Followers

Monday, November 10, 2014

Rasa macam nak jadI Suri Rumah sahaja boleh?

Salam semua..

Pernah tak sampai satu masa korang yang menjadi ibu rasa macam tak nak kerja? Nak duduk di rumah sambil melayan dan mendidik anak-anak di rumah. Sebenarnya itulah yang sedang saya rasa sekarang ini. Kalau ikutkan hati ini nak sahaja saya berhenti kerja/ bercuti kerja sekurang-kurangnya sampai anak bongsu saya itu berusia 2 tahun. Nak bagi dia susu badan sampai dia 2 tahun tanpa perlu memikirkan tentang kerja. Ya, kerja saya sekarang ini agak stress. Kerja banyak dan boss pula banyak juga bagi pressure pada kita untuk siapkan kerja secepat mungkin. Masa mengandung dulupun dapat rasakan apatahlagi bila dah ada anak kecil. Terfikir macam mana nak pergi curi masa mengepam nanti. Alahai...

Oh ya, rabu ini tamatlah sudah cuti atau honeymoon saya sebagai orang yang bercuti bersalin. Kan bagus kalau kerja kerajaan, dapat sambung cuti 3 bulan lepas itu dapat pula cuti tanpa gaji sampai setahun. Uuuu....bila emosi sangat, itu yang jadi macam tak bersyukur tu. Aku memohon kepadaMu ya Tuhan agar tetapkan hatiku untuk terus bekerja dalam masa yang sama mendidik anak-anakku menjadi insan yang soleh dan solehah. Dan paling penting bantulah hambaMU ini untuk berjaya menyusukan anak secara ekslusif sehingga usianya 2 tahun. Aaamen.

Berbalik kepada cerita pasal nak jadi suri rumah itu, saya ada jugalah buat kira-kira perbelanjaan sekiranya saya kerja dan berhenti kerja. Beza banyak juga sebenarnya. Ye lah, bila kerja ni kena ambil kira kos minyak, tol, yuran taska, kos makan minum yang tinggi sebab kerja dekat mall, duit bayar kereta bulan-bulan. Itu belum masuk maintenance cost, yuran pendaftaran taska dan juga insuran kereta. Bila kira-kira kos tambahan bila kerja ialah lebih kurang 1600++ juga sebulan. Patutlah belum hujung bulan dah garu kepala. Tapi Alhamdulillah tak pernah putus rezekiNya. Yang penting kerja dengan sebaik mungkin untuk dapat rezeki yang berkat.

Sebenarnya, ini adalah sebab sampingan sahaja. Yang sebenarnya saya hantar anak ke taska hari ini untu ksesi percubaan. Lepas itu duduk di rumah sahaja. Mengemas apa yang patut sebelum masuk kerja nanti. Tu yang terlalu emosional bila rindukan anak-anak. Tak tahulah bila dah masuk kerja nanti macam mana. Tak sempat kot nak emosional bagai sebab kerja banyak. Lepas itu tambah pula masa untuk kumpul stok susu nanti. Tapi yang pastinya cukup 5.30 mesti terus balik. Tak boleh tunggu-tunggu dah. Sebab suami tak ada. Tak boleh harapkan orang lain untuk jemput mereka di taska. Kalau ikutkan memang tak bagi orang lain jemput. Biar mama yang jemput mereka sebab mama tak sabar nak jumpa mereka. Oh...betapa bersyukurnya dikurniakan anak-anak. Alhamdulillah..


No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics