Followers

Tuesday, October 26, 2010

Cabaran Menyelongkar Kebenaran 8 : Orang yang buat 'taik' padaku!

Benda ini macam nak buka aib orang sahajakan. Better ku cerita without petik nama orang itu.
Ku ini jenis yang tak peduli orang dan tak kisah apa yang orang buat padaku. Even dia buat 'taik' pun ku maish boleh cool selagi hidupku tak terjejas.

Tapi benda ini buatku belajar sesuatu. Ye la. Kadang-kadang kita tak sedar orang buat 'taik' pada kita sebab kitapun buat 'taik' pada orang. Sama ada kita sedar atau tidak sahajalah. haha~
Kenyataan beb.

Tapi yang bestnya sampai sekarangpun ku berfikir kenapalah budak ini buat 'taik' denganku padahal ku tak kacaupun hidup dia. Ini cerita zaman sekolah. Zaman sekolah teknik dahulu. Ku dahulu memang seorang yang pemalu dan pendiam. Kawan baikku pula ialah rakan sebilikku sejak masuk sekolah itu. Diapun satu kepala denganku. Pendiam. Tapi ku dah lama lost contact dengan dia. Nama dia Sabariah binti Azhar (err..betul ke idak nama bapa dia..lupalah).

Oleh kerana ku amat pendiam (tapi pelik sebab dapat jadi pengawas..), maka masa sekolah memang ku langsung tak ada skandal. Cinta monyetpun tak ada dlaam kamus hidup. Tapi kupunya 1 tabiat yang suka melepak di kelas kawan baikku Sabariah bila waktu prep. Hampir setiap hari kulepak prep dengan dia. Kami dulu yang perempuan akan prep di kelas masing-masing sahaja. Tak ada bilik khas. Lelaki sahaja ada bilik khas untuk prep. Tak boleh campur lelaki perempuan. Bahaya.

So, satu hari itu kudapat satu surat dimasukkan bawah mejaku. Katanya secret admirer daripada kelas kawan baikku itu. Ku gelarkankan kelas itu Kelas B dan secret admirer sebagai SA. Walaupun rasa pelik tapi hati ini berbunga-bunga jugalah. Perasan beb ada orang minat. Ku pun tak hingat sama ada ku balas ke tidak surat itu. Rasanya tak balas. Kubaca dan simpan sahaja. Ku tak dapat menekapun yang mana satu SA Kelas B itu. Lagipun kelas itu ramai lelaki.
Oleh kerana sifatku yang pendiam maka ku tak cerita pada siapa-siapapun pasal surat itu. kira macam simpan sorang-sorang sahajalah. Setiap pagi Isnin memang akan ada 1 surat daripada SA Kelas B. Dan lepas baca kuakan simpan surat itu.
http://4.bp.blogspot.com/_IpVjMgWYziI/S_jpoSOUqnI/AAAAAAAAAN0/K47bIN0_lbk/s1600/Memikirkan+Surat+Cinta.jpg
korang pernah dapat surat cinta tak?

At last di suatu hari yang indah tiba-tiba ada budak kelasku datang padaku. Dia kata dialah SA Kelas B. Dia saja-saja nak buat 'taik' dengan aku tapi tak berapa nak menjadi sebab ku bukan jenis yang 'kecoh mecoh'. Dia minta maaf sebab masa itu dah dekat SPM. Mukaku masa itu memang nampak sahaja cool tapi dalam hati macam-macam rasa ada. Malu, marah, bengang dikenakan beb! Bukan dia seorang tapi dia berkomplot dengan beberapa lagi member kelas. Tapi ku tak ingat orang lain. Yang kuingat hanyalah dia. Ya, hanya dia sebab gaya dia masa terus terang itu memang buatku geram. Muka tak ada rasa bersalah! Malah ada senyum mengejek.Rasa nak bagi sedas duapun ada tapi tak cool la kalau kubuat macam gitu. Dan akan kantoilah pula kalau kubuat macam gitu kan. tidakkk..tak sanggup nak bagi tahu satu dunia!

Balik sahaja bilik terusku koyak-koyak surat itu semua dan buang. Demm..apalah salahku pada dia agaknya? Tapi lepas itu kusedar sesuatu. Dah ada kelas sendiri buat apa nak menumpang di Kelas B. Mungkin mereka ini prihatin. Mungkin juga mereka kasihan sebab ku tak ada teman baik di kelas sendiri. Lagipun apa ke halnya ku nak belajar di Kelas B sebab mereka belajar Lukisan Kejuruteraan tapi ku belajar Prinsip Akaun. Patutlah Akaunku tak score A. haha!

p/s: Sampai sekarang ku menyesal buang surat-surat itu. Kalau ada bolehlah dibuat kenangan. hehe~

18 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

hehe~bdk2 mane la matang mase tu..masih ingt na maen2 aje..tape..itu pgalmn u dear..sy pun tade pglmn mcm tu =)

Nur Suaidah Bachok said...

hahahahaha!!! cerita dulu2 kan. so sweet kalau ingat balik..

Emmm, kite pernah dapat surat cinta masa darjah5. hahaha! terus pergi depan kelas n tendang budak lelaki tu..

hentakbelipat said...

kehkeh...biaselah budak lelaki dia lain amcam perangai setan dia kn

suffer8zine said...

ala surat2 cinta ni biasa terjadi, heheh kalau jumpa nnt frame la terus :P

Panas! : http://goo.gl/TOwP

noorafzan.blogspot.com said...

khumaera..
mmg pengalaman tu simpan kemas dalam memori.
bila ingat balik mmg lawak.
tapi geram seyh.

achu..
ahaa..
gila kejam!

hentakbelipat..
huik..macam ada pengalaman je buat camtu.
hehe~

suffer8zine..
tak jumpa dah.
rugi buang kan.
hoho~

Sharinginfoz said...

memang teringat kisah dulu2

Unknown said...

bestnya kalau ada SA..hahaha. tapi tak bestnya kita tak tau sape..pasni pat surat, simpan,. jangan buang :)

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz..
haha..
penah dapat ke bagi surat cinta bro?

cik EPAL..
huhu..kalau bebetul takpe gak sis. Ni main2 aje kekdahnya.tacing tau.
baik2, tapi pasni takde dah peluang dapat surat cinta.

Ayu Zan said...

hek2..
lawak la kak..
apepun~
rugi xdapat tengok surat tu~
ape si SA kata ek?
mesti dia kata~
afzan yg cantik~
saya mandi xbasah..makan xknyang..tido xlena kerna kamu~
bla bla bla..

hahaha...

velasrizal said...

surat cinta i dh kena recycle.. punya lah tak romantik..

Kontroversi Isu Islamic Fashion Show

saya_arief said...

macam pernah buat je..
;p

Redbloodsnow said...

hehe...time skolah mmg x lepas kan dpt surat cinta. nape ntah ek dak² dulu suke nau bersurat² cinta bagai..hehe

psstt..baru taw yg ko dak prinsip akaun. wahh..tabik ah.hehe

Aidy Shahiezad said...

sayang surat2 tue smua dah buang kan... kalo tak, mesti sweet bile bace balik... hehehe...

visit my latest entry:

Sehari Berdansa Kara'Oke...
http://aidyshahiezad.blogspot.com

noorafzan.blogspot.com said...

velasrizal..
kena recycle..?
camne tu rizal..

noorafzan.blogspot.com said...

aYu..
ahaha..
mmgrugi la sebab buang.
tapi tak ingat dah apa isinya.

saya_arief..
penah buat?
aish2..

zie..
dulu takde SMS, Email, FB..
Tu yang surat cinta popular.
haha..

Aidy..
hehe..
tu la pasal.
nyesal tak guna.

abigemok said...

haha. cinta monyet. biasalah main surat cinta. hehehe. * penglaman
tp x baik la kn buat mcm tu. apasal kau x bagi je sedas? hik3

noorafzan.blogspot.com said...

kyuubi..
haha..
kalau bagi kantoi la bro.
hoho~
ku maluuu...

aiDieNa said...

Wah.. sek teknik.. samer lar kita.. amik akaun jugak.. kelas Pengurusan perniagaan.. surat chenta?? Hurmm pernah dapat maser darjah 2.. hehehehe

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics