Followers

Showing posts with label EmirIkhwan. Show all posts
Showing posts with label EmirIkhwan. Show all posts

Sunday, August 9, 2015

Mati Itu Pasti

Salam semua..

Minggu ini memang minggu yang penuh dengan cerita sedih. Bermula pada selasa lalu di mana berlaku kes kematian di taska tempat saya hantar anak. Hari selasa tu saya memang ambil anak agak lewat. Dalam 6.50 petang tapi hari tu rasa pelik sikit sebab tak perlu nak beratur. Selalunya masa tu ramai parents sedang jemput anak-anak. Lepas itu staff pun tak ramai. Tapi masa tu tak adalah fikir bukan-bukan.

Esokannya hantar anak macam biasa tapi nampak macam sedikit lengang taska tu. Petang tu terdengarlah teacher berborak dengan 1 parent ni. Macam ada sesuatu yang saya tak tahu berlaku di taska. Saya ada tanya juga tapi teacher tak sedia nak cerita. Dia cuma cakap nanti akan tahu juga cerita sebenar. Sayapun bertanya pada kawan yang ada buka taska juga yang berhampiran dengan taska saya hantar anak.

Terbukalah cerita sebenar. Rupanya ada kejadian sedih berlaku mengakibatkan kematian. Esokannya husband hantar anak. Dia cuba nak minta penjelasan lanjut dari pihak taska pagi tu tapi tak berkesempatan.
Tengahari tu suamipun call. Teacher memang meluahkan perasaan sedih dan kecewanya atas apa yang berlaku. Memang kejadian itu tak disangka. Dan dia tak bercerita lanjut sebab masih dalam siasatan polis dan tak nak jadi fitnah.

Mula- mula memang terkejut dan risau dengan apa yang berlaku. Tapi memang tak ada pilihan. Taska ni track record dia bagus sejak zaman emir lagi. Rasa macam tak wajar untuk menghukum padahal benda tu berlaku disebabkan kemalangan. Lagi pula taska kawan saya tu pun dah penuh. Terpaksa relalah bertawakkal sahaja kepada Allah dengan menghantar anak di taska ini. Harap2 lepas ni teacher dan staff mengambil ikhtibar. Ramai juga parents yang masih percayakan taska ini lagi2 yang dah lama hantar anak ke situ.

Saya memang kenal allahyarham si kecil yang meninggal dunia tu. Teringat lagi senyum ceria dia dan juga ibunya suatu ketika dahulu. Al Fatihah dan salam takziah buat mereka sekeluarga. Aamin..

Saturday, November 22, 2014

Perasaan bila PJJ dengan suami

Salam semua.

Alhamdulillah dah lebih sebulan PJJ dengan encik suami. Daripada masa berpantang, habis pantang dan dah masuk kerja semula. Walaupun pada mulanya rasa macam susahnya nak hadapi semua ini. Kadang-kadang rasa macam mustahil untuk hadapi semua ini. Tapi, orang kata selagi tak cuba dan selagi tak lalui, kita takkan tahu tahap kemampuan kita kan. Macam tak percaya yang saya dahpun lalui semua ini dengan jayanya.

Masa berpantang dulu memang tak kisah sangat sebab dah biasa. Suami datang hujung minggu sahaja. Emir pun dah biasa kena tinggal dengan mak dan adik. Lagipun berpantang di rumah parents saya di Puchong. Meriah dengan orang sepanjang masa. Paling sikitpun mesti ada mak saya dan juga kakak sulung sebab mereka berdua ni tak bekerja. Paling ramai bila malam dan hujung minggulah. Adik beradik saya ada 5 orang lagi. Tu tak termasuk abang ipar dan juga anak buah 2 orang. Meriah sangat rasanya. Dan masa itu memang tak berapa terkesan sangat PJJ dengan suamipun. Malam-malam kami akan whatsapp dan juga call guna LINE.

Cabaran mula terasa bila nak kena masuk kerja. Balik ke Selayang drive sendiri bawa anak-anak. Perjalanan adalah makan masa sejam juga sebab jalan agak sesak walaupun masa tu baru pukul 3 di hari bekerja. Sebelum balik rumah mak mertua di Selayang, singgah dahulu di taska. Dah daftarkan Aina di taska. Esokannya dah nak hantar Emir dan Aina ke taska. Saya akan hantar Aina (tempoh percubaan) hari jumaat dan juga isnin. Hari selasa ada 2 months check up. So, hantar abang Emir sahaja ke taska. Adik Aina ikut mama pergi Klinik Kesihatan belah pagi. Belah petang pula dia kena ikut mama check up di hospital pula. Alhamdulillah, mak mertua dan adik suami (Uda dan Adik) banyak membantu menjaga Emir. Ya, Emir rasa sunyi di Selayang sebab selalunya yang ada hanya mak mertua saya sahaja. Malam baru ada Uda. Hujung minggu pula ada Adik.

Setiap kali hantar anak-anak ke taska memang akan menangis sedih. Rasa macam nak jadi suri rumah sahaja. Tak nak lepaskan anak-anak kepada orang lain. Tapi apakan daya, kehidupan mesti diteruskan. Mama kena bekerja untuk bantu keluarga kita. Harap-harap anak-anak mama akan faham juga suatu hari nanti. Bila dah mula masuk kerja hari rabu barulah kurang rasa ralat sebab kerja di office agak banyak. Cuti 2 bulan menyebabkan kemahiran bekerja dah berkarat. Kena asah dan rujuk balik pada rakan-rakan sekerja. Nasib baik mereka suka membantu. Alhamdulillah hari-hari tak gagal untuk bangun awal menyiapkan anak-anak, keluar rumah seawal 7 pagi menghantar anak ke taska, singgah di petronas membeli bekalan nasi untuk sarapan dan lunch, dan mengepam sebanyak 3 kali di offive termasuk sekali di waktu lunch break. Sebab itu beli bekalan lunch siap-siap sebelum ke office. Dan berjaya menjemput anak sebelum pukul 7 malam. Lepas pukul 7 malam kalu kena bayar oevertime RM6 seorang. Fuhh..

Mulai minggu depan akan akan rasa lega sedikit sebab dah mula cuti sekolah. Jadi jalan tak berapa sesak. In sha Allah tak perlu terlalu tergesa-gesa sekiranya terbangun lambat. Ya, sekarang saya ada masalah bangun pagi. Sebab rasa letih sangat. Tak cukup rasanya waktu tidur yang ada. Nasib baik ada alarm semulajadi kejut sebab nak susu. Syukur..syukur..Ok lah. Tu sahaja update kali ini. Lagi 3 minggu bekerja sahaja sebelum suami pulang ke pangkuan kami sekeluarga. Mohon doa kawan-kawan supaya suami dapat pulang on time ke Malaysia. Aaameeenn..

Apapun syukur sebab PJJ 2 bulan sahaja. Salute kepada mereka-mereka yang kena PJJ kekal atau dalam jangka masa panjang dengan suami masing-masing.

Wednesday, November 19, 2014

Rutin Ibu berkerjaya bermula semula.

Salam semua...

Hari ni masuk minggu ke 2 kerja lepas bercuti panjang. Alhamdulillah walaupun cuti lama dan skill2 dah berkarat sikit, dapat polish balik. Boss kata kena proaktif. Walaupun banyak manapun kerja tepat 5.30 petang dah boleh balik. Sebab boss pun jenis balik on time. Senang sikitlah bab tu.. Cuma kita kena pandai manage kerja sebab dia hanya mahu result. Dia guide sikit2 je lepas tu nak result.

Walaupun kerja agak stress sebab kejar banyak KPI dalam 1 masa, tetap bersyukur sebab tak perlu stay back. Dan masih ada masa nak pergi pam. Yeah..2 benda tu paling mustahak. Walau ke mana jua kaki ini melangkah, dalam 2 tahun tempoh penyusuan ini memang kena fulfill 2 perkara ini. Syukur ya Allah atas 2 nikmat ini. Walaupun kena keluar rumah seawal 7 pagi dan sampai rumah semula pukul 7 malam. Tak apa sebab minggu depan dah cuti sekolah.

Walaupun suami tiada di sisi sampai tengah bulan depan, di rumah ada mak mertua dan nenek suami. Jadi, tak adalah sunyi sangat. Abang Emirpun ada kawan tempat bermanja bila mama tengah melayan adik Aina. Oklah itu sahaja update kali ini. Bai..

Monday, November 10, 2014

Rasa macam nak jadI Suri Rumah sahaja boleh?

Salam semua..

Pernah tak sampai satu masa korang yang menjadi ibu rasa macam tak nak kerja? Nak duduk di rumah sambil melayan dan mendidik anak-anak di rumah. Sebenarnya itulah yang sedang saya rasa sekarang ini. Kalau ikutkan hati ini nak sahaja saya berhenti kerja/ bercuti kerja sekurang-kurangnya sampai anak bongsu saya itu berusia 2 tahun. Nak bagi dia susu badan sampai dia 2 tahun tanpa perlu memikirkan tentang kerja. Ya, kerja saya sekarang ini agak stress. Kerja banyak dan boss pula banyak juga bagi pressure pada kita untuk siapkan kerja secepat mungkin. Masa mengandung dulupun dapat rasakan apatahlagi bila dah ada anak kecil. Terfikir macam mana nak pergi curi masa mengepam nanti. Alahai...

Oh ya, rabu ini tamatlah sudah cuti atau honeymoon saya sebagai orang yang bercuti bersalin. Kan bagus kalau kerja kerajaan, dapat sambung cuti 3 bulan lepas itu dapat pula cuti tanpa gaji sampai setahun. Uuuu....bila emosi sangat, itu yang jadi macam tak bersyukur tu. Aku memohon kepadaMu ya Tuhan agar tetapkan hatiku untuk terus bekerja dalam masa yang sama mendidik anak-anakku menjadi insan yang soleh dan solehah. Dan paling penting bantulah hambaMU ini untuk berjaya menyusukan anak secara ekslusif sehingga usianya 2 tahun. Aaamen.

Berbalik kepada cerita pasal nak jadi suri rumah itu, saya ada jugalah buat kira-kira perbelanjaan sekiranya saya kerja dan berhenti kerja. Beza banyak juga sebenarnya. Ye lah, bila kerja ni kena ambil kira kos minyak, tol, yuran taska, kos makan minum yang tinggi sebab kerja dekat mall, duit bayar kereta bulan-bulan. Itu belum masuk maintenance cost, yuran pendaftaran taska dan juga insuran kereta. Bila kira-kira kos tambahan bila kerja ialah lebih kurang 1600++ juga sebulan. Patutlah belum hujung bulan dah garu kepala. Tapi Alhamdulillah tak pernah putus rezekiNya. Yang penting kerja dengan sebaik mungkin untuk dapat rezeki yang berkat.

Sebenarnya, ini adalah sebab sampingan sahaja. Yang sebenarnya saya hantar anak ke taska hari ini untu ksesi percubaan. Lepas itu duduk di rumah sahaja. Mengemas apa yang patut sebelum masuk kerja nanti. Tu yang terlalu emosional bila rindukan anak-anak. Tak tahulah bila dah masuk kerja nanti macam mana. Tak sempat kot nak emosional bagai sebab kerja banyak. Lepas itu tambah pula masa untuk kumpul stok susu nanti. Tapi yang pastinya cukup 5.30 mesti terus balik. Tak boleh tunggu-tunggu dah. Sebab suami tak ada. Tak boleh harapkan orang lain untuk jemput mereka di taska. Kalau ikutkan memang tak bagi orang lain jemput. Biar mama yang jemput mereka sebab mama tak sabar nak jumpa mereka. Oh...betapa bersyukurnya dikurniakan anak-anak. Alhamdulillah..


Friday, November 7, 2014

First Day at Selayang

Salam semua..

Alhamdulillah perjalanan kami tiga beranak ( maknya dan juga 2 orang anak) semalam berjalan dengan lancar. Punyalah bersiap dari pagi. Akhirnya pukul 3.45 petang baru bertolak. Biasalah itu melayan 2 orang anak yang kecil belaka. Seorang masih lagi baby. Minggu depan baru masuk 2 bulan. Seorang lagi pula 2 tahun lebih usianya tapi masih tak nak ikut arahan/dengar kata. Lasaknyapun bukan main lagi. Tengah masukkan barang dalam kereta, dia sempat lagi bermain tanah. Nasib baik pakai baju warna hitam. Kalau tidak, memang kena tukar baju lagilah.

Sampai di area Selayangpun dah hampir pukul 5. Singgah ke taska sebab dah cuba hubungi tak dapat-dapat. Rupanya nombor telefon taska ada masalah dan buat masa ini teacher pakai number baru temporary. Untuk elakkan masalah sama berulang, sayapun standby minta number phone salah seorang penjaga di sana bernama Ain. Kira dia penjaga paling seniorlah di situ. Bawa Emir dan Aina mengenal taska. Nanti taska ini akan jadi rumah kedua mereka juga. Bila sampai bab bayar yuran, syukur sebab tak perlu bayar banyak untuk tahun ini sebab dah bulan 11 pun kan. So, hanay bayar yuran bulanan dan hanya RM100 yuran pendaftaran Aina. Yang lebih tu teacher cakap sedekah sahaja. Semoga Allah permurahkan lagi rezeki teacher dan juga anak-anak.

Habis urusan di taska, saya terus pulang ke rumah. Sampaipun dah pukul 5.30 petang. Tokma dah ada di dapur masa itu. Aina diletakkan di ruang tamu sahaja. Yang tak seronoknya, Aina tak nak kena tinggal seorang. Saya pergi menyimpan bekalan susu perahan dalam peti aispun dia dah merengek. Lepas itu, saya dah beri susupun dia masih lagi merengek bila saya nak pergi angkut keluar barang-barang dari kereta. Tapi terpaksa biarkan dia menangis sekejap dan tetap masukkan barang ke dalam rumah. Lepas itu Tokma tolong pegang Aina sekejap sementara mamanya ini pergi solat Asar. Dah lewatpun solatnya. Lepas itu, saya layan Aina. Abang Emir dah mengukur satu rumah. Habis dapur tokma dia jelajah. Sudip-sudip semua dia ambil bawa ke bahagian ruang tamu. Sabar sahajalah nak oiii..

Menjelang Maghrib, Ainapun tertidur. Saya mengambil kesempatan yang ada untuk hantar barang-barang naik ke bilik dan solat Maghrib. Ingat nak tukar baju dan pampers abang Emir baru turun jenguk Aina tapi tak sempat sebab Aina dah mula terbangun dan menangis. Tokma kata mungkin sebab Aina belum biasa dengan tempat baru. Sebab itu asyik nak berteman sahaja. Aina macam mengantuk tapi tak dapat tidur lena. Jadi, sayapun bawalah dia naik ke bilik. Bagi susu sampailah dia terlelap semula. Abang Emir pula tak mahu naik. Main sahaja di bawah dengan Ayah Uda yang baru balik kerja.

Mak, Ayah Uda dan Emir makan malam dahulu sementara saya menjaga Aina di bilik. Lepas mereka habis makan baru saya pula makan. Mereka melayan Aina di ruang tamu. Lepas habis makan dan lepak sekejap di ruang tamu, Emir tunjuk skill pandai buka baju sendiri. Alhamdulillah. Memang berjaya. Lepas itu dia cuba pula buka seluar tapi saya tahan sebab dia nak buka sekaligus dengan pampers. Aiyark!

Babah whatsapp bagitahu dah ready untuk berskype. Kami semuapun naik ke bilik dan berskype melepas rindu dengan babah. Alhamdulillah, dapat juga tengok muka suami secara live setelah hampir 3 minggu dia di bumi matahari terbit. Sambil bervideo sambil layan si abang Emir yang tak boleh duduk diam dalam bilik. Langsung tak pedulikan babah di TV. Dia tak perasan lagi itu babah dia agaknya. Aina yang pada mulanya tidurpun terjaga sebab abang Emir aktif sangat. Lagi 5 minggu baru babah boleh balik. Sabar sahajalah ye. Sementara itu, kena jadi supermom dululah. Gambatte!

Alhamdulillah, kedua-dua anak tidur pukul 11 camtu dan lena sampai ke pagi. Si adik sahaja ada bangun sekejap untuk menyusu. Si abang memang sampai kena kejut baru bangun. Bermulalah hidup mereka dengan ibu berkerjaya. Kena pergi taska hari-hari. Sedihnya rasa bila tinggal anak ke taska. Rasa tak sanggup nak berpisah. Huhu. Nasiblah hari ini hari jumaat. So, esokkannya dan lusa tak perlu hantar anak ke taska. Phewww..


Friday, May 9, 2014

Emir dan telur

Salam semua..

Sebelum kami balik ke KL dari JB hari tu, kami pergi kenduri kahwin officemate husband. Adalah dia bagi goodie bag. Dalam tu ada bahulu macam muffin cake besar tu, air kotak, air mineral dan juga bunga telur. Ada sebiji telur itik rebus dalam bunga telur tu sepatutnya tapi disebabkan ikatan tak kemas, telur tu terkeluar dan bergolek-golek dalam beg goodie tu.

Alkisahnya masa on da way balik ke KL, Emir merengeklah sebab bosan duduk dalam car seat lama-lama kan. Dah bagi macam-macam kat dia supaya dia tak bosan. Buku, bwrus gigi lama dia, bunga telur dan lain-lain tapi tak lama lepas tu merengek lagi. Jadi, kami bagilah dia goodie bag tu. Dia keluarkan satu-satu barang dalam beg tu. Lepas itu dia senyap. Lega rasanya sebab dia dah tak bosan.

Tapi, pelik juga kan. Rasa nak tahu apa yang dia fokuskan sampai senyap je kat seat belakang tu. Rupanya dia tengah fokus pada telur itik yang dia jumpa.dalam beg. Tiba-tiba anak teruna saya ni dah ada skill kopek kulit telur. Haha..sabar sahajalah nak. Nasib baik dia tak kopek seluruh kulit. Sikit sahaja dia kopek lepas tu dia campak telur tu ke tepi. Mungkin sebab kerja mengopek telur ni memenatkan.
Last sekali botol air mineral kosong jadi toys. Kena kosongkan botol sebab si kecil ni dah pandai buka penutup botol tu. Mana entah dia belajar. Sabar sahajalah.

Buat rakan-rakan yang mencari produk Shaklee. Bolehlah order dan dapatkan konsultasi percuma daripada saya. Saya pengedar Shaklee Selayang dan area One Utama. Boleh juga beli secara online. Hubungi saya di 0123728374 sama ada whatsapp-sms-call.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics