Followers

Tuesday, March 8, 2011

Siapa sebenarnya Pengacara AF9? : Tertanya-tanya pula

Salam korang!
Semalam saya ada tulis entry pasal pengumuman pengacara AF9 . Sayapun cedok cerita daripada blog orang kan. Kan saya dah tulis sumber rujukan di bawah entry tu.

Saya copy paste balik entry semalam kalau korang malas nak scroll bawah.hehe.

Sebenarnya agak terkejut juga sebelum ini bila ASTRO umumkan AF9 akan jadi Akademi Fantasia terakhir. Tapi bagus juga. Mungkin ASTRO punya sebab tersendiri dan mungkin juga akan menerbitkan program realiti yang lebih segar selepas ini. Mana tahu nak buat yang ada gabungan nyanyian dan lakonan dalam satu program pula kan.

Apa yang menyeronokkan dan buat saya nak tengok AF terakhir ini bukanlah sebab teruja nak tengok persembahan peserta tapi nak tengok Pak Nil kita yang baru sahaja diumumkan ASTRO petang tadi sebagai pengacara terakhir untuk program realiti terkenal itu. AF satu fenomena dan pencetus kepada kemunculan banyaknya program realiti lain selepas itu seperti Mentor, Malaysian Idol, Gang Starz dan lain-lain lagi.

Tahniah Pak Nil. Sayapun dah rindu betul dengan celoteh Aznil menjadi pengacara program. Almaklumlah Macam Macam Aznilpun sudah lama tak keluar TV kan. Setakat dengar suara dia di Radio ERA sahaja pagi-pagi kan.

Oklah, chow!
sumber : dahliajournal.com

Tapi hari ini pagi tadi bila dengar radio ERA tiba-tiba pula macam siaran ulangan. Baru nak umumkan pengacara AF petang nanti. Aik? Apa sebenarnya yang berlaku?

Kita tunggu petang ini pula ok.

k,bai!



Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics