Followers

Monday, March 7, 2011

Tips perkahwinan : Problem memilih Tema dan Pelamin

Salam korang!

Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan March.
Semalam 6/3 saya pergi kenduri kahwin di KL. Pergh, dalam kawasan itu sahaja ada 3 majlis kahwin dan yang bestnya ketiga-tiganya bertema kaler ungu. Penangan 'Ungunya Cinta' kah?
Huhu.Sekarang dah dok risau kalau tiba-tiba pada hari majlis kahwin saya, ada 2,3 majlis di area yang sama dengan tema kaler yang sebijik sama kaler.

Perasaanku?
Tak bestnya sebab sharing warna sama dengan orang lain. Kalau boleh korang pilihlah warna yang bukan pilihan tahun tersebut. Dalam majalah apa ntah tahun 2010 dulu dah mention tahun ini tahun tema Ungu. Nampaknya memang betullah pula telahan diorang. Tapi macam mana diorang boleh tahu ye? huhu~

p/s : tema pilihan saya warna ungu.

##################################################################

Kelmarin pula my sis dok cerita pasal majlis pertunangan kawannya yang menggunakan khidmat wedding planner yang sama dengan yang bakal saya gunakan semasa majlis saya nanti. Hmm..

My sis kata kawan dia tak puas hati dengan pelamin decoration yang dibuat oleh pihak tersebut.
Pasaipa pula kan?
Pasainya dia request flower ball warna pink tapi pihak tu bawa warna putih.
Lagi satu pasai dia request ada flower stand di kiri kanan pelamin tapi pihak tu tak sediakan.
Tapi dek kerana dia bayar untuk pelamin itupun agak tinggi maka diapun berkeras untuk minta pihak itu sediakan juga flower stand. Akhirnya dapat juga.

Perasaan?
Risau pun ada tapi semua itu mungkin disebakan kesalahfahaman dan ketidakjelasan ketika berurusan sebelum majlis berlangsung. Dan juga mungkin kerana permintaan terhadap perkhidmatan pihak itu yang sudah makin tinggi disebabkan sudah popular.
Tapi bagi apapun customers is always right. Jadi tidak timbul pula term 'kita kena pandai bodek mereka' untuk mendapatkan khidmat yang terbaik sebab polisi business tak boleh nak pilih bulu kan. Mesti adil dan memuaskan hati pelanggan.
Once pelanggan tak puas hati, maka business korang akan terganggu juga. Betul tak?

1 comment:

Anonymous said...

hi...
kalau awak nak wedding planner...
saya bole rekemenkan..
carik dekat facebook..

issyaz wedding enterprise

atau tuannya kat fb Areen Isrien

:)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics