Followers

Wednesday, March 9, 2011

Tiada keberkatan : Kenapa hidup tak senang?

Salam korang!

Pernah tak korang berada dalam situasi tidak menyenangkan?

Gaji dah cukup besar tapi masih rasa tak senang. Macam air yang dicurah atas daun keladi gayanya. Belum tengah bulan sudah kering.

Korang punya harta tapi harta korang itu selalu buat hal sama ada sengaja atau tak sengaja. Contoh paling mudah korang punya handphone, laptop/PC, kenderaan, peralatan elektrik penting di rumah seperti seterika baju, periuk nasi, cerek pemanas air, televisyen, kipas ataupun air cond.

Korang selalu hilang barang. Sama ada tercicir, dicuri, ataupun korang lupa mana korang letak barang korang itu.

Korang selalu tak cukup duit untuk bagi kepada mak ayah kamu. Selalu sahaja tak dapat nak membantu orang keliling kamu yang memerlukan terutama dari segi kewangan walaupun gaji kamu besar.

Cukuplah saya bagi 4 contoh di atas. Korang fahamkan apa yang cuba saya sampaikan. Dan kalau korang mengalaminya apa yang korang fikir for first time? Mesti korang salahkan takdir, salahkan harta korang, salahkan pengeluar yang hasilkan harta korang, salahkan orang yang curi harta korang, salahkan gaji yang sedikit (padahal dah cukup banyak).

Honestly dulu sayapun berfikiran sebegitu. Tapikan pernah tak korang terfikir apa yang berlaku itu berlaku disebab diri korang sendiri. Hmm..paling utama sekali ialah keberkatan sumber kewangan korang. Once kita guna sumber kewangan yang syubhah/haram maka kita telahpun create masalah dalam hidup kita tanpa sedar. Takut kan?

Paling penting sekali ialah sumber rezeki kita dapat daripada kerja kita. Korang kerjalah dengan bersungguh-sungguh sepanjang waktu office hour. Janganlah mengelat walau seminitpun kecuali kalau korang nak rest kejap sebab penat mengadap kerja. Kita tak tahu kan macam mana sebenarnya gaji kita diperhitungkan. Sama ada berdasarkan jam kerja ataupun 'janji kerja siap'.

Paling ketara sekali ialah bila ibu bapa bagi makan kepada anak-anak harta yang bercampur haram maka sukarlah untuk mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang soleh solehah dunia akhirat.

So, sama-samalah kita mengejar keberkatan hidup!

k,bai!

4 comments:

Nabiel said...

yup..
penah gak merasa mcm nie afzan..huhu
mmg perit..tau2 smua duit dh xde..
sikit2 kne tarik cm air..
ble muhasabah diri balik..mmg slh tuh dtg dri sndri~
keberkatan tuh pntg..

suffer8zine said...

kalau bedendam pun hidup x senang kan

Terkini : Helang Terbang Terbalik

noorafzan said...

bila kita fikir camtu kita akan rasa lebih tenang kan. =)

noorafzan said...

aah, sebenarnya saya cuma fokus pada keberkatan duit je kali ini.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics