Salam korang!
Semalam kan siaran langsung peringkat final pertandingan Adik-Adikku. Seramai 7 peserta cilik berentap. Bila fikir-fikir balik kecil-kecil lagi mereka sudah petah berbicara dengan bersahaja dan penuh isi. Mesti bila sudah dewasa mereka akan jadi pemimpin yang baik. InsyaAllah.
Siap Datin Rosmahpun turun padang untuk sama-sama menyaksikan persembahan si cilik ini.Membaca petikan akhbar pagi ini komen Datin Rosmah pasal rancangan ini.
Betul kan? Sebelum ini kita banyak disogok dengan hiburan dalam bentuk nyanyian, tarian dan lakonan untuk kanak-kanak contohnya seperti pertandingan "Bintang Kecil". Bila diperkenalkan pertandingan Adik-Adikku ini, sejuk sedikit mata dan hati memandang adik-adik mengalunkan ayat suci AlQuran, membaca hadis dan menceritakan sejarah kegemilangan Islam. Seronok dan dalam masa yang sama kita refresh balik dan tambah ilmu agama kita.
Hadiah yang ditawarkan juga amat lumayan rupanya. Wang tunai RM10,000 untuk juara dan siap ada pakej umrah untuk 2 orang. Best tu. Ada banyak lagi hadiah iringan yang best-best tapi saya lupalah apa dia. hehe~
Alhamdulillah, usaha murni mereka bertujuh berbaloi walaupun hanya seorang sahaja bergelar juara bila Datin Rosmah mengumumkan intensif pendidikan untuk mereka sehingga tamat tingkatan lima. RM2400 setahun tu. Siapa nak bagi kan?
oklah, apapun tahniah saya ucapkan kepada adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang berusia 10 tahun kerana merangkul gelaran juara Adik-Adikku musim kedua ini. Harap program ini akan diteruskan di masa akan datang. Jangan sampai 9 musim sahaja kalau boleh biar selama-lamanya.
k, bai!

Rosmah menyatakan rasa bangganya kerana rancangan ini berjaya membawa dimensi baru dalam dunia hiburan khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mencari alternatif berhibur dalam Islam. Betul
Sementara itu, Muhammad Amirul Munir Azlin, 10, dari Kedah dipilih sebagai pemenang dengan memenangi hadiah RM10,000 dan pelbagai hadiah iringan, manakala Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, dari Kedah sebagai pemenang kedua, serta Zaid Najmuddin Zul Akmal, 12, dari Wilayah Persekutuan, tempat ketiga.
Betul kan? Sebelum ini kita banyak disogok dengan hiburan dalam bentuk nyanyian, tarian dan lakonan untuk kanak-kanak contohnya seperti pertandingan "Bintang Kecil". Bila diperkenalkan pertandingan Adik-Adikku ini, sejuk sedikit mata dan hati memandang adik-adik mengalunkan ayat suci AlQuran, membaca hadis dan menceritakan sejarah kegemilangan Islam. Seronok dan dalam masa yang sama kita refresh balik dan tambah ilmu agama kita.
Hadiah yang ditawarkan juga amat lumayan rupanya. Wang tunai RM10,000 untuk juara dan siap ada pakej umrah untuk 2 orang. Best tu. Ada banyak lagi hadiah iringan yang best-best tapi saya lupalah apa dia. hehe~
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam mengumumkan pemberian insentif geran pendidikan bernilai RM2,400 setahun kepada tujuh peserta akhir pertandingan Adik-Adikku anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Insentif menerusi Skim Pendidikan sebagai Ahli Kelab Santun Junior, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPIEM) itu diberikan kepada peserta bagi menampung kos pendidikan hingga ke Tingkatan Lima dengan syarat mereka perlu konsisten dengan kriteria ditetapkan.
Alhamdulillah, usaha murni mereka bertujuh berbaloi walaupun hanya seorang sahaja bergelar juara bila Datin Rosmah mengumumkan intensif pendidikan untuk mereka sehingga tamat tingkatan lima. RM2400 setahun tu. Siapa nak bagi kan?
oklah, apapun tahniah saya ucapkan kepada adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang berusia 10 tahun kerana merangkul gelaran juara Adik-Adikku musim kedua ini. Harap program ini akan diteruskan di masa akan datang. Jangan sampai 9 musim sahaja kalau boleh biar selama-lamanya.
k, bai!
2 comments:
takpe bro =)
Surrpiisnlgy well-written and informative for a free online article.
Post a Comment