Followers

Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Thursday, September 8, 2016

Promo Sept 2016 Shaklee untuk ESP dan Vita-C Plus

Salam korang..

Alhamdulillah hari ini masih berpeluang menghirup udara di dunia.
Hari ni juga usia Umar dah 2 bulan 4 hari. Cepat betul masa berlalu, Kurang 3 minggu cuti mama berbaki. Lepas ini dah kena tinggal Umar Uwais di taska bersama kakak Aina. Kakak Aina dah mula dihantar sejak 1st September lagi. Kira yuran sebulan terus. Umar duduk dulu dengan mama sampailah hari 1st mama kerja nanti.

Semalam cuba berikan Umar minum susu dalam botol tapi dia reject pula. Alahai tak macam kakak dan abang dulu yang mudah sahaja diajar berbotol. Risau pula rasa. Kena pulun ajar jugalah paling-paling seminggu sebelum mula kerja. Kalau tidak memang kes naya. Salah mama juga sebab stop bagi dia susu dalam botol. Sepatutnya bila dah mulakan kena teruskan setiap hari. Rasanya ajar dia minum dalam botol 2 kali 2 minggu yang lepas. Lepas itu terus leka dengan duniawi. Haha..

Oh ya.. bulan ni Shaklee ada promosi Buy 6 Free 1 untuk 2 produk iaitu ESP dan Vita C Plus.
Kalau Beli 2 botol ada diskaun 5%. Apa lagi, order sekarang sementara murah ini. Dua-dua kalau kita combine guna memang akan dapat kulit yang cantik dan dalam masa yang sama boleh kurus sebab ESP ni memberi kesan mengenyangkan. So, bila minum ESP ni tak adalah rasa lapar memanjang selain protein ini bagus untuk kesihatan rambut dan kulit kan.

Meh saya share sedikit kebaikan ESP ini.

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni fungsi dia sebagai sumber protein yang lengkap dang 9 acid amino (yang badan kita perlu tapi tak boleh menghasilkan secara sendiri). Protein non GMO ini membantu pembentukan sel dan badan kit memang amat memerlukan protein yang cukup untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti. Dengan mengamalkan ESP ini, kita dapat tampung kekurangan sumber protein dalam diet harian kita. Takkan nak ambil daging, ikan dan ayam terlalu banyak hari-hari. Boleh gemuk dan mudah terdedah kepada penyakit lain pula nanti. 

ESP Shaklee
ESP Shaklee
Ni rupa bentuk 1 canister ESP. Sebotol boleh tahan selama 1-2 bulan. Sehari amalkan 2 -3 sudu besar. Jangan lebih daripada 3 sudu ye. Bonus lain yang anda akan dapat dengan pengamalan ESP yang konsisten ialah,

- Parut di badan makin pudar/hilang
- Melicinkan kulit/ jadi gebus.
- Memberikan rasa kenyang yang lama (tak rasa lapar between meal time)

Lain-lain artikel pasal ESP boleh klik SINI

Vita C Plus Shaklee

Vita-C Plus Shaklee
Vita C Plus Shaklee
Vita C
Vita C ini menggalakkan pembentukan kolagen dalam tubuh badan kita. Bila kolagen terbentuk maka kulit akan menjadi lebih tegang disebabkan kolagen memegang antara sel-sel kulit supaya tak terputus. Sebab rasa kulit tegang dan anjal. Orang yang ada alahan kulit atau kulit sensitif memang elok sangat makan  Vita C ini juga. Selain itu ia juga dapat menyekat pembentukan pigmentasi di kulit. 


Lain-lain artikel pasal Vita C boleh klik SINI


Saturday, September 27, 2014

2nd child : Sambungan

Salam korang.

Hari tu saya ada update pasal kelahiran anak ke 2 kan. Tapi yang tu boleh dikatakan sebagai Entry Intro.
Yang ni kira part 1 la ye. Kisahnya bermula selepas balik dari join program CSR company pada hari sabtu (6hb Sept). Malam itu saya rasa tak selesa untuk tidur. Selalu terbangun. Bila terbangun tu rasa perut sakit. Tapi sekejap sahaja dan lepas itu saya tidur semula. Siang memang tak ada masalah. Esokannyapun macam itu juga. Bila tiba hari Isnin,sayapun MC. Pergi klinik untuk mendapatkan konsultasi doktor sebab memang setiap malam perut sakit. Tapi doktor kata mungkin esok bersalin. Jadi, sayapun balik. Siap pergi ukur tanah lagi di shopping mall depan rumah supaya mudah bersalin.

Esokannya masih belum ada tanda-tanda besar nak bersalin. Tapi disebabkan rasa dah tak larat nak bawa perut untuk drive pergi kerja, saya minta cuti maternity leave awal. Dengan harapan janganlah dia keluar lambat pula kan. Memang tiap kali solat berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin. Hari rabu malam mak mertua dah pulang dari London. Khamis itu, kakak ipar dan anaknya Icha datang rumah nak jumpa mak mertua. Maklumlah sebulan tak jumpa. Mak mertua cakap, nampak kat muka masih lagi segar dan tapi nampak perut dah sarat. Muka belum ada tanda nak bersalinlah. Pasrah sahajalah. Esokannya google di internet pasal air selusuh. Ohh..seminggu sebelum due boleh dah buat air selusuh dan dibuat minum. Memang jumaat tu (12hb Sept) genap seminggu sebelum due date. Jadi sayapun minumlah air selusuh tu.

Menjelang 13hb Sept (awal pagi sabtu) saya dah mula tak dapat tidur lepas pukul 1 pagi. Memang contraction dah makin kerap. Tapi, sempat jugalah lelap sekejap-sekejap. Tapi, bila dah lepas subuh langsung tak boleh nak lelap. Contraction makin kerap. Rasanya setiap 5-6 minit contraction datang.
Pukul 9 pagi sempat lagi bersarapan nasi lemak lauk kerang. Suapkan Emir sikit. Tapi, memang tak larat nak habiskan. Hanya mampu menelan beberapa suap. Ingat nak ke klinik dulu tapi bila call Dr. Khaizan tak sihat pula. Jadi, saya dan suami terus ke Hospital Selayang. Pukul 10 pagi, doktor check bukaan. Bukaan dah penuh rupanya masa tu. Terus dorang tolak ke Labour Room.

Sampai di Labour Room, kena tukar baju dulu, tunggu suami yang sedang bayar registration di kaunter bawah. Lepas itu tunggu doktor (mulanya saya ingatkan Dr. Roslan yang akan datang. Rupanya Doktor Norehan. Alhamdulillah dapat deliver dengan doktor perempuan. Walaupun doktor tu garang,tak kisahlah kan. Alhamdulillah, processnya sekejap sahaja. Lepas meneran kali ke 2, babypun keluar. Kelahiran kedua dorang tak gunting. So, koyakannya sedikit sahaja. Dulu masa Emir memang kena jahit 5. Anak ke 2 ni kena 2 jahitan sahaja. Semoga cepatlah luka ini baik.

Doktor tunjuk baby dan tanya apa jantina anak?. Perempuan. Alhamdulillah, kami dah ada sepasang anak. Tak sia-sia terlalu yakin beli barang baby semuanya pinkish. Botol susu, kelambu, baju, towel, kain bedung dan lain-lain keperluan kebanyakannya pink. Masa mengandung dulu scan 2D sahaja sebanyak 3 kali. Masa usia baby 4 bulan dan juga 5/6 bulan sahaja nampak. Bila buat scan kali ketiga baby dah kepit. Tak nampak sudah. Tapi, selama mengandung memang kebanyakkannya meneka anak perempuan.

Lepas itu baby diletakkan di dada saya. Saya cuba nak breastfeed tapi baby macam tak nak. Tak lapar kot. Suamipun azan dan iqamatkan dia. Lepas itu baby pun di ambil untuk dicuci. Suami pula turun semula ke kaunter untuk bayar deposit. Tak lama selepas itu, tiba-tiba kecoh. Sebab macam ada darah tersumbat dalam rahim saya. Cara doktor tu bersihkan memang kasar. Sabar sahajalah menahan kesakitan. Tapi, kalau lembutpun caranya tak boleh juga. Takut ada darah yang tertinggal dalam rahim kan. Bahaya kot. Bila dah lepas kena cuci tu barulah lega sikit. Kalau tidak, asyik rasa macam contraction nak bersalin lagi sahaja.

Lepas semuanya selesai, sayapun diminta menukar pakaian. Menggunakan kerusi roda, saya di tolak ke wad. Wad kali ini di tingkat 11. Bilik single tapi yang tak bestnya tak ada button untuk panggil nurse. Aalahai..tak best sungguh. Kalau nak panggil, kena keluar juga. Dah lah suami dah tak boleh temankan sebab suami kenalah balik temankan anak sulung kami di rumah. So, tidur malam bertemankan baby sahajalah. Nasib baik 1 malam sahaja. Baby memang tak ada masalah untuk kencing dan berak. Jadi, berharaplah pagi-pagi dah boleh discharge. Tapi, doktor kanak-kanak hanya datang check baby pukul 5.30 petang - 6 petang. Sudahnya,maghrib baru boleh discharge. Singgah dahulu di rumah mak mertua untuk ambil barang. Suami makan malam dahulu dengan keluarga mertua. Nasib baik saya dah makan di hospital tadi.

Lepas itu, kami bertolak ke Puchong. Berpantanglah saya di Puchong. Plan asalnya, Emir tinggal dengan babah dahulu sementara mama nak pulih. Tapi, tak jadi pula sebab babahnya sibuk. Takut tak sempat nak jemput Emir di taska. Maka, jadi supermom lah saya. Nasib baiklah ramai yang ada di rumah parent ni. Bolehlah menolong. Makanpun tak ada masalah. Ada kakak yang dah berpantang awal 3 minggu. Dia dah cergas sedikitlah berbanding saya. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkanNya.

Oklah, sekian dahulu entry saya. Nanti saya up pasal anak kedua saya pula. Nanti tu tak tahu bilalah. Kalau boleh tak nak show off sangat dia masa berpantang ini. Tunggu habis pantanglah baru tunjuk, boleh? Ok,bai!

Thursday, September 25, 2014

Pengalaman Berpantang dengan Baby 2 tahun | Umma Lacto

Salam korang.

Bila dah jadi mommy kepada baby kecil buat kali kedua ni. Memang berhasrat nak fully breastfeed anak sampai 2 tahun. Lepas ini memang plan nak ada anak baru lambat sikit. Kalau boleh paling awal mengandungpun bila my 2nd baby ni dah masuk 3 tahun.

Pengalaman berpantang dengan anak yang baru masuk 2 tahun 4 bulan ni agak mencabar lagi- lagi bila dia belum pandai bercakap. Kena layan dia macam baby juga. Kesian juga kadang- kadang bila tak dapat nak layan dia bila tengah menyusu/menguruskan adiknya. Haaa...sabar itu penting bila dia mula rasa terpinggir. Mula pandai mencari perhatian dengan cara menangis/menjerit/memanjat sana- sini/ berebut barang dengan anak buah yang lain.

Sampai hari ini iaitu usia adik dah masuk 13 haripun dia masih tak boleh terima kehadiran adiknya ini. Alahai anakku. Tapi alhamdulillah dia tak kacau adik diapun. Cuma bila kita nak suruh dia datang cium/ tengok adik, dia buat tak endah.
Dah dekat 2 minggu tak pergi taska. Tidur malam lewat. Lepas jam 12 baru masuk tidur. Bangunpun lewat. Biasanya pukul 10 ke 11 pagi baru bangun. Pagi tadi sahaja awal sikit. Pukul 9 dah bangun.

Ok lah. Tu je nak ngomel hari ni. Anak ke 2 ni kena kuning. So, mencarilah cara- cara nak hilangkan kuning ni. Antaranya minum susu kambing dan jemur di awal pagi. Oleh kerana stok susu kambing dah kehabisan. Carilah kat onlineshop. Saya mencuba Umma Lacto 1 pek. Selain nak kurangkan kuning,  saya juga berhasrat nak banyakkan susu.  Alhamdulillah, kuning dah makin kurang. Harap esok check up di KK bacaannya normal. Aminn..

Umma Lacto ni memang bagus tapi harganya mahal sikit. So,nak beli selalu tak mampu. Lepas ni minum sahajalah Horlicks atau Vico. Milo boikot beli sahaja. Still lagi minum sebab kat umah mak ni still beli milo. Di tempat kerjapun ada milo di pantry. Eh..eh..termengomel lagi pula. Sorry and bai..

Tuesday, July 1, 2014

Tips Berpuasa buat Ibu Hamil

Tips berpuasa buat ibu hamil di bulan Ramadhan..

Salam semua..

Alhamdulillah, berjaya juga berpuasa Ramadhan kali ini. Pada mulanay saya tak sangkapun mampu sebab mengandung kali ini memang rasa tak larat. Macam dah sarat sangat rasanya walaupun baru 7 bulan. Seingat-ingat saya dulu masa mengandung Emir memang cergas sahaja. Solat berdiripun memang tak ada masalah sampai dekat-dekat nak bersalin.

Malam semalam memang terpaksa solat duduk sebab kaki tiba-tiba rasa nak kejang. Mungkin workload sekarang yang banyak di tambah pula dengan jalan-jalan di bazar. Sejak kerja di tempat baru ni memang kerja tak terbuat. Maklumlah kerja 2 orang tapi buat seorang. Dah lah baru sebulan lebih sahaja kerja. Nak catch up dengan new job, new environment lagi, dengan new colleagues lagi. Kadang-kadang tu mengaruk sorang-sorang depan PC dek tak terkejarnya kerja. Dah lah bulan puasa ni balik awal sejam. Selalunya, lunch break pun duk di office. Lunch lite-lite sahaja depan PC tu. So, bila masuk Ramadhan ni kuranglah sejam masa kerja. Dah cakap pada boss, balik memang saya kena on time. Pergi kerja awal sedikit tak apa tapi balik memang tak boleh kacau. Melainkan dia sanggup nak bayarkan parking RM1 sejam dan juga OT Taska RM6 sejam. Haha..tak sanggupnya derrr... sebab boss pun balik awal.

Kan dah melalut ke laut dah entry ini. Saya sebenarnya nak share tips berpuasa buat ibu-ibu hamil seperti saya. Antaranya;

  1. Bangun sahur tau. Makan sahur selewat yang boleh sebelum masuk Subuh. Bersahur tu kenalah ada buah kurma dan juga air kosong. Makanlah makanan yang tinggi serat seperti oat dan juga memberi effect kenyang yang lama. Macam saya wajib makan Nasi ataupu Roti.
  2. Ini untuk pengamal Shaklee ye. Saya minum set Triple Gem (Performance Drink + Meal Shake + Energizing Soy Protein). Saya minum ni waktu sahur juga. Sebelum makan nasi.In sha Allah badan akan lebih bertenaga untuk bekerja di siang hari nanti. 
  3. Minum air dalam kuantiti yang sederhana tapi banyak kali sepanjang Ramadhan. Jangan time nak sahur sahaja minum. Lepas itu, minum sampai bergelen-gelen sekaligus. Perut kembung sahaja dan buat rasa tak selesa. Betul tak?
  4. Kalau boleh janganlah minum minuman berkafein/coklat sepanjang bulan Ramadhan ni. Kira bulan ni puasalah dari makan makanan macam tu. Raya nanti barulah balun balik semua tu. Haha..
  5. Lagi satu kan, janganlah tidur balik lepas sahur/subuh. Ye, bila kita bangun balik kan mesti kita akan rasa lesu kan. Betul tak? Cuba try sekali tak tidur lepas subuh. Ada beza tak? Beza memang berbeza tau. 

OK lah. Setakat ini 5 sahaja tips yang saya nak share kan. Untuk tips yang ke 2 tu kan. Roger-roger lah saya kalau berminat untuk dapatkan ye. Berbaloi-baloi =).


Saturday, May 24, 2014

Cadbury Chocolate : Disahkan ada DNA Babi.

Cadbury Chocolate disahkan ada DNA khinzir hari ini oleh KKM dan JAKIM. Ya Allah,  dah berapa banyaklah coklat cadbury yang kita dah telan selama ini. Walaupun jumpa pada Roast Almond dan Hazelnut Chocolate sahaja tapi kalau dah satu company tu takkan lah perisa lain tu selamat. Takkanlah dihasilkan oleh kilang berbeza pula kan. Rasa coklat cadbury pun semuanya sama sahaja.

Jadi, buat masa ni eloklah kita stop makan coklat cadbury. Coklat Van Hauten dan Vochelle pun sedap apa. Coklat kit kat ke..ferrero rosche ke..kan. yang tu tak ada issue halal rasanya. Patutlah rasa macam malas je nak makan coklat cadbury. Tengok banner kat chatime pun ada jual air berperisa coklat cadbury juga tapi memang tak berapa minat kat minum chatime.

Kalau nak lebih murah tapi sedap..kan ada keluaran Appollo tu. Tapi yang tu ada biskutlah. Takpun coklat coki coki pun sedap jugakan. Haha..tak suka juga kan rasanya bila dapat tahu apa yang kita makan selama ini rupanya tak halal. Tapi, nak buat macam mana. Benda tu diluar kawalan kita sebab selama ini memang jenama cadbury ni terkenal dan disahkan halal oleh jakim. Tup-tup boleh pula terjumpa DNA babi. Bertaubatlah dan berhenti makan coklat cadbury sahajalah yang mampu kita lakukan buat masa ini. Yang lepas tu memang tak boleh nak patah balik kan.

Ok lah, setakat itu sahajalah bebelan saya hari ni. Nak bagitahu semua orang sahaja walaupun kat FB penuh dah timeline dengan status pasal coklat cadbury ni.

Friday, May 23, 2014

Tips melegakan sakit lutut

Salam semua..

Hari ni saya ada share dalam blog kesihatan saya berkenaan tips melegakan sakit sendi dan sakit lutut. Kalau rajin bolehlah pergi baca.
Cuma klik sahaja pada link di bawah ini.
Tips melegakan sakit lutut dan sendi

Thursday, May 22, 2014

Tips mudah bangun pagi dengan segar

Salam geng..

Lama tak mencoret kat sini. Nak bagi tips pula hari ni. So, kali ini nak share tips mudah bangun pagi. Kepada yang liat sangat nak bangun pagi selama ini walaupun dah usaha. Kunci jam lepas itu set snooze setiap 5 minit sampai setengah jam selepas itu baru bangun. Itupun mata masih lagi mengantuk dan badan masih belum segar.

Jom baca tips mudah yang saya kongsikan dalam blog saya yang satu lagi. Mana tahu membantu.
Klik sahaja di bawah ini ye. Terus boleh baca. Sekejap sahaja sebab very simple tips.
tips mudah bangun pagi dengan segar

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics