Jadi, sayapun balik. Siap pergi ukur tanah lagi di shopping mall depan rumah supaya mudah bersalin.

Esokannya masih belum ada tanda-tanda besar nak bersalin. Tapi disebabkan rasa dah tak larat nak bawa perut untuk drive pergi kerja, saya minta cuti maternity leave awal. Dengan harapan janganlah dia keluar lambat pula kan. Memang tiap kali solat berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin. Hari rabu malam mak mertua dah pulang dari London. Khamis itu, kakak ipar dan anaknya Icha datang rumah nak jumpa mak mertua. Maklumlah sebulan tak jumpa. Mak mertua cakap, nampak kat muka masih lagi segar dan tapi nampak perut dah sarat. Muka belum ada tanda nak bersalinlah. Pasrah sahajalah. Esokannya google di internet pasal air selusuh. Ohh..seminggu sebelum due boleh dah buat air selusuh dan dibuat minum. Memang jumaat tu (12hb Sept) genap seminggu sebelum due date. Jadi sayapun minumlah air selusuh tu.

Menjelang 13hb Sept (awal pagi sabtu) saya dah mula tak dapat tidur lepas pukul 1 pagi. Memang contraction dah makin kerap. Tapi, sempat jugalah lelap sekejap-sekejap. Tapi, bila dah lepas subuh langsung tak boleh nak lelap. Contraction makin kerap. Rasanya setiap 5-6 minit contraction datang.
Pukul 9 pagi sempat lagi bersarapan nasi lemak lauk kerang. Suapkan Emir sikit. Tapi, memang tak larat nak habiskan. Hanya mampu menelan beberapa suap. Ingat nak ke klinik dulu tapi bila call Dr. Khaizan tak sihat pula. Jadi, saya dan suami terus ke Hospital Selayang. Pukul 10 pagi, doktor check bukaan. Bukaan dah penuh rupanya masa tu. Terus dorang tolak ke Labour Room.

Sampai di Labour Room, kena tukar baju dulu, tunggu suami yang sedang bayar registration di kaunter bawah. Lepas itu tunggu doktor (mulanya saya ingatkan Dr. Roslan yang akan datang. Rupanya Doktor Norehan. Alhamdulillah dapat deliver dengan doktor perempuan. Walaupun doktor tu garang,tak kisahlah kan. Alhamdulillah, processnya sekejap sahaja. Lepas meneran kali ke 2, babypun keluar. Kelahiran kedua dorang tak gunting. So, koyakannya sedikit sahaja. Dulu masa Emir memang kena jahit 5. Anak ke 2 ni kena 2 jahitan sahaja. Semoga cepatlah luka ini baik.

Doktor tunjuk baby dan tanya apa jantina anak?. Perempuan. Alhamdulillah, kami dah ada sepasang anak. Tak sia-sia terlalu yakin beli barang baby semuanya pinkish. Botol susu, kelambu, baju, towel, kain bedung dan lain-lain keperluan kebanyakannya pink. Masa mengandung dulu scan 2D sahaja sebanyak 3 kali. Masa usia baby 4 bulan dan juga 5/6 bulan sahaja nampak. Bila buat scan kali ketiga baby dah kepit. Tak nampak sudah. Tapi, selama mengandung memang kebanyakkannya meneka anak perempuan.

Lepas itu baby diletakkan di dada saya. Saya cuba nak breastfeed tapi baby macam tak nak. Tak lapar kot. Suamipun azan dan iqamatkan dia. Lepas itu baby pun di ambil untuk dicuci. Suami pula turun semula ke kaunter untuk bayar deposit. Tak lama selepas itu, tiba-tiba kecoh. Sebab macam ada darah tersumbat dalam rahim saya. Cara doktor tu bersihkan memang kasar. Sabar sahajalah menahan kesakitan. Tapi, kalau lembutpun caranya tak boleh juga. Takut ada darah yang tertinggal dalam rahim kan. Bahaya kot. Bila dah lepas kena cuci tu barulah lega sikit. Kalau tidak, asyik rasa macam contraction nak bersalin lagi sahaja.

Lepas semuanya selesai, sayapun diminta menukar pakaian. Menggunakan kerusi roda, saya di tolak ke wad. Wad kali ini di tingkat 11. Bilik single tapi yang tak bestnya tak ada button untuk panggil nurse. Aalahai..tak best sungguh. Kalau nak panggil, kena keluar juga. Dah lah suami dah tak boleh temankan sebab suami kenalah balik temankan anak sulung kami di rumah. So, tidur malam bertemankan baby sahajalah. Nasib baik 1 malam sahaja. Baby memang tak ada masalah untuk kencing dan berak. Jadi, berharaplah pagi-pagi dah boleh discharge. Tapi, doktor kanak-kanak hanya datang check baby pukul 5.30 petang - 6 petang. Sudahnya,maghrib baru boleh discharge. Singgah dahulu di rumah mak mertua untuk ambil barang. Suami makan malam dahulu dengan keluarga mertua. Nasib baik saya dah makan di hospital tadi.

Lepas itu, kami bertolak ke Puchong. Berpantanglah saya di Puchong. Plan asalnya, Emir tinggal dengan babah dahulu sementara mama nak pulih. Tapi, tak jadi pula sebab babahnya sibuk. Takut tak sempat nak jemput Emir di taska. Maka, jadi supermom lah saya. Nasib baiklah ramai yang ada di rumah parent ni. Bolehlah menolong. Makanpun tak ada masalah. Ada kakak yang dah berpantang awal 3 minggu. Dia dah cergas sedikitlah berbanding saya. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkanNya.

Oklah, sekian dahulu entry saya. Nanti saya up pasal anak kedua saya pula. Nanti tu tak tahu bilalah. Kalau boleh tak nak show off sangat dia masa berpantang ini. Tunggu habis pantanglah baru tunjuk, boleh? Ok,bai!

Thursday, September 25, 2014

Pengalaman Berpantang dengan Baby 2 tahun | Umma Lacto

Salam korang.

Bila dah jadi mommy kepada baby kecil buat kali kedua ni. Memang berhasrat nak fully breastfeed anak sampai 2 tahun. Lepas ini memang plan nak ada anak baru lambat sikit. Kalau boleh paling awal mengandungpun bila my 2nd baby ni dah masuk 3 tahun.

Pengalaman berpantang dengan anak yang baru masuk 2 tahun 4 bulan ni agak mencabar lagi- lagi bila dia belum pandai bercakap. Kena layan dia macam baby juga. Kesian juga kadang- kadang bila tak dapat nak layan dia bila tengah menyusu/menguruskan adiknya. Haaa...sabar itu penting bila dia mula rasa terpinggir. Mula pandai mencari perhatian dengan cara menangis/menjerit/memanjat sana- sini/ berebut barang dengan anak buah yang lain.

Sampai hari ini iaitu usia adik dah masuk 13 haripun dia masih tak boleh terima kehadiran adiknya ini. Alahai anakku. Tapi alhamdulillah dia tak kacau adik diapun. Cuma bila kita nak suruh dia datang cium/ tengok adik, dia buat tak endah.
Dah dekat 2 minggu tak pergi taska. Tidur malam lewat. Lepas jam 12 baru masuk tidur. Bangunpun lewat. Biasanya pukul 10 ke 11 pagi baru bangun. Pagi tadi sahaja awal sikit. Pukul 9 dah bangun.

Ok lah. Tu je nak ngomel hari ni. Anak ke 2 ni kena kuning. So, mencarilah cara- cara nak hilangkan kuning ni. Antaranya minum susu kambing dan jemur di awal pagi. Oleh kerana stok susu kambing dah kehabisan. Carilah kat onlineshop. Saya mencuba Umma Lacto 1 pek. Selain nak kurangkan kuning,  saya juga berhasrat nak banyakkan susu.  Alhamdulillah, kuning dah makin kurang. Harap esok check up di KK bacaannya normal. Aminn..

Umma Lacto ni memang bagus tapi harganya mahal sikit. So,nak beli selalu tak mampu. Lepas ni minum sahajalah Horlicks atau Vico. Milo boikot beli sahaja. Still lagi minum sebab kat umah mak ni still beli milo. Di tempat kerjapun ada milo di pantry. Eh..eh..termengomel lagi pula. Sorry and bai..

SweetMuslimah : Dah lama usyar baju dia. Memang cun!

Salam korang..

Mood tengah berpantang beginilah. Sibuk sahaja online cari jubah/blaus menyusu. Banyak juga kedai online yang menawarkan baju-baju muslimah untuk menyusu. Tertarik dengan butik SweetMuslimah. Dah lama dah saya usyar siap like page dia di facebook. Tengok pada sambutan dan testimoni pelanggan memang positif. Saya pernah beli dan memang terbaiklah cara belipun mudah. Barangpun cepat sampai. Kualiti memang bagus dan yang penting mengikut syarak.

Jom usyar sikit baju-baju yang sesuai untuk menyusu. Kalau berminat just klik sahaja pada gambar baju tersebut. Korang akan di bawa terus ke page baju tersebut. Kalau berkenan beli sahajalah kan. Hehe..

Paling berkenan yang ni lah. Dah lah V-cut di leher. Lepas itu senang nak menyusu. Just buka sahaja zip tu. Selalu kan pakai butang. Leceh sikitlah nak buka butang satu-satu kan. Yang ni memang best.

Baju Muslimah 

Yang ini pun untuk menyusu juga sebab boleh buka butang tu kan. Tapi as I said, leceh sikit sebab kena buka butang satu-satu. Tapi berkenanlah dengan yang warna hijau tu. Cunnn....
Baju Muslimah 


  Baju Muslimah 

Apa lagi ditunggu, klik sahaja pada gambar baju yang korang berkenan. Kalau berminat, bolehlah beli. Beli online sahaja. Ok. Tu sahaja nak update kali ini. Bai!

Sunday, September 14, 2014

2nd child

Salam semua.
Alhamdulillah syukur. Saya selamat melahirkan anak perempuan pada hari sabtu, 13.09.2014. Syukur kerana dipermudahkan segala urusan kelahiran di hospital.

Mula sakit sejak tengah malam membawa ke awal pagi. Lepas subuh baru yakin yang saya memang dah sakit nak bersalin. Bertahan lagi sampai pukul 9 pagi. Sarapan nasi lemak lauk sambal kerang. Pukul 9.30 baru pergi hospital. Emir tinggal di rumah. Alahai rindu pula anak bujang tu. 2 hari dah tak jumpa.

Sampai di hospital terus register di Dewan Bersalin. Lepas ITU terus check contraction Dan bukaan rahim. Rupanya day bukaan penuh dah. Baby dah ready until keluar. Terus diorang tolak saya ke Labour Room. Dalam labour room, dorang check lagi sekali. Bila Suami says masuk dan semua dah ready, sayapun disuruh teran bila ada contraction.

Alhamdulillah. Tiga kali teran dalam 1 contraction, baby pun keluar. Mula2 kepala duly keluar. Lepas itu saya diminta teran sekali lagi untuk keluarkan badan pula. Lepas itu uri pula keluar. Alhamdulillah tapi segalanya belum lagi berakhir. Kena jahit pula. Saya kena 2 jahitan. Sikit kali ini sebab tak kena gunting. Dulu masa Emir kena 5 jahitan juga. Fuhhh..

OK. Nanti update lagi. Bai

Friday, September 12, 2014

Resepi Mudah : Ayam Kalio

Salam semua.

Hari ni nak kongsi resepi senang nak masak ayam. Haa...sekali cuba pasti nak lagi. Mudah dan sedap gitu.

Bahan utama

  • 500 gm ayam dipotong kecil
  • 300 ml santan pekat
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 3 helai daun limau purut disiat
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2cm kunyit

Cara memasak

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan santan dalam kuali. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih dan empuk.
  3. Maukkan asam gelugur, daun limau purut dalam kuali. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Persakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga masak.
  5. Angkat dan hidangkan.
 Kan dah cakap, memang mudah sahaja nak buat kan. Bahan-bahanpun tak susah dicari. Hanya 5 step sahaja diperlukan. Apa lagi bolehlah dicuba sekarang.

Thursday, September 11, 2014

Boikot McD : Buat Daging Burger Sendiri : Resepi Mudah

Salam korang..

Ha.. masih boikot McD tak? Jangan hangat-hangat tahik ayam sahaja tahu. Oleh kerana tak nak makan burger McD maka sayapun carilah dalam buku-buku lama dan terjumpa satu resepi mudah untuk buat daging burger. Siap bersalut Oat gitu. Kira menu berkhasiatlah ni kan. Jom saya share cara-car nak buat ok.

Burger Daging Bersalut Oat

Bahan-Bahan

Bahan A
  • 500gm daging kisar (semestinya jenama Ramly)
  • 1/2 labu bawang besar dicincang
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Gram secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan B
  • 60 gm oat
  • 60 gm serbuk roti
  • 1 biji telur

Cara-cara membuatnya

  1. Satukan Bahan A ke dalam mangkuk dan diuli sehingga sebati.
  2. Kemudian, bulatkan adunan mengikut saiz dikehendaki dan leperkan.
  3. Celupkan ke dalam adunan telur yang telah dipukul kembang.
  4. Salutkan pula denga nserbuk roti dan rolled oat. Ulang sehingga adunan habis.
  5. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng hingga masak sempurna.
  6. Hidangkan bersaam roti burger, sayur salad dan juga sos/mayonis kegemaran.
  7. nyummih..dah boleh makan.

Nampak macam mudah dan sedap kan. Jomlah cuba sendiri. Ok bai!

Wednesday, September 10, 2014

Resepi untuk Si Kecil : Kentang Wedges bersalut Coklat

Salam..
Dok pening kepala sebab anak susah nak makan? Ha...jom cuba resepi best ini. Kentang ada coklat. Mesti anak-anak suka kan.

Bahan-Bahan

  • 3 biji ubi kentang - dibersihkan dan dipotong macam wedges
  • 120 gm tepung penkek
  • 200 gm coklat masakan
  • 250 ml susu Full Cream
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan susu Full Cream bersama telur dan garam. Pukul hingga sebati.
  2. Celup ubi kentang ke dalam adunan tadi. Sebatikan.
  3. Seterusnya, salut pula ubi kentang dengan tepung penkek. Lakukan sehingga kentang habis.
  4. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  5. Setelah itu celup ubi kentang ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.
  6. Akhir sekali, hiaskan mengikut kreativiti.
  7. Sedia unyuk dinikmati.
Anak-anak bila makin membesar memang cenderung untuk tidak makan. Selalunya hanya berselera dengan junk food yang kurang berkhasiat. Untuk menampung keperluan nutrisi anak-anak, saya cadangkan berikan anak kita Meal Shake keluaran Shaklee. In sha Allah banyak manfaatnya kepada anak-anak lagi-lagi yang kurang selera makan, tidak aktif dan juga yang selalu mengalami sembelit.
Apa lagi di tunggu, bulan ini ada promosi hebat. Beli 3 Meal Shakes Percuma 1 Meal Shakes. Boleh jimat banyak tau. Ok bai!

Tuesday, September 9, 2014

Resepi Mudah : Roti Tisu

Salam..
Siapa suka Roti Tisu? Selalu di kedai mamak ada roti canai jenis ni. Saya memang gemar order roti ni bila ke kedai mamak. Tapi sajak mengandung anak kedua ni macam tak minat pula ke kedai mamak. Selera lebih kepada masakan melayu dan  western gitu. Kek, coklat, biskut tu memang selalu di bawa. Makanan yang berkeju. Tapi lepas ini mesti saya akan cari gak. Belek-belek majalah Dara terjumpa pula resepi mudah buat Roti Tisu ini. Moh le kita cuba yok..

Bahan-bahan

  • 2 sudu marjerin.
  • 2 sudu gula.
  • 50 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu garam
  • 1 sudu susu pekat manis
  • 1/2 sudu telur
  • 1/2 sudu minyak masak.

  1. Masukkan semua bahan ke ke dalam bekas uli (kecuali susu pekat dan gula)
  2. Uli semua bahan tersebut sehingga adunan lembut.
  3. Tebarkan secara membesar (yang ni kena pandai2 la cara nak tebar roti canai. haha..)
  4. Letakkan atas kuali leper yang cukup panas. Masak sehingga garing.
  5. Kemudian potong sedikit helaian roti dari tengah hingga ke luar ( 1 jejari la orang kata..)
  6. Seterusnya tarik bahagia yang dipotong dan gulung membentuk kon.
  7. tuang susu pekt di atas kon dan taburkan gula di atasnya. 
  8. Sedia untuk dihidangkan.
Cpeat cuba tahu. Lepas cuba beritahu saya hasilnya. Ok bai!

Foto ehsan daripada google ye.

Erm, risau kolestrol tinggi? Jangan risau. Dapatkan daripada saya produk Shaklee terbaru iaitu Phytocol ST. Merupakan Cholestrol Blocker. Ia berfungi menghalang kolestrol daripada makanan diserap tubuh kita dan akan terus dicerna keluar melalui proses perkumuhan badan. Orang kata serupa macam tak makan kolestrol lah. Kolestrol hanya singgah dalam badan. Hubungi saya kalau berminat ye.

Sunday, September 7, 2014

Towards 39 Minggu..

Salam..

Hari ni kalau dikira dah 38 minggu plus. Khamis nanti baru masuk 39 minggu. Lately memang Ada rasa sakit perut. Tapi dia tak datang kerap pun. Dan sakitnya lama bukan sekejap-sekejap. Jadi rasanya belum tiba lagi masanya. Beg baby yang dah saya masukkan barang tak Ada pula. Rasanya macam tak lengkap lagi. Barang mandian tak ada. Mungkin Suami dah masukkan dalam kereta.

Hari ni tak ada daya nak masak. Hanya mencuci pakaian sahaja. Perut ni rasa besar sangat. Dan asyik keras sahaja. Tapi tak rasa macam nak bersalin. Berdoa tak putus agar mudah bersalin. Macam masa Emir dulu. Tapi memang terasa dugaan mengandung Kali ini memang hebat. Hanya Allah yang tahu dan hanya kepadaNya tempat kumengadu dan berserah. Kawan-kawan tolong doakan urusan melahirkan Anak ini dipermudahkan.bai..

Sunday, August 31, 2014

Selamat Hari Merdeka ke 57

Alhamdulillah..

Dah 57 negara kita merdeka. Dan berharap dan berdoa kita akan terus menikmati kemerdekaan ini selama-lamanya. Bersyukur dilahirkan dalam negara yang sedia aman dan dalam masa yang sama tetap bersedih dan mendoakan yang terbaik buat saudara-saudara seagama yang masih berperang dan belum merdeka.

Semalam tak pergi ke mana-manapun. Dah pasti jalan-jalan raya sesak. Dah lah malam ambang kemerdekaan. Di tambah pula cuti hujung minggu kali ini 3 hari. Mesti ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti ataupun balik kampung. Layan dokumentari MRT sebelum terus masuk tidur. Esokan paginya layan di TV sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Ayah memang layan sampai tak peduli benda lain dah. Tahun ini pertama kali ayah tak menyambut Hari Merdeka di Dataran Merdeka. Kalau tidak, tiap-tiap tahun ayah akan bertugas di sana. Ayah dahpun pencen daripada tugas sebagai penguatkuasa DBKL.

Lepas itu pergi jalan-jalan cari pasal di Setia Alam. Hajat asal nak pergi kedai LittleWhizz je untuk beli puting Tommie Tippee buat anak buah yang baru lahir. Tapi, lepas itu singgah jalan-jalan di Setia City Mall. Sempat pergi makan kek di Secret Recipe. Tiba-tiba teringin nak makan kek pula kan. Jalan-jalan dengan perut ada baby 37 minggu ini bukanlah seronok sangat. Tak larat nak bawa perut tapi husband menggalakkan saya banyak berjalan supaya mudah bersalin nanti. Ikutkan sahajalah walaupun tak berapa larat.

Appointment di Hospital : Part 2

Salam..

Alhamdulillah, appointment dengan hospital berjalan lancar. Masa timbang berat badan di Klinik Dr. Khaizan lain. Bila timbang di hospital, hilang pula 1 kg. Penimbang tak betul ke apa tak tahulah. Urine test ok, Blood pressure pun normal. Ujian ultrasound pun ok. Baby dah turun ke bawah. Air ketubanpun dah matang kata doktor. Tunggu masa sahaja katanya. Appointment seterusnya 2 minggu lagi. Itupun kalau baby tak keluar lagi lah. Sekarang ni saya tengah tunggu result ujian darah. Nak tahu HB ok ke tak?.

Doktor kata kalau result darah tak ok, dia akan bagi tahu terus khamis/jumaat. Tapi hari ini dah ahadpun result tak diberitahu. Hopefully, result HB saya ok. Yang bestnya ada suprise pula husband saya buat. Tiba-tiba dia muncul di hospital masa saya tengah tunggu giliran mendaftar. Alhamdulillah syukur suami datang nak teman. Rupanya dia ambil cuti separuh hari. Dia nak pergi redeem ambil hadiah di office insurance company nya. Alhamdulillah dapatlah Ipad Air sebiji.

Lepas dah settle redeem hadiah, kamipun pergi makan tengahari di Subway. Masa tu dah pukul 4.30 petang dah. Lambat pula lunch kami. Lepas itu berkejarlah kami balik ke Selayang. Kalau lambat nanti jalan jem. Alhamdulillah selamat gak sampai taska untuk ambil Emir pukul 5.30 petang. Awal 1 jam ambil Emir. Kami sampai di rumah pukul 6 petang. Yeah, another 1 day to work before long weekend. (3 hari cuti gitu).

Ok lah. Itu sahajalah update saya buat masa ini. Bai!

Thursday, August 28, 2014

Appointment di Hospital.

Salam..

Hari ni Ada appointment di Hospital Selayang. Tengah tunggu giliran ni. Kaunter pula pukul 2 baru buka.
Sampai tadipun pukul 1.10. Kill time dengan ngadap handphone.

Boring sebab Suami dan anak tak dapat nak temankan. Tu yang install blogger dan terus update blog. Will keep update status lepas jumpa doktor. Ok bai.

Friday, August 22, 2014

Hidup tanpa Smartphone

Salam korang..

Fuhhh..tak mampu dah nak menulis di blog kerap sebab banyak sangat komitmen. Ditambah pula sekarang ni saya dah tiada smartphone. Bukan hilang tapi rosak disebabkan terjatuh. Bukan anak yang baling atau campak pun tapi salah sendiri juga. Letak handphone di tempat yang tak stabil. Lepas tu jatuh.

Hari ni sehari tak ada samrtphone. Memang terasa sangat kehilangannya. Pagi-pagi tiada lagi bunyi alarm mengejutkan kami. Hampir terbangun lewat tadi. Nasib baik saya tersedar sendiri. Alhamdulillah Allah tolong kejutkan saya. Selalunya saya akan belek-belek Facebook, whatsapps, check gmail dan kadang-kadang kala utak duduk depan PC check email kerja melalui smartphone tu. Paling terasa bila balik kerja tu biasanya saya akan pasang bacaan surah Al Waqiah. So, sayapun baca bersama-sama sepanjang perjalanan balik.

Bila tak ada smartphone saya hilang petunjuk arah bila drive ke sesuatu tempat. Selalunya saya akan gunakan aplikasi Waze untuk mencari sesuatu tempat yang tak pernah saya pergi. Dan saya selalu juga buka Waze tu untuk check kenapa jalan sesak bila balik kerja. Selalunya jalan sesak disebabkan berlaku kemalangan atau ada road block. Kalau ia dapat dikesan lebih awal, boleh cari jalan alternatif. Hehe..

Bila balik rumah terus nak on PC untuk update blog, check gmail, dan juga skodeng Facebook. Sabar sahajalah kan. Kena ganti smartphone baru ni. Dapat yang murah-murah pun jadilah asalkan ada aplikasi Waze, Facebook,Whatsapp dan juga boleh install gmail.

Ok lah, itu sahaja nak update buat masa ini. Sekarang usia kangsungan dah masuk 36 minggu. Maksudnya bila-bila masa dari skearang saya dah sedia untuk melahirkan anak. Doakan segalanya dipermudahkan ye kawan-kawan. bai!

Saturday, August 9, 2014

Kantoi Result MGTT semasa Ramadhan

Salam semua.
Dah berkurun lamanya tak terupdate blog ni. Haha..macam la duk dalam dunia ni lama sangat sampai berkurun kan. Padahal baru sebulan dua je kan. Betul tak? Cerita puasapun dan lepas. Rayapun dah masuk hari ke 13. Alhamdulillah, tahun ini daapt puasa sebanyak yang boleh walaupun mengandung dah lebih 7 bulan. Cuma ada beberapa hari sahaja sangkut. Itupun disebabkan ujian MGTT ( Minum air gula buat ibu mengandung) yang secara kebetulan jatuh pada bulan puasa.

Dugaan datang bila keputusan MGTT tu tak normal. Tiba-tiba saya dapat juga tempias diabetes ketika mengandung. Masa 1st MGTT (usia kandungan 3 bulan) hari tu result OK. Tapi, sejak masuk bulan puasa ni lain pula. Sudahnya, kena buat repeat test selama 2 hari dalam bulan puasa juga. Kalau buat repeat test tu memang tak boleh nak berpuasalah. Saya syak ianya berpunca daripada amalan pemakanan di bulan puasa. Buka pausa minum air manis. Lepas itu kurang minum plain water. Makan kurma pula sampai 7 biji sekali hadap. Belum campur kuih muih lagi. So, lepas dapat result MGTT tu, kena mengawal dirilah. Buka puasa minum plain water sahaja. Kurmapun makan sebiji dua. Banyakkan minum air masak sepanjang malam sampai sahur. Alhamdulillah repeat test memang OK resultnya. Tapi once MGTT result not OK, Akan kena buat repeat test tu setiap 2 minggu sampailah bersalin nanti.

Saya perasan juga masa sebelum puasa itu, saya kurang minum air masa di office. Kerja banyak sangat sampai tak sempat nak pergi refill air. Terlupa nak minum air. Masalahnya, boleh pula pergi vending machine beli Air Jus Tropicana Twister tu kan. Masalah betul. Sejak akhir-akhir ini memang suka bebenar minum air manis-manis. Bila dah raya lagilah bahaya. Di mana-mana semuanya air-air manis, biskut raya manis, lauk-pauk manis dan desert yang manis. Tapi, kenalah kawal diri tu kan. Ambil dalam jumpah yang sedikit. Lagi satu sekarang ni kan musim biuh. Habis semua buah manis nak dimakan. Durian, rambutan, duku dan manggis menggamit selera sungguh. Makan jugalah. Tapi lepas itu  telanlah plain water banyak-banyak.

Cuti raya pula sampai 11 hari. Hari rabu masuk kerja terus mula berpuasa. Rasa dah terlalu banyak makan masa raya. Tu yang berazam untuk berpuasa juga. Lagipun kalau boleh nak ganti puasa sebelum bersalin. Sekarang tinggal 2 hari sahaja lagi yang perlu diganti. Minggu depan ada jamuan raya pula di office selama 4 hari. So, terpaksalah postpone puasa minggu seterusnya pula. Tak apa. Syawalpun masih lagi berbaki. Kalau sempat cukupkan 6 hari lagi bagus. Untung-untung dapat pahala puasa enam walaupun niat nak ganti puasa.

Oklah, setakat itu sahaja update saya kali ini. Buat ibu-ibu mengandung semua, mesti ramai juga yang sangkut MGTT result kalau buat masa puasa kan. Kakak saya bagitahu di KK Dengkil (kot?), masa bulan puasa hari tu, hampir semua ibu-ibu mengandung yang MGTT test result tak OK. Dia kata tak sampai 10 orang sahaja yang result OK. Fuuhhh..mesti disebabkan alasan yang sama macam saya juga kan.

Ok, bai!

Tuesday, July 1, 2014

Tips Berpuasa buat Ibu Hamil

Tips berpuasa buat ibu hamil di bulan Ramadhan..

Salam semua..

Alhamdulillah, berjaya juga berpuasa Ramadhan kali ini. Pada mulanay saya tak sangkapun mampu sebab mengandung kali ini memang rasa tak larat. Macam dah sarat sangat rasanya walaupun baru 7 bulan. Seingat-ingat saya dulu masa mengandung Emir memang cergas sahaja. Solat berdiripun memang tak ada masalah sampai dekat-dekat nak bersalin.

Malam semalam memang terpaksa solat duduk sebab kaki tiba-tiba rasa nak kejang. Mungkin workload sekarang yang banyak di tambah pula dengan jalan-jalan di bazar. Sejak kerja di tempat baru ni memang kerja tak terbuat. Maklumlah kerja 2 orang tapi buat seorang. Dah lah baru sebulan lebih sahaja kerja. Nak catch up dengan new job, new environment lagi, dengan new colleagues lagi. Kadang-kadang tu mengaruk sorang-sorang depan PC dek tak terkejarnya kerja. Dah lah bulan puasa ni balik awal sejam. Selalunya, lunch break pun duk di office. Lunch lite-lite sahaja depan PC tu. So, bila masuk Ramadhan ni kuranglah sejam masa kerja. Dah cakap pada boss, balik memang saya kena on time. Pergi kerja awal sedikit tak apa tapi balik memang tak boleh kacau. Melainkan dia sanggup nak bayarkan parking RM1 sejam dan juga OT Taska RM6 sejam. Haha..tak sanggupnya derrr... sebab boss pun balik awal.

Kan dah melalut ke laut dah entry ini. Saya sebenarnya nak share tips berpuasa buat ibu-ibu hamil seperti saya. Antaranya;

  1. Bangun sahur tau. Makan sahur selewat yang boleh sebelum masuk Subuh. Bersahur tu kenalah ada buah kurma dan juga air kosong. Makanlah makanan yang tinggi serat seperti oat dan juga memberi effect kenyang yang lama. Macam saya wajib makan Nasi ataupu Roti.
  2. Ini untuk pengamal Shaklee ye. Saya minum set Triple Gem (Performance Drink + Meal Shake + Energizing Soy Protein). Saya minum ni waktu sahur juga. Sebelum makan nasi.In sha Allah badan akan lebih bertenaga untuk bekerja di siang hari nanti. 
  3. Minum air dalam kuantiti yang sederhana tapi banyak kali sepanjang Ramadhan. Jangan time nak sahur sahaja minum. Lepas itu, minum sampai bergelen-gelen sekaligus. Perut kembung sahaja dan buat rasa tak selesa. Betul tak?
  4. Kalau boleh janganlah minum minuman berkafein/coklat sepanjang bulan Ramadhan ni. Kira bulan ni puasalah dari makan makanan macam tu. Raya nanti barulah balun balik semua tu. Haha..
  5. Lagi satu kan, janganlah tidur balik lepas sahur/subuh. Ye, bila kita bangun balik kan mesti kita akan rasa lesu kan. Betul tak? Cuba try sekali tak tidur lepas subuh. Ada beza tak? Beza memang berbeza tau. 

OK lah. Setakat ini 5 sahaja tips yang saya nak share kan. Untuk tips yang ke 2 tu kan. Roger-roger lah saya kalau berminat untuk dapatkan ye. Berbaloi-baloi =).


Saturday, June 28, 2014

Emir dah Sihat : Bil Hospital Takaful bayar

Salam..

Hari tu kan Emir masuk hospital. Lama jugalah dia di sana tau. Hari ke 6 baru dapat discharge. Ikutkan hari ke 5 dia dah beransur sihat. Result darahpun dah ok petang tu tapi doktor cakap esok pagi discharge. So, bermula petang tu Emir dah bebas dan tak perlu bergantung kepada drip. Bebaslah dia beraktiviti dalam bilik tu. Setiap sudut dalam wad tu dia nak ukur. Nasib baiklah sejak malam kedua di sana dapat wad single. Tak adalah risau sangat nak menjaga dia.

 Sepanjang 6 hari di hospital, makan tak putuslah. Makanan untuk Emir banyak. Emir pula hanya mahu makan bubur nasi sahaja. So, main dish tu saya dan suamilah makan. Selain itu, ada biskut/roti yang disedekahkan orang2 yang datang melawat. Makanannya pun nak cakap sedap tu tak adalah sedap sangat tapi boleh masuk tekak inipun dah cukup bagus. Saya memang sepanjang 6 hari tu tak ke mana-mana langsung. Duduklah menemani si kecil. Suami sahajalah yang banyak keluar masuk. Pergi kelaslah. Pergi balik rumah ambil stok pakaian dan makananlah.

Sepanjang 6 hari tu juga ramai saudara-mara yang datang melawat. Ada yang datang 2 kali lagi. Terima kasihlah kepada saudara-mara yang sudi datang menjenguk kami di hospital. Dimulakan dengan Abang Lut sekeluarga, Tokma Emir dan Ochu, Abang Yus sekeluarga, Mamalang Aida sekeluarga, Tok Ayah ,Ayahngah dan Maklong Yah, Maklong Ani sekelurga, Tok Ngah dan Wan Ngah, Ciklong Farah Hana, Ayah Uda, Kakbi dan anak2 dan Pak Long Amir. Memang tak hebahkan sangat kat semua orang pasal Emir ni. Kat FB pun tak update. Bila dah sembuh dan dah nak discharge barulah update kat FB. Setakat saudara-mara sahajalah yang tahu.

Hari Selasa dah boleh discharge sejak pukul 9 pagi lagi. Tapi procedure nak kira bil dan juga berurusan dengan insuran ambil masa sikit. So, pukul 1 baru selesai. Alhamdulillah, bukan main ceria lagi Emir dapat keluar jalan-jalan. Maklumlah dah lama terperap di hospital. Kos yang ditanggung insuran semasa kami di hospital tu dalam RM4.2 k kalau tak silap. Nasib baik ada insurans boleh coverkan. So, kawan-kawan yang belum ada beli insurans tu bolehlah hubungi suami saya,

Insha Allah Bil hospital, semuanya takaful bayarkan.Tanpa takaful simpanan anda untuk anak itulah yang mungkin akan menjadi mangsa. Tergamakkah anda?Jika anda katakan syarikat akan biaya, anda nilaikan sendiri. Adakah cukup nilainya dan adakah anda yakin syarikat akan terus biaya jika ditakdirkan suatu hari anda jatuh sakit dan tidak mampu berkerja? Berikanlah yang terbaik untuk anak anda. Mulakanlah dari hanya RM150 sebulan dengan coverage minima RM50k setahun.

Fawzan Aziz (Fawzan) - suami saya
RFS Consultant
Muqmeen Group
PruBSN Takaful.
0122329342

Friday, June 13, 2014

Emir masuk hospital

Assalamualakum wbt.

Pagi Nisfu Syaaban yang indah ini,  family kecil kami bangun di Wad Hospital. Hari keempat demam tak kebah juga semalam maka keputusannya ialah terus ke hospital. Demam Emir dikesan dj taska petang isnin. Kami cuba bagi ubat demam tapi kesannya sekejap sahaja. Esokan paginya suhu badan Emir kembali tinggi. Jadi kamipun ambil keputusan bawa ke klinik. Doktor cakap demam sebab tonsil. Memang teruklah tonsil dalam mulut. Patutlah makanpun tak lalu. Minumpun tak lalu juga. Doktorpun bagilah antiboitik, ubat demam dan ubat untuk kecutkan tonsil.

Baliklah kami dengan harapan agar Emir cepat sembuh. Esokannya demamnya datang dan pergi. Bila sudah bagi ubat, cergaslah sikit. Tsk sampai 4 jam dia dah mula lembik. Nak baring sahaja. Kasihan hai anak. Husband cakap kalau esokannya tak kebah juga dia akan cuti pula. Dan dia cakap nak hantar ke hospital terus. Nasib baiklah Allah bukakan pintu hati untuk terus ke hospital. Rupanya demam denggi. Itupun selepas buat blood test. Pagi ni dah masuk drip air yang ke dua dah. Harap cepat sembuh ye nak. Aminn...

Selasa saya MC. Rabu saya EL. Khamis suami EL. Jumaat saya EL. Huhu...deret semimggu punya jadual. Denggi selalunya ambil masa yang lama ke untuk pulih? Emir ke hospital dengan babahnya. Saya lepas kerja terus datang ke hospital. Tak bawa apa-apa bekalanpun. Oleh kerana air masuk ke badan Emir sepanjang masa, tak sedar tilam dah basah dek terkena kencing Emir. Mama yang tidur disebelah terkenalah tempias. Sekarang tunggulah babah balik bawa baju seluar baru. Sabar je lah nak oiii.. segalanya hanya untukmu sayang.

Pagi ni terus telan Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Walau apapun berlaku, kandungan dan kesihatan tetap kena jaga juga kan. Shaklee pelengkap kesihatan kita. Jom hidup sihat bersama saya.

Ok tu je la cerita buat masa ni. Oh ya, kami di Hospital Tropicana Medical Center. Bila lagi gunanya takaful kalau tak sekarang kan? Kalau berminat nak joib takaful juga contactlah saya ok. Bai..

Monday, June 9, 2014

Masa Depan

Salam semua.
Hari tu jobstreet ada bagi email minta kita public kan contact details setting sebab dorang nak combine kan setting tu. Sebelum ni saya choose limited contact details tapi lepas ni dorang nak remove yang tu. Hanya ada option either public or hide terus contact details. So, sayapun public kan lah details contact tu. Bila saya buat macam ada lah beberapa employer yang view details saya tu. Kebanyakannya consultant or agent. Setakat view sahaja kan. Apalah sangat. Memang tak berharappun sebab baru sahaja pindah kerja. Lagi pula sekarang ni ekonomi tengah tak cantik. Tak naklah ambil risiko kan. Eloklah kekal di tempat sekarang. Hehe.

Tup2 dapat call from agency inform kalau saya interested untuk cari kerja. Ada open vacancy for Material Planner tapi dekat PJ juga. Jauh sikit di Seksyen 16. Dengar PJ sahaja dah tawar hati. Kerja kat Damansara ni pun dah rasa jauh. Apatah lagi nak ke PJ sana. Aduh aduh. Akhirnya saya tolak secara lembut. Erm, bila fikir-fikir balik kalau ada offer dekat Rawang ke memang saya accept je kot. Just try my luck. Tapi kan dorang tak tahu saya pregnant. Kalau dorang tahu mesti dorang tak call. Betul tak? Haha. Selalunya employer prefer yang tak pregnant. Sebab kalo pregnant dah kena bagi maternity leave pula kan. Tak berbaloi kot. Lepas tu mungkin dorang fikir for long term. Pompuan ada anak kecil nanti mesti nak balik on time. Lepas tu mesti selalu cuti. Tapi tak semualah employer macam tu kan. Segelintir sahaja lagi2 kalau they experienced it once. Sabar je ka kan. Kerana nila setitik, habis rosak susu 1 belanga. 

Tapi in future memang kena fikir juga ke arah tu. Sebab dah beli rumah di Antara Gapi. Jauh tu kalau ulang alik ke Damansara. Tapi buat masa ini memang fikir nak fokus pada kerja sekarang. Gain as much experience as can. Lepas yu baru fikirkan semula. At least kena ada 2 years experience kan. Baru boleh fikir semula.

Saturday, June 7, 2014

Phytocol-ST : Smart Colestrol Blocker 

Salam..
Shaklee perkenalkan new produk sebagai penghalang kolestrol daripada diserap badan. So, dapatlah kita menikmati makanan sedap tanpa perlu risaukan tahap kolestrol kan.

Jom baca kat blog kesihatan saya ni.



Posted via Blogaway

Friday, June 6, 2014

Berfikiran Positif

Salam semua.

Hari ni dah jumaat dah. Sekarang ni kerja di tempat baru memang penuh dengan cabaran. Salah satu sebabnya ialah saya tak sempat berguru lama dengan sifu. Saya hanya sempat berguru dan job transfer dalam masa 3 hari setengah sahaja. So, banyak benda yang tak sempat nak belajar. Bila ada benda baru kena buat, terpaksa tebal muka tanya colleagues yang lain. Walaupun adakalanya dorang sendiripun tak tahu sebab ada benda yang sifu saya buat sendiri. Tak share dengan yang lain. Nasib baiklah dia ada share fail kerja dia selama ini. So, saya hanya perlu cari history dalam tu.

Suasana kerja memang tak sama macam dulu. Macam ada gap je antara saya dengan orang2 lama. Dorang dah ada group sendiri. So, saya kiranya bergerak sendiri atau kalau makan tu memang makan je dengan rakan2 lain di office tu. Ramai je pompuan. Tak kenalpun boleh borak sambil makan. Try to mix around dengan semua walaupun tak adapun buat kerja dengan mereka. Baru 2 minggu lebih kot saya di situ. Kadang2 susah-susah sangat saya pergi makan sorang2 je kat Food Court. Selalunya hari jumaat la saya buat macam tu. Sebab selalu saya mesti terlajak masa sebab sibuk buat kerja. Tak sedar office dah kosong. Haha..

Boss ok cuma dia memang banyak sangat idea nak implement. Dia ajar sikit sahaja. Lepas tu tunggu saya buat dan nak result. Nak cepat-cepat pula tu. Tahu lah dia power excel. Kita ni biasa-biasa sahaja. Tapi kadang-kadang dia concern juga. Kalau dia rasa saya overload, dia slow2 datang cakap. Walaupun ramai yang tak suka sebab dia fussy sangat tapi saya tak nak tengok negative side. Saya cari positive side yang dia ada. Barulah kita tak demotivated buat kerja. Baru rasa positive nak buat kerja kan. Kalau kita lihat sesuatu tu negative, memang akan nampak negative sahaja kan. Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri sebenarnya. Jadi apa lagi belajarlah berfikiran positive ye.

Setakat ni sahajalah perkongsian saya kali ni. Bai all....

Tuesday, May 27, 2014

New Life

Salam.

Alhamdulillah, dulu memang risau sama ada boleh ke nak survive bila kerja di tengah kota kembali. Kembali ke kota sesak Petaling Jaya setelah setahun 7 bulan di Sungai Choh. Memang banyak betul perbezaannya. Paling ketara ialah semangat berkawan. Mungkin sebab saya masih baru maka belum ada bonding dengan rakan-rakan sekerja. Kerja banyak tak sempat nak beramah mesra dengan mereka kot.

Kerja yang sikit menjadi banyak sebab I need to start from zero. Setiap kali buat kerjapun kena berhati-hati dan kena banyak bertanya. Takut tersilap. Dulu kalau tersilap tak apa sebab tak melibatkan orang luar. Sekarang ni kerja memang deal dengan vendor, dengan client. Kalau tersilap sahaja memang habislah. Dah la melibatkan duit. Ingat Finance sahaja ke yang kerja melibatkan duit. Kalau dah kerja buyer tu tentulah pakai duit kan untuk beli barang. Paling best sekali semuanyapun nak cepat, urgent dan tak boleh tangguh2. So, dalam masa masih belajar ni kena buat kerja dengan cepat dan tepat.

Rehat 1 jam tu pun rasa sekejap sahaja sebab office di sebelah OU Shopping Centre. Makanpun tak ada pilihan yang murah2. Makan kat Food Court pun mahal apatah lagi kedai-kedai lain kan. Tu yang kadang2 tu rela berpuasa. Takpun makan biskut/roti sahaja. Nak bagi kenyang lagi minumlah milo panas. Yang bestnya pantry di office baru ni ada sediakan milo. Kalau minum pagi dan petang tu dorang sediakan nescafe dan teh tarik. Kalau di Sungai Choh dulu sama ada teh tarik atau nescafe. Toilet dia memang macam OU la. Cuma lebih bersih sebab office kan. Dorang jaga betul2. Kalau di OU tu customer ramai tu yang cepat kotor.

Setakat ni je la cerita saya buat masa ni. Lain kalo saya sambung. K bai.

Saturday, May 24, 2014

Cadbury Chocolate : Disahkan ada DNA Babi.

Cadbury Chocolate disahkan ada DNA khinzir hari ini oleh KKM dan JAKIM. Ya Allah,  dah berapa banyaklah coklat cadbury yang kita dah telan selama ini. Walaupun jumpa pada Roast Almond dan Hazelnut Chocolate sahaja tapi kalau dah satu company tu takkan lah perisa lain tu selamat. Takkanlah dihasilkan oleh kilang berbeza pula kan. Rasa coklat cadbury pun semuanya sama sahaja.

Jadi, buat masa ni eloklah kita stop makan coklat cadbury. Coklat Van Hauten dan Vochelle pun sedap apa. Coklat kit kat ke..ferrero rosche ke..kan. yang tu tak ada issue halal rasanya. Patutlah rasa macam malas je nak makan coklat cadbury. Tengok banner kat chatime pun ada jual air berperisa coklat cadbury juga tapi memang tak berapa minat kat minum chatime.

Kalau nak lebih murah tapi sedap..kan ada keluaran Appollo tu. Tapi yang tu ada biskutlah. Takpun coklat coki coki pun sedap jugakan. Haha..tak suka juga kan rasanya bila dapat tahu apa yang kita makan selama ini rupanya tak halal. Tapi, nak buat macam mana. Benda tu diluar kawalan kita sebab selama ini memang jenama cadbury ni terkenal dan disahkan halal oleh jakim. Tup-tup boleh pula terjumpa DNA babi. Bertaubatlah dan berhenti makan coklat cadbury sahajalah yang mampu kita lakukan buat masa ini. Yang lepas tu memang tak boleh nak patah balik kan.

Ok lah, setakat itu sahajalah bebelan saya hari ni. Nak bagitahu semua orang sahaja walaupun kat FB penuh dah timeline dengan status pasal coklat cadbury ni.

Friday, May 23, 2014

Tips melegakan sakit lutut

Salam semua..

Hari ni saya ada share dalam blog kesihatan saya berkenaan tips melegakan sakit sendi dan sakit lutut. Kalau rajin bolehlah pergi baca.
Cuma klik sahaja pada link di bawah ini.
Tips melegakan sakit lutut dan sendi

Thursday, May 22, 2014

Tips mudah bangun pagi dengan segar

Salam geng..

Lama tak mencoret kat sini. Nak bagi tips pula hari ni. So, kali ini nak share tips mudah bangun pagi. Kepada yang liat sangat nak bangun pagi selama ini walaupun dah usaha. Kunci jam lepas itu set snooze setiap 5 minit sampai setengah jam selepas itu baru bangun. Itupun mata masih lagi mengantuk dan badan masih belum segar.

Jom baca tips mudah yang saya kongsikan dalam blog saya yang satu lagi. Mana tahu membantu.
Klik sahaja di bawah ini ye. Terus boleh baca. Sekejap sahaja sebab very simple tips.
tips mudah bangun pagi dengan segar

Tuesday, May 20, 2014

New Challenges

Salam..

Alhamdulillah syukur. Setelah beberapa hari status saya untuk transfer company tergantung, akhirnya petang semalam semasa sedang memandu pulang, saya menerima SMS daripada HR Manager tempat kerja sekarang yang surat pertukaran saya telahpun ditandatangan oleh boss company baru. Kalau ikutkan hari ini saya kena pergi terus melapor diri ke sana. Office sekarang terletak di Rawang manakala office baru terletak di 1 First Evenue, Bandar Utama Damansara. Perbezaan yang cukup ketara dan pengalaman baru yang bakal saya lalui bermula sebentar lagi. Saya minta kebenaran untuk ke Rawang dahulu untuk kemas barang. Takkan nak biarkan barang tak berkemas kan. Dah lah tempat saya dah ada orang booking.

Berbalik kepada cabaran baru, banyak perkara yang memang dah terang jelas nyata perbezaannya berbanding sekarang.

Dulu, tak ada tol yang perlu dibayar. Sekarang, kena bayar 1 tol pergi dan 1 tol balik.

Dulu, tak perlu nak keluar awal pagi. Pukul 7.45am pun sempat lagi untuk pastikan sampai ke office sebelum 8.30am. Sekarang, kena keluar awal. Selewat-lewatnya pukul 7 pagi. Sebab nak hantar anak pergi taska lagi kan.

Dulu, kerja dengan Planning. Sekarang, kerja dengan Procurement.

Dulu, pergi kerja melawan arus kesesakan. Memang jalan clear. Sekarang kena masuk dalam kesesakan. Sebab tu kena keluar awal berbanding dulu. huhu.

Dulu, pakai sempoi-sempoi sahaja pergi office. Tak ada dress code yang ketat. Sekarang, kerja di HQ memang kena ikut dress code office attire.

Dulu kerja naik tangga, sekarang kerja naik lif.

Dulu, boleh jemput Emir awal. Pukul 6.00pm dah sampai taska. Sekarang, paling awalpun 6.30pm baru sampai taska.

Dulu, shopping mall jauh. Waktu lunch duk dalam office sahajalah. Sekarang, shopping mall sebelah office sahaja. hahadoi..

Banyak pula perbezaannya kan.
Apapun perbezaannya saya akan positifkan fikiran dan bekerja sehabis baik. Tak mahulah ada politik-politik kotor. Biar rezeki yang diperolehi betul-betul halal.


Wednesday, May 14, 2014

Google+ menjadi kegilaan blogger

Google+ menjadi kegilaan blogger  

- kalau dulu kita akan hanya sibuk untuk naikkan rank blog dengan;

1. update blog kalau boleh beberapa kali sehari.
2. Menentukan tajuk dan content entry yang mesra SEO
3. Update entry kita dalam social media macam Facebook
4. Buat blogwalking sebanyak mungkin.
5. Siap buat chatbox dan juga form untuk isi blog link
6. Followers tu kalau boleh nak riban-riban
7. Ping blog entry di blog-blog yang boleh kita ping kan entry. Dulu banyak kot. Sekarang tak sure ada lagi ke tak.
8. Ubah sikit setting kat blog tu. Tak ingatlah apa tapi untuk bagi blog kita mesra SEO jugalah.

Sekarang ini Google+ boleh juga digunapakai untuk menaikkan rank blog kita dalam carian google. Haa..benda ni saya baru je belajar. Tapi, caranya memang tak bolehlah nak reveal secara terang-terangan sebab tips ini selalunya dapat bila pergi Kelas SEO yang yurannya kemain tinggi lagi kan.

Tapi, cubalah kita mulakan dengan mengaktifkan akaun google+ kita dahulu. Add kawan-kawan. Update cerita kita dalam tu macam Facebook juga. Korang silalah add saya sebagai friend juga ye.

https://plus.google.com/u/0/+nooorafzanutmsupplement4urhealth/posts

Sayang korang. Ok bai!


Friday, May 9, 2014

Emir dan telur

Salam semua..

Sebelum kami balik ke KL dari JB hari tu, kami pergi kenduri kahwin officemate husband. Adalah dia bagi goodie bag. Dalam tu ada bahulu macam muffin cake besar tu, air kotak, air mineral dan juga bunga telur. Ada sebiji telur itik rebus dalam bunga telur tu sepatutnya tapi disebabkan ikatan tak kemas, telur tu terkeluar dan bergolek-golek dalam beg goodie tu.

Alkisahnya masa on da way balik ke KL, Emir merengeklah sebab bosan duduk dalam car seat lama-lama kan. Dah bagi macam-macam kat dia supaya dia tak bosan. Buku, bwrus gigi lama dia, bunga telur dan lain-lain tapi tak lama lepas tu merengek lagi. Jadi, kami bagilah dia goodie bag tu. Dia keluarkan satu-satu barang dalam beg tu. Lepas itu dia senyap. Lega rasanya sebab dia dah tak bosan.

Tapi, pelik juga kan. Rasa nak tahu apa yang dia fokuskan sampai senyap je kat seat belakang tu. Rupanya dia tengah fokus pada telur itik yang dia jumpa.dalam beg. Tiba-tiba anak teruna saya ni dah ada skill kopek kulit telur. Haha..sabar sahajalah nak. Nasib baik dia tak kopek seluruh kulit. Sikit sahaja dia kopek lepas tu dia campak telur tu ke tepi. Mungkin sebab kerja mengopek telur ni memenatkan.
Last sekali botol air mineral kosong jadi toys. Kena kosongkan botol sebab si kecil ni dah pandai buka penutup botol tu. Mana entah dia belajar. Sabar sahajalah.

Buat rakan-rakan yang mencari produk Shaklee. Bolehlah order dan dapatkan konsultasi percuma daripada saya. Saya pengedar Shaklee Selayang dan area One Utama. Boleh juga beli secara online. Hubungi saya di 0123728374 sama ada whatsapp-sms-call.

Monday, May 5, 2014

Emir dengan Swimming Pool

Salam Isnin.

Monday blues sungguh pagi ini.
Satu kerja pun tak jalan. Tiba-tiba macam stuck tak tahu nak buat apa. Macam tak ada kerjapun ada. Boss pula EL hari ni sebab anaknya demam. Pagi ini memang sayapun tak berapa nak sihat sebab sakit perut sejak pukul 4.30 pagi. Tidur-tidur ayam sahaja sampai subuh. Sakit sebab angin kot. Sampai sekarang ni pun masih rasa sakit tapi dah berkurang. Kena gagahkan diri juga ke office sebab dah ada agenda lain nak dibuat.

1. Pergi check up.
2. Poslaju barang Shaklee
3. Menghantar kiriman popcorn gerrard pada officemate. Dah janji nak bagi hari ini. Sebab esok dan lusa ada training pula di 1FA.

Lepas itu pula pagi ini dapat pula email from HR manager. Katanya ada short discussion. Aiyaa..ni yang paling takut ni. Sebab namaku memang ada dalam list transit group. So, kalau ada department @ company lain yang berminat nak gunakan khidmat saya, dorang boleh request sahaja. Takut dapat pula dekat tempat jauh. Risaulah pula kan.

Sebenarnya nak cerita pasal anak, tapi dah ke laut pula. Hujung minggu hari tu kami ke JB. Gerak dari hari Khamis lagi dan balik ke KL ahad. Hari khamis tu gerakpun dah lambat. Pukul 11 baru bertolak. Terus ke hotel untuk check in. Kami bermalam di Hotel Sentral Johor Bahru. Lokasi berhampiran Stulang Laut. Yang seronoknya view bilik kami ialah swimming pool. Si kecik Emir ni memang tak boleh tengok kolam mandi. Memang terus nak ajak  pergi mandi.

Petang tu babahpun bawalah dia turun mandi kolam. Tak sampai sejam dalam tu suami dah ajak dia naik. Rupanya dia dah membuang dalam kolam tu. Terus sahaja mandi shower kat tepi kolam tu dan lepas itu terus babahnya ajak naik ke bilik hotel. Kesian Emir. Menangis kepiluan sebab tak puas lagi mandi. Babah dah janji nak bawa dia pergi mandi di Air Terjun Kota Tinggi esokannya. Gambar ni diambil saat-saat gembira dia dalam kolam sebelum insiden membuang berlaku. Haihh..



Posted via Blogaway

Wednesday, April 30, 2014

Emir dan baldi

Salam..
Lama tak update perihal si kecil yang dah nak jadi abang tak lama lagi ni. 2-3 minggu ni dia sangat berminat dengan baldi. Kalau jumpa baldi memang dia akan usung ke sana ke mari. Masukkan barang dan keluarkan semula barang.

Selain itu, dia suka masuk dapur tokma dia dan barang yang jadi kegemaran dia bila masuk dapur ialah sudip kayu dan juga mangkuk@periuk besar. Selalunya dia akan beraksi seperti tukang masak sambil mulutnya kepoh dengan bahasa jerman dia. Dia mengacau angin dalam periuk tu guna sudip kayu tu.

Seronok juga. Tak payah nak beli mainan fancy-fancy yang mahal-mahal. Belikan dia stereng mainan yang jual online tu. Mula-mula sahaja dia excited. Tapi bila dia rasa tak feel macam stereng sebenar, terus dia tak sentuh dah.

Lagi satu dia suka barang yang bulat-bulat. Macam bola, pinggan, buah limau, singki bulat, tayar dan lain-lain. Lepas itu dia suka tengok kipas dan blower. Tak tahu la sebab rupanya yang bulat atau sebab pergerakan kipas tu yang menarik perhatian dia.

Harapan saya dia akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jadi abang yang baik kepada adik-adiknya. Alhamdulillah, ada rezeki untuk memperolehi anak. Dan berdoa agar semua pasangan yang berkahwin turut dapat merasa rezeki anak juga.

Ok. Tu sahaja update saya kali ini. Hari ni dah mula cuti. Esok nak berjalan-jalan ke JB pula. Mode berxuti sudah ON. Bai...

Tuesday, April 22, 2014

End of Week 18 Updates

Salam..

Sekarang masih lagi dalam minggu ke 18. Alhamdulillah, baby sihat. Tak rasapun ada pergerakan tapi kadang-kadang rasa macam angin gerak. Tapi sekali sahaja setiap kali. Kali itu pergerakan baby maknanya baby ni gerak sekali je lepas tu dia berhenti. Mula rasa benda tu sejak baby masuk 4 bulan kot. Cuma ia berlaku 2 , 3 kali sahaja seminggu. Bukan hari-hari atau setiap beberapa jam.

Itu cerita pasal baby. Cerita pasal mamanya pula terutamanya bab makan. Alhamdulillah dah tak ada loya-loya sepanjang masa cuma bila salah makan je memang akan rasa tak sedap tekak. Selalunya penghilang rasa tak sedap tu ialah karipap, atau air sedap-sedap lah. Kalau tak memang tak selesa sahaja. Apakah maknanya itu? Masih ada alahanlah kan cuma dah berkurangan berbanding dulu. Sekarang ini dalam usaha nak mengawal kenaikan berat badan. So, saya kurangkan makan nasi. Lebihkan makan lauk pauk. Susupun dah mula minum sebab mengandung kali ini tak ada masalah dengan susu. Boleh masuk tekaklah kiranya. Buat susu bancuh sahaja sekali sehari.

Susu dah minum. Ostematrixpun dah telan. Tapi, itulah sakit belakang tetap ada. Mula kena sakit belakang ni sejak minggu lepas. Mungkin sebab baby dah semakin membesar. Duduk lama-lama di kerusi officepun tak boleh. Memang sakit belakang ni bila duduk lama-lama. Nampaknya kena bawa bantal la untuk support. Mana nak cari bantal yang elok sikit ni? Nanti kalau pergi jusco nak request bantal lah kat husband. hehe.

Tidur malampun badan memang lenguh semacam bila bangun pagi. Kalau tersedar tengah malam tu kaki macam nak kejang sahaja lagi-lagi bahagian betis. So, ikutlah petua orang-orang dulu iaitu meletakkan kaki di atas bantal tinggi. Memang lepas tu tidur tak gerak-gerak dah sebab bila bangun subuh sahaja kaki masih lagi di atas bantal (bantal kecik sahajapun). Tapi memang perasan badan memang lenguh-lenguh la bila bangun tu. Tapi, gagahkanlah diri untuk cergas. Lambat lagi kot nak bersalinnya tak boleh nak layan sangat rasa lenguh tu. Baru 2 malamlah rasa tak best macam ni.

Itu sahajalah update mama dan baby buat masa ini. Jantina tak tahu lagi sebab belum scan. Ingat nak scan minggu depan. Masa husband bercuti panjang. Khamis ini ada check up lagi di klinik kesihatan. Harapnya ada perkembangan positiflah pada paras HB. Walaupun ada juga makan coklat masa hujung minggu hari tu. Harap-harap tak ada effect buruklah pada paras HB saya. Kalau tak kena jumpa doktor pula nanti. heuheu..


Wednesday, April 16, 2014

Muhasabah Diri

Salam korang..

Sekarang ni dok fikir macam mana nak menambahkan pendapatan keluarga. Nak mengurangkan hutang piutang dan kalau boleh tak nak berhutanglah. Dalam masa yang sama bersemangat untuk menyumbang kepada badan-badan amal di Malaysia dan juga negara-negara Islam yang sedang bergolak lagi-lagi di Syria dan juga Mesir.

Dalam masa yang masa teringin nak bawa satu keluarga, mak dan ayah pergi umrah/haji. Meringankan beban suami. Banyaklah sebenarnya impian dan harapan diri ini di dunia dan juga di akhirat. Sebab itu saya usaha juga kurangkan belanja, lebihkan sedekah, lebihkan amal ibadah walaupun kadang-kadang terkincit juga. Rasa lemah betul iman sendiri padahal tak ada dugaan besarpun yang melanda. Baru diuji sedikit, cepat sangat goyahnya. Nasib baik Allah maha pengasih lagi maha penyayang, walaupun goyah, tak jatuh rebah.

Berdoa adalah kunci kejayaan.
Tapi berdoa tanpa usaha bukanlah jalan terbaik.
Lepas itu mengeluh kenapalah aku tak boleh?
Lepas itu mengeluh kenapalah dia boleh, dan aku tak boleh?
Bukan kata saya seorang yang begini.
Ramai lagi diluar sana yang begini.
Sama ada nak bangkit atau terus layu sahaja.
Bangkit dari kegagalan.
Atau hanyut dalam kegagalan.


Yakinlah pada janji Allah.
Siapa yang usaha, dia akan berjaya.
Lakukanlah segalanya kerana Allah.
In sha Allah, kita takkan mudah mengaku kalah sebab Allah juga tak pernah berhenti daripada membantu kita kan.
Walaupun kita banyak melakukan kesalahan dan langgar perintahnya, dia tetap bantu kita.
Cuba kalau kita langgar perintah Boss di tempat kerja kita, sudah tentu kita akan dihukum dan paling teruk akan dibuang kerja. Betul tak?
Betapa penyayangnya pencipta sekalian alam ini. Berapa ramai sahaja daripada kita yang sedar.

Hari ini memang nak bebel sahaja.
Bukan bebel pada sesiapa tapi pada diri sendiri.
Tapi, dalam masa yang sama juga berusaha menyedarkan orang lain.
Muhasabah diri.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics