Followers

Monday, March 21, 2011

Update saya Hujung Minggu~

Salam korang!

Alhamdulillah, kita masih lagi bernyawa hari ini untuk meneruskan kehidupan. Macam mana dengan weekend korang?
Fuhh…saya punya weekend jangan ditanyalah. Memang pack gila sampai sabtu dan ahad keluar rumah sampai ke malam.
Sabtu hari untuk berjalan jauh. Bayangkan, kami ke utara balik hari.
Pukul 7.15 pagi saya dah keluar rumah sebab nak jemput member di UM. Then terus ke Selayang. Pukul 8.30 pagi kami gerak ke utara.
Memang pergi sana semata-mata untuk ke kenduri kahwin 2 member. Seorang di Taiping, Perak manakala seorang lagi di Padang Serai, Kedah.
Lepas itu terus gerak balik KL. Sampai rumah pukul 12.00 malam. Terus zzzzzz la. Penat kot walaupun bukan driver. Eeheh~

Ahadpun boleh tahan juga kebiziannya.
Pun bangun awal pagi. Tapi pukul 8.30 baru keluar rumah ke Shah Alam. Ada appointment dengan mak andam untuk majlis belah lelaki. Then, gerak balik rumah sekejap minta incik tunang tolong check kan router internet yang rosak itu. Lepas confirm ia sudah rosak, kamipun terus pergi Lowyat cari Service Center TP Link. Nama sahaja warranty 2 tahun tapi baru pakai 2 bulan sudah rosak. Hmmmph!. Laju dan tak sabar sahajakan nak tukar router sebab dah seminggu kot tak boleh berinternet secara pukal. Grr..curi-curi peluang sahaja pakai internet office.Sabar sahajalah.
Yang tak bestnya, kami terlepas makan tengahari terlalu lama. Sampai Lowyatpun jam sudah hampir pukul 4 petang. Rupanya tunang dah janji nak jumpa dengan 2 orang kawan dia (sudah jadi kawan saya juga). Bila sudah berjejak kasihan, terus pergi cari makan dahulu. Pi pekena McD di Sungei Wang Plaza. Bila perut sudah masuk angina, makan sahaja terus sakit perut. Aduh, memang pedih sahaja. Kena duduk baru rasa selesa. Kalau berdiri dan berjalan, akan rasa sakit. Demm ah. Time seronok jalan-jalan inilah, perut ini nak buat hal. Sabar sahajalah.(lagi?)
Nasib baik dapa juga tukar router. Lepas itu nak cari iPad pula. Eh, bukan saya yang nak beli tapi member tunang. Macam best pula iPad kan? Hehe~
Pukul 8.30malam saya dan tunang gerak balik. Sempat singgah makan Nasi Goreng Daging (sedap wooo..) dekat area rumah saya sahaja. Lepas itu dia tolong setting router internet. Nah..kini kami sudah boleh melayari internet di rumah. Yippie2.
Thanks ye incik tunang.

Ok da, sekian cerita ringkas saya (err..ringkas ke?) selepas seminggu tak ada internet.
K, bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics