Followers

Tuesday, October 7, 2014

Hari ke 25

Bila menunggu ini memang rasa macam lambat sahaja masa berlalu. Hari ini baru masuk hari ke 25 berpantang. Lama lagi nak habis pantang ni. Minggu depan nak kena pergi check up Aina sebulan. Harap-harap selsemanya hilanglah dan dia boleh diberi injection. Kalau tak, nak kena tunggu next appointment baru boleh cucuk lagi. Malaslah nak ke Klinik Kesihatan banyak kali. Mesti nak kena tunggu lama di klinik nanti.

Hari tu masa pergi check demam kuning Ainapun lama juga. Walaupun klinik mengutamakan urusan baby yang demam kuning ni sejam jugalah urusan. Kalau check up biasa mesti ramai dan ambil masa. Dah lah appointment pukul 8 pagi. Kena bangun pukul 7.30 pagilah untuk bawa Aina pergi klinik nanti. Mamanyapun akan diperiksa juga nanti kalau tak silaplah. Kalau tak check pun tak ada kot. Tak ada masalah rasanya.

Dulu, masa anak 1st suami yang temankan ke klinik. Sebab 1st time kan. Lagipun masa itu Tok Ayah masih lagi bekerja (belum pencen). So, suami kena ambil cuti untuk bawa kami ke klinik. Lepas itu, kami balik bermalam di Selayang kalau tak silap. Mak mertua masak lauk berpantang. Memang sedaplah kalau nak banding dengan lauk berpantang di Puchong yang super simple. Tak ada rempah ratus bagai. Hari-hari ikan selar bakar dan sup sayur sawi putih sahaja.

Tulisan saya sepanjang berpantang ini sekadar nak mengimbau kenangan sepanjang berpantang 1st dulu dan juga mencoret aktiviti sepanjang berpantang kali ke 2 ini buat kenang-kenangan. Rasanya masa berpantang anak 1st saya jarang update dalam blog. Rasanyalah. Lupa dah sebab dah lama kan. Lebih 2 tahun yang lepas. Kali ini punya pantang saya dah tahu nak ambil tukang urut mana dan dah tahu nak hantar anak-anak ke mana bila masuk kerja nanti.

Tapi, yang susah hatinya ialah macam mana nak manage perbelanjaan bila dah mula bekerja semula nanti. Memang seboleh-bolehnya nak berjimat-cermatlah. Perbelanjaan makan semasa kerja perlu dikurangkan. Ingat nak beli nasi lemak/bihun/nasi berlauk etc setiap pagi buat makan tengahari. Lepas itu, pagi bolehlah makan roti/biskut cicah milo. Tengahari memang kena elak pergi jalan-jalan ke OU. Kalau tidak, memang habislah duit.

Kalau makan di OU paling murahpun RM6. Minum memang tak hadaplah. Rela minum air di office sahaja. Nasib baiklah di pantry ada milo. Kalau tak, memang tak merasa minuman sedap sebab selain itu yang ada hanyalah teh, kopi dan nescafe. Semua itu adalah pantang bagi saya yang berniat nak menyusukan anak sehingga 2 tahun. Harap kali ini berjaya untuk menyusukan Aina sehingga 2 tahun. Emir hanya sempat sampai 1 tahun 10 bulan sahaja. Lepas itu, memang saya tak beri dan diapun tak minta.

Ok lah, setakat itu sahajalah bebelan panjang saya kali ini. Esok-esok saya bebel lagi ye. Bai!




No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics