Salam Isnin.
Monday blues sungguh pagi ini.
Satu kerja pun tak jalan. Tiba-tiba macam stuck tak tahu nak buat apa. Macam tak ada kerjapun ada. Boss pula EL hari ni sebab anaknya demam. Pagi ini memang sayapun tak berapa nak sihat sebab sakit perut sejak pukul 4.30 pagi. Tidur-tidur ayam sahaja sampai subuh. Sakit sebab angin kot. Sampai sekarang ni pun masih rasa sakit tapi dah berkurang. Kena gagahkan diri juga ke office sebab dah ada agenda lain nak dibuat.
1. Pergi check up.
2. Poslaju barang Shaklee
3. Menghantar kiriman popcorn gerrard pada officemate. Dah janji nak bagi hari ini. Sebab esok dan lusa ada training pula di 1FA.
Lepas itu pula pagi ini dapat pula email from HR manager. Katanya ada short discussion. Aiyaa..ni yang paling takut ni. Sebab namaku memang ada dalam list transit group. So, kalau ada department @ company lain yang berminat nak gunakan khidmat saya, dorang boleh request sahaja. Takut dapat pula dekat tempat jauh. Risaulah pula kan.
Sebenarnya nak cerita pasal anak, tapi dah ke laut pula. Hujung minggu hari tu kami ke JB. Gerak dari hari Khamis lagi dan balik ke KL ahad. Hari khamis tu gerakpun dah lambat. Pukul 11 baru bertolak. Terus ke hotel untuk check in. Kami bermalam di Hotel Sentral Johor Bahru. Lokasi berhampiran Stulang Laut. Yang seronoknya view bilik kami ialah swimming pool. Si kecik Emir ni memang tak boleh tengok kolam mandi. Memang terus nak ajak pergi mandi.
Petang tu babahpun bawalah dia turun mandi kolam. Tak sampai sejam dalam tu suami dah ajak dia naik. Rupanya dia dah membuang dalam kolam tu. Terus sahaja mandi shower kat tepi kolam tu dan lepas itu terus babahnya ajak naik ke bilik hotel. Kesian Emir. Menangis kepiluan sebab tak puas lagi mandi. Babah dah janji nak bawa dia pergi mandi di Air Terjun Kota Tinggi esokannya. Gambar ni diambil saat-saat gembira dia dalam kolam sebelum insiden membuang berlaku. Haihh..
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment