Followers

Friday, March 25, 2011

Tak ada orang nak kahwin untuk bercerai!

Salam korang!

Huh! Sebenarnya ada beberapa perkara yang tak berapa best berlaku baru-baru ini. Kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu itu nampak macam mudah kan?

Contoh paling best ialah bila korang jumpa lelaki/perempuan dan korang rasa dialah soulmate korang. Then korangpun dah tekad nak end up kan dengan ikatan yang sah iaitu berkahwin. Ye lah kan sudah suka sama suka kan? Apa lagi di tunggu selain daripada berkahwin. Ikut sunnah Rasulullah SAW.

Look easy dan masa itu yang memerhati korang akan assume yang korang akan jadi loving couple forever. Almaklumlah sebelum berkahwin kemain lagi berdating, bermanja bagai kan. Dan sudah pasti kita mengharapkan yang positif selamanya. Tapi rupanya bukan semudah itu ye.

Tapi jangan terkejut bila apa yang kita harapkan itu tak menjadi kenyataan. Malah, paling menakutkan bila salah seorang daripada korang( korang atau pasangan korang) memohon cerai atas sebab 'menyesal' berkahwin dengan korang. Sedihkan kalau kita berada dalam situasi tersebut. Walaupun kita rasa ianya macam mustahil tapi sebenarnya itulah kenyataan yang perlu dihadapi jika kita tak berjaya mempertahankan kebahagiaan.

Fuh..takut beb bila tengok situasi sekarang ini. Menurut statistik, setiap 20 minit berlaku penceraian. Perghh..Kita selalu sahaja menuding jari kepada orang lain. Ada yang kata Si polan ini punca penceraian  dan ada pula yang cakap si polan ini pula ada orang ketiga serta pelbagai gosip dan tekaan yang menjurus kepada fitnah. Tapi yang kita tuding ke orang itu satu jari sahaja iaitu jari telunjuk tapi jari-jari lain semua tuding ke arah diri kita sendiri.

So, apa-apa halpun kita kena perbaiki diri kita sendiri. Sebab kitapun manusia macam si polan atau si polan itu juga yang tak akan dapat lari daripada silap. So, anggaplah mereka buat silap dan kita jadikan ia satu pengajaran untuk kita pula. Bila kita beringat, insyaAllah orang lain juga akan turut ikut sama. Bak kata orang biarlah kepimpinan itu melalui tauladan. Dan jadikan yang buruk itu sebagai peringatan kepada diri kita yang kita sebenarnya tak cukup bagus atau sempurna. Tapi kelemahan/ keburukan kita itu yang menyempurnakan pasangan kita nanti. Dan kelemahan pasangan kita itulah yang menyermpurnakan hidup kita. Ingat tuh!

Lagi satu, TAK ADA ORANG YANG BERKAHWIN UNTUK BERCERAI KAN. So, ingat. Selagi boleh pertahankan, pertahankan ye. All the best!

p/s : luahan hati seorang bakal pembina rumahtangga. huhu~

 

6 comments:

aida said...

so sad....

Isa said...

Salam;

Siapa kata "takda orang yang nikah untuk cerai"... ada laaaa....

1) Nikah Cina Buta...
2) Nikah Kontrak...

hahaha...

pembetulan:

Istilah "Nikah" dan "Kahwin" dua makna berbeza..., jangan salah tafsir.

Nabiel said...

msa bercouple mmg smua manis..
tp ble dh dduk sebumbung..baru tau mcm mane rse~
jgn nk sorok2..ckup...
tnjuk kn smua msa bercouple tuh..hehehe

noorafzan said...

betul tuh nabil. jadi diri sendiri je.senang.

noorafzan said...

haha..baik bro..
nikah.
kahwin style omputeh pula kan.

Millie said...

Thank God! Somenoe with brains speaks!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics