Cadbury Chocolate disahkan ada DNA khinzir hari ini oleh KKM dan JAKIM. Ya Allah, dah berapa banyaklah coklat cadbury yang kita dah telan selama ini. Walaupun jumpa pada Roast Almond dan Hazelnut Chocolate sahaja tapi kalau dah satu company tu takkan lah perisa lain tu selamat. Takkanlah dihasilkan oleh kilang berbeza pula kan. Rasa coklat cadbury pun semuanya sama sahaja.
Jadi, buat masa ni eloklah kita stop makan coklat cadbury. Coklat Van Hauten dan Vochelle pun sedap apa. Coklat kit kat ke..ferrero rosche ke..kan. yang tu tak ada issue halal rasanya. Patutlah rasa macam malas je nak makan coklat cadbury. Tengok banner kat chatime pun ada jual air berperisa coklat cadbury juga tapi memang tak berapa minat kat minum chatime.
Kalau nak lebih murah tapi sedap..kan ada keluaran Appollo tu. Tapi yang tu ada biskutlah. Takpun coklat coki coki pun sedap jugakan. Haha..tak suka juga kan rasanya bila dapat tahu apa yang kita makan selama ini rupanya tak halal. Tapi, nak buat macam mana. Benda tu diluar kawalan kita sebab selama ini memang jenama cadbury ni terkenal dan disahkan halal oleh jakim. Tup-tup boleh pula terjumpa DNA babi. Bertaubatlah dan berhenti makan coklat cadbury sahajalah yang mampu kita lakukan buat masa ini. Yang lepas tu memang tak boleh nak patah balik kan.
Ok lah, setakat itu sahajalah bebelan saya hari ni. Nak bagitahu semua orang sahaja walaupun kat FB penuh dah timeline dengan status pasal coklat cadbury ni.
No comments:
Post a Comment