Followers

Wednesday, October 6, 2010

I City : Impian 3 hati tak kesampaian

Sabtu baru-baru ini tunang, officemate tunang iaitu Kaklong dah ada plan baik punya untuk menerjah I City yang dengar cerita sudah makin meriah. Siap ada bayaran dikenakan untuk masuk. Dengar cerita RM10 per entry. Ingatkan seorang RM10 rupanya satu kereta RM10 sahaja. Memang bernasib baik sebab kami mengamalkan sharing is caring malam itu dengan bawa satu kereta sahaja ke sana.

Rancangan mereka berdua nak berphotoshoot taman lampu yang indah. Maka dalam pukul 8.00 malam semua berkumpul di Selayang. Berkonvoi 3 kereta (masing-masing drive kereta sendiri) Lepas itu gerak ke rumah saya untuk tumpang parking kereta dan pergi I City ramai-ramai dalam satu kereta sahaja. Bukan apa takut tak ada tempat parking kalau bawa kereta banyak-banyak.

Dalam perjalanan ke Puchong itu tiba-tiba hujan kemain lebat mencurah ke bumi. Haisyooo..ini jenis hujan yang bikin semua kereta drive slow-slow. Malah ada yang on kan emergency signal gara-gara tak nampak jalan. Ingatkan plan cancel rupanya dorang dah pakat nak pergi juga I City dengan harapan hujan akan berhenti awal.

Malang memang tak berbau. Kami lepak sana sampai Kul 12 lebih pun hujan tak mahu berhenti. Yang pelik lagi hairannya hujan-hujan pun I City tetap banjir dengan manusia. Tempat parking tetap penuh. Yang takbulehbelah siap ada satu family ini dok berkelah depan rumah kedai yang kosong. Yang bestnya dalam kereta hanya ada 1 payung yang saiznya kalau dua orang akan kena tempias hujan juga. Cett~

Nasib baik hujan renyai-renyai. Tapi tak berapa bernasib baik jugalah untuk pemilik DSLR yang duk kepingin berphotoshoot. Karang ada pula yang meraung kalau kamera problem disebabkan terkena hujan. Sudahnya masing-masing duduk diam-diam di bawah bumbung depan deretan kedai yang menghadap panorama indah lampu-lampu I City.

Sempat saya minta tunang shoot saya berpayung menghadap taman-taman lampu yang jauh nun di depan. tak terjangkau dek lensa DSLR dia itu. Saya cakap pada dia, ini bukti kita jejak I City dengan kekecewaan sebab impian tak kesampaian. Saya kecewa? of course la kan. Sebab tak dapat jadi model depa.
Adeh, budget hot la kan nak jadi model..--> sila muntah beramai-ramai.

Jadilah, ada juga gambar di I City..

p/s : bila lagi lah nak ke I City agaknya.

28 comments:

lan_ax said...

okla tu.. dapat gk tgkp sekeping gmbar.. nnti g la lg.. nk jimat xyah bwk kete.. naik motor or jln kaki..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

baincardin said...

hmm...lum pi lagi iCity tu..:)

cikpia said...

cukup la dapat jadi model payung..... he he..........

Unknown said...

wah..
rmai yg dah pedi I-city nie...
x bleh jd..nk kna pegi jgk nnti~

ERSHAD said...

musim hujan nak kuar pon malas : ))

cik helena said...

maasih tak berkesempatan..

noorafzan.blogspot.com said...

lan_ax..
tak reti naik bawa motor.
jalan kaki? woooo...

baincardin..
wajib pegi bro =)
hehe~

pia..
uhuhu..
model payung je.
takbesh.

syu..
pegi la awak.
rugi2.

Ershad..
kalau ikutkan mmg malas tapi sebab dah alang2 dah half way kan.
terus redah je la,

noorafzan.blogspot.com said...

cikhel..
takpe, sempat nanti buleh pegi k cikhel..

Cik Lily Putih said...

itulah skrg nie musim hujan, ada plan jugak nak ke sini tak kesampaian lah.. tgh tunggu chance je nie

Anna Boleyn said...

salam..

thanx ekk sebab sudi tinggalkan komen kat entry HLN.sory lambat balas kunjungan. busy gila baru2 ni.

nasib baik bukan 10 hengget sorang kan. 10 hengget 1 kete boley diterima lagi. dulu before diorang charge 10 hengget ni banyak kali gak hana pergi. suka lah tempat tu. banyak lampu. :)



p/s : mahu kekal langsing?? jom tengok advertorial pertama anna boleyn untuk tahu rahsianya!


http://hanalovenest.blogspot.com/2010/10/rahsia-kekal-langsing-u-must-read-this.html

abigemok said...

takpe, nanti lain hari jom ramai2 terjah i ciy. aku x pernah g sana lg. study kat uitm je neh.. hihi

aishahumairah said...

ciannya...
tingin gk nk p wt photoshoot kt icty tu..hehe~

Anonymous said...

agak mahal jugak la kan satu keta 10rm..huhu

bodoh giler..mamat tu tunjuk batang die!!

velasrizal said...

alahai..hujan plak.,.mmg xde rezeki ni...

Rezeki Dari Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri !

dayah said...

cantiknya i city....blum sampai lg..comel lah kak afzan ngan payung :)

CT said...

i-city ni kat shah alam ke??

GRuNGe said...

Ades, apa yang bestnya ICity? :(( Pernah pergi, tapi ntah la, mungkin aku ni buta lampu kut sampai tak dapat menikmati ICity.

noorafzan.blogspot.com said...

Ciklily..
tunggu musim tak ujan baru best.
tapi sentiasa ramai. rimas gak rasa.

hana..
suka je komen kat entry awak.
tu la. kami dah standby 10 inggit sorang sbnrnya.
wow, petua langsing eh.menarik!

kyuubi..
rugi yo ak pi. bukan jauh benau. haha~

aishahumairah..
awakpun tingin gak eh aishah.
mmg best.

lionteen..
bolehlah.
naik ramai2 la lenkali.
takpun bawa van.
=)

rizal..
belum ada.
nanti ada rezki nak ambil gamabr byk2.
hrhr~

dayah..
hehe..
muka keciwa tu tak dapat jadi model photoshoot.
cantik kan ICity. Awak tak sampai lagi ke ke sana?

CT..
Yup, dekat je kot dengan UITM Shah Alam.

noorafzan.blogspot.com said...

Grunge...
bro, best berphotoshoot je kat situ.
Cantik dan unik sebenarnya kalau di hayati =)

Nabiel said...

alalalala~
cian afzan..dh smpi2 ujan lak yea?
xpe..leh pegi ag pasni..=)
xshot lak pkok2 tuh kena air kn?

Aidy Shahiezad said...

masih tak berkesempatan untuk gie sana lagi...

**********

visit my 400th entry,

Jejak Tingkah Anon dan Welnon
(http://aidyshahiezad.blogspot.com)

Affan Ruslan said...

Salam.
Saya org Shah Alam pun baru sekali je pg (Alhamdulillah)
Jemput datang blog tgk gambar baru2 ni saya ambil. :D

Tapi memang takde pape sgt.
Kawan sy parking kat luar, kena jalan jauh sikit lah. Kalau tak kena bayar, mahal!

Affan's latest entry "Kanada | Pengalaman Raya di Perantauan"

noorafzan.blogspot.com said...

nabiel..
huhu.
semua sorok kamera takut kena ujan.
tapi menarik gak eh tg klampu tu kena ujan.

Aidy..
takpe2.
rasanya dia takde limit macam eye on msia kat titiwangsa tu.

affan..
takpe, janji ada gak pergi kan.
erm, hujan camtu mmg tak berbaloi parking kat luar.
tu yang masuk gak.

Unknown said...

apa plak afzan..bila2 masa je boleh ppergi..lain la azmi ini...

noorafzan.blogspot.com said...

Azmi..
haha..
sebab 'malam' yang takleh 'bila2 masa' tu.
kena betul2 plan baru dapat pegi.
keh keh.

oya said...

x kesamapaian lagi...

darkbatman said...

pasne leh jd model umbrella..ahhaa

Sumijelly said...

waaa...... kak sumi pun hr tu sampai...tp tak dpt ke sana...
suami kak sumi mala snak g..sbb jem sgt......
anak2 pun dh penat........

entah bila la nak g sana lagi...


Sumijelly.com

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics