Followers

Tuesday, March 8, 2011

Drama Asmara 2 : Suka tengok 'Zaliya' pakai tudung!

Salam korang!

Malam ini dah mula sambungan Drama Asmara iaitu Asmara 2. Jangan lupa tukar channel TV3 pukul 9 malam nanti ok. Actually saya dah cerita pasal sinopsis drama Asmara 2 ini dalam blog satu lagi. Terjah SINI ok.

Apa yang saya nak coretkan dalam blog ini ialah berkenaan watak Zaliya yang dalam drama terdahulu amatlah liar dan stylo mylo gitu. Free hair dan seksi seksa tapi dalam sambungan ini dia pakai tudung. Cantik tu Faezah Elai pakai tudung. Sure ramai yang akan terpikat dengan watak Zaliya ini. Sayapun akan doakan one fine day gadis-gadis baik sopan santun seperti Faezah Elai ini akan pakai tudung secara istiqamah. Mari doakan ramai-ramai ye.

Artis lain yang saya tunggu untuk pakai tudung ialah Lisa Surihani. Eh, dia pernah pakai dalam cerita Tudung Ekspress kan? Tapi itu dalam lakonan. Saya mahu tengok yang betul-betul punya. Semoga terbuka pintu hati dia suatu hari nanti untuk pakai tudung. Macam Yuna. Walaupun dia bertudung tapi dia tetap stylo mylo beb! Lagipun berapa kali nak cakap, menutup aurat itu WAJIB kan. Termasuklah rambut itu.

Ok, bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics