Followers

Wednesday, March 16, 2011

Tiada capaian internet :Router Internet rosaklah pula!

Salam korang!

Saya rasa baru beberapa bulan beli router baru sebab router lama sudah rosak maa.
Dulu pakai Aztech yang zaman tok kaduk punya. Memang yang itu tahan lasak beb. Hampir 5-6 tahun pakaipun tak ada kesan walaupun ON masa hujan yang ada kilat sabung menyabung. Tapi pakai yang ini dah OFF routerpun boleh terbakar juga ye? Nasib baik warranty 2 tahun termasuk untuk kes disambar petir. Tapi bila pula saya nak ke Low Yat lagi. This weekend kalau ikutkan dah full dengan agenda penting. Terpaksalah curi-curi masa sikit untuk pergi claim warranty.

Dengan itu diumumkan tak ada capaian internet yang menyelubungi hidup saya buat masa ini. Inipun curi-curi update blog di office. Nasiblah kan. Tak bestnya rasa bila tak boleh nak update blog. Blogwalking lagilah tak sempat. Sabar sahajalah.

Oh ya, sabtu ini saya akan ke Penang untuk pergi kenduri best fren masa di UTM dahulu di Penang. Dia ini orang yang paling saya tak sangka akan berkahwin secepat ini. Sebab dia baru sahaja bertunang hujung tahun 2010. Dan planning asalnya nak kahwin lepas raya puasa tahun ini. Tup tup dia umumkan akan kahwin sabtu ini. Pergh...jodoh mereka cepat betul.Apapun tahniah buat sahabat saya, Nurul Farhana Mohd Yusof. Semoga rumah tangga yang korang bina akan berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics