Followers

Sunday, March 27, 2011

Persediaan Perkahwinan :Susahnya mencari Cincin Silver

Salam korang!

Apa macam sekarang ini? Hujung minggu apa bikin. Macam biasa menjelang hujung minggu blog memang agak terabailah kan. Lagi-lagi bila si kecil Aliya tinggal dengan kami sejak jumaat hari itu. Mama dia ada trip ke Macau sampai selasa ini. So, kena jadi baby sitter sambilanlah.

Tapi, sabtu saya tetap keluar. Nak beli barang-barang hantaran yang belum settle iaitu baju kemeja, AlQuran/Tafsir dan juga cincin silver. Nak mencari kemeja dan AlQuran/Tafsir tak susah tapi nak mencari cincin bukan emas di kedai barang kemas memanglah payah. Di Poh Kong sahaja kami jumpa cincin silver. Itupun ada 3 bentuk sahaja. Diulang, hanya 3 bentuk. Yang lain bila tanya ada white gold sahaja. Kalau suasapun still ada campuran emas.

Lepas itu saya cadangkan beli di gerai kecil yang selalu ada di tengah laluan di mall. Di IOI Mall memang ada sebab dulupun masa zaman remaja saya beli cincin silver di sana. Pada mulanya dia keberatan juga. Bukan sebab nak memilih jenama ke hape tapi kalau beli di gerai tiada kotak cincin disediakan. Itulah masalah besarnya. Hmmm..tapi bila dah puas keliling mall. Masuk kedai jewellery itu dan ini tapi semua sama sahaja. Tak jual cincin silver. So, end up dengan beli juga cincin di gerai.

Tapi masalahnya untuk size dia untuk cincin yang berbentuk simple kebanyakannya sudah habis. Size kecil sahaja ada. Saya baru tahu yang sekarang ini ada cincin alternatif selain daripada silver iaitu stainless steel. Kalau tak kerana nak mencari cincin nikah mesti tak akan tahu. So, kami tengok-tengok cincin stainless steel pula. Nasib baik ada yang kena dengan mata dan size jari dia. So, grab sahajalah kan. =)

Kotak cinicin macam mana pula ye?
Apa lagi kena selongkar baliklah kotak cincin masa beli cincin tunang saya dahulu. Guna sahajalah kan. Janji ada kotak. Betul tak? Saya berfkir juga macam manalah lelaki diluar sana beli cincin nikah yea? Ke korang beli cincin platinum? Mahal tu. fuhhh~

ok da, tu sahajalah nak update kali ini.
k, bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics